Adalah dimaklumkan bahawa Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia , Bahagian negeri Melaka akan mengadakan satu Perkemahan Perdana Interaksi dan Motivasi Pesilat Muda , sempena Sambutan Ulang tahun pengistiharan Melaka Bandaraya Bersejarah Dari itu adalah dengan ini ditawarkan kepada ahli ahli PSSGM untuk menyertai program diatas mengikut aturcara berikut :
Tarikh : 12 hingga 15 April 2013 ( Jumaat – Isnin )
( bagi luar Melaka program akan dihabiskan pada 14.4.2013 , jam 5.00 petang )
Tempat : Tapak Perkemahan ,Pulau Besar , Pernu , Melaka
Bayaran : RM 30.00 seorang
Kemah : Disediakan sendiri oleh ahli .
Setiap tahun pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh Pertubuhan ini di Negeri Melaka seperti Perkemahan Perdana , Kejohanan Silat Olahraga dan Silat Seni Kursus Silat Olahraga dan Pelbagai Kursus Senjata Tradisonal yang sentiasa ditunggu oleh ahli ahli untuk menyertai
Aktiviti perkemahan ini adalah merupakan aktiviti tahunan Pertubuhan Perkemahan Perdana ini telah diadakan dari tahun 2008 lagi secara kecil kecilan sempena sambutan ulangtahun Hari Pengistiharan Melaka Bandaraya Bersejarah , ( 2008 – Pantai Pengkalan Balak , 2009 – Pantai Pengkalan Balak , 2010 - Padang Kementerian Belia Dan Sukan Ramuan China Besar , 2011 - Hutan Rekarasi Sungai Udang- Kem Rela Zon Selatan dan 2012 - Padang Rekarasi Bukit Beringin , Masjid Tanah , Melaka .
Pertubuhan ini juga telah mengadakan beberapa kali Perkemahan di Pulau Besar dengan membawa perserta Ko Kurikulum Silat Seni Gayong Malaysia , Kolej University Islam Melaka , Universiti Multimedia dan Universiti Malaya , dengan jayanya
Pulau Besar mempunyai sejarah tersendiri kepada pertubuhan ini . Pada tahun 1959 , Mahaguru Silat Seni Gayong Malaysia sendiri iaitu Datuk Meor Abdul Rahman Bin Daing Uda Hashim telah hadir dalam satu persembahan secara besar besaran di Gelanggang Bukit Lintang , Melaka diatas jemputan En Yaaman . Seterusnya rombongan Mahaguru ini telah singgah di Pulau Besar dan membenutk susunan Ahli Lembaga Adat kali pertama dengan perlantikan Orang 4, Orang 8, Orang 16 dan Orang 32. Dari ini , Pulau Besar ini memang mempunyai kaitan rapat dengan Pertubuhan.
MATLAMAT
Menghimpunkan seberapa ramai ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di Pulau Besar yang mana Pulau yang mempunyai sejarah tersendiri dengan pertubuhan ini serta Mahagurunya disamping membuktikan Pulau Besar , sebuah pulau yang selamat dari igauan rakyat tentang pekara pekara mistik . Dengan ini dapat membantu kerajaan negeri Melaka dalam mempermosikan Pelancungan di Pulau Besar
· Memaklumkan bahawa Pertubuhan secara berterusan memainkan perananya sebagai sebuah badan NGO yang menyokong usaha kerajaan untuk membendung masalah belia negara Agama menjadi sumber inspirasi, motivasi dan pengawalan untuk bertingkahlaku yang bernilai lluhur dari segi agama dan kepentigan masyarakat.
Memaklumkan bahawa Pertubuhan secara berterusan menjalankan kegiatan pembangunan bagi memastikannya bergerak selari dan bertepatan dengan dasar-dasar sukan,pendidikan dan kebudayaan Negara
Memaklumkan bahawa pertubuhan ini sentiasa releven dalam menjalankan pelbagai aktiviti dan sentiasa di minati ramai
Memaklumkan bahawa pertubuhan ini tetap bersama menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan Melaka lebih lebih lagi Pulau Besar sebagai salah satu tempat pelancungan yang terbaik
1. Penganjuran aktiviti ini bertujuan untuk menghimpunkan seberapa ramai ahli demi memastikan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bahagian Negeri Melaka akan terus menyumbang kepada menangani masalah belia Negeri Melaka dan mencetuskan rasa cinta di kalangan generasi muda terhadap kegiatan budaya warisan bangsa di Bumi Hang Tuah – Pahlawan Melayu di samping aktiviti aktiviti tetap yang dilakukan setiap tahun iaitu Majlis Pendaftaran Ahli Baru , Penerimaan Murid Baru dan penyampaian Penyelarasan Pelajaran
2. Haruslah mendapat kelulusan dari Jabatan Pelajaran Negeri Melaka , Sekolah dan ibu bapa .
3. Pendaftaran akan terus diadakan di Jeti Anjung Batu , Pernu , Melaka pada jam 5.00 petang – 6.00 petang 12.4.2013 . Bayaran Pendaftaran adalah RM 30.00 seorang , meliputi penginapan kemah , makan minum dan latihan latihan khas yang diadakan . ( Tambahan bayaran untuk yang ingin mengikuti : Majlis Penerimaan Murid Baru RM 15.00 / RM 25.00 ( Pelimau seni )
4. Setiap peserta seharusnya membawa kelengkapan diri , pakaian silat , ubat ubatan dan pakaian secukupnya serta surat kebenaran ibubapa yang dilampirkan .
5. Bagi ahli ahli lama , PSSGM Melaka menawarkan latihan seni pisau dengan bayaran tambahan RM 10.00 untuk senjata pisau dan sedikit nota .
6. Guru Penasihat atau pengerusi Gelanggang hendaklah memaklumkan jumlah penyertaan pada atau sebelum 8 April 2013 dengan menghubungai Setiausaha Pertubuhan ini ( 012-6877091 / 019-6868123 )
7. Harga sebenar RM 80.00 seorang : makan minum RM 18 .00 x 3 hari , Tambang RM 14.00 , Insuran RM 5.00 , Kemah RM 3.00 X 3 hari , lain lain Kos : RM 5.00