Sabtu, 2 Jun 2012

04 di batu berendam - Google Blog Search

04 di batu berendam - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di batu berendam</b> - Google Blog Search

Posted: 03 May 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di batu berendam</b> - Google Blog Search

Posted: 03 May 2012 07:39 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di batu berendam</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Apr 2012 07:37 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Rumah Untuk Dijual <b>di Batu Berendam</b>, Melaka - POST-JE

Posted: 03 Apr 2012 04:00 PM PDT

Nama: shahril malik
Email: arielmalik@live.com
Website:
Tajuk: Rumah Untuk Dijual di Batu Berendam, Melaka
Iklan: Rumah untuk dijual di Taman Merdeka, Batu Berendam
-1 storey
-22x70 sqf
-status rumah leasehold

Taman Merdeka berdekatan dengan:

-kawasan maju
-3 BILIK (1 master bed room)
-2 BILIK AIR
-50m Hypermarket Econsave (baru dibuka)
-50m Maksak (Dewan serbaguna dan gym)
-50m Citibank dan kedai komersial
-500m airport bt.berendam & Flying Academy
-1km Pasar Borong
-10 minit ke Hospital Besar Melaka
-1km Giant Hypermarket
-5km Mydin dan MITC Ayer Keroh
-15 minit ke Bandaraya Melaka
-15 minit ke Zoo, Mini Melaka
-15 minit ke Melaka Wonderland
-30 minit ke Pantai Tg Puteri & Klebang
-banyak Bank : Citibank, Maybank dll

Harga: RM95000
Harga boleh dirunding (negotiate) jika berminat.
Hubungi Malik : 019-6975552
@ Shahril : 014-3069193 @ 017-3101751
Ip Pengirim: 118.101.22.194

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 02 May 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 02 May 2012 09:13 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Apr 2012 09:30 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

<b>Sungai Rambai</b> berubah wajah - Utusan Malaysia Online - Selatan

Posted: 24 Feb 2012 08:04 AM PST

Sungai Rambai berubah wajah

Sungai Rambai berubah wajah

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


Ketua Menteri, Mohd. Ali Rustam menyaksikan pertunjukan akrobatik pesawat jenis Extra 300L pada Karnival Udara Antarabangsa Sungai Rambai di Kampung Tasek Jasin, Melaka.


JASIN 23 Feb. - Kampung Sungai Rambai yang terletak di Selatan negeri ini melalui jalan utama Melaka-Muar melalui Lebuh AMJ sejauh 32 kilometer dulunya hanyalah sebuah penempatan kecil.

Dipercayai kampung ini mula didiami sejak awal 1800-an dan penduduk asalnya dari Kampung Tedong, Kampung Serkam dan Kampung Kesang, Muar, Johor.

Kampung Sungai Rambai mendapat nama daripada sebatang pokok rambai yang besar tumbuh di antara Kuala Parit Penghulu dan Parit Sidang Seman dan orang yang bertanggungjawab menamakan Kampung Sungai Rambai ialah Penghulu Dualim pada 1880.

Kini, landskap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sudah banyak berubah.

Dari sebuah penempatan kecil ia kini membangun pesat dengan banyak infrastruktur dan kemudahan awam menjadikan ia setanding dengan daerah lain di negeri ini.

Sejak kepimpinan diterajui Barisan Nasional (BN) sejak dulu hingga kini, daerah itu berubah mengikut arus peredaran zaman.

Pekan lama Sungai Rambai pula bakal berubah wajah tidak lama lagi apabila ia dinaik taraf menggantikan premis-premis bangunan papan digantikan dengan baru selain menyediakan pelbagai kemudahan awam.

Projek naik taraf itu akan dibangunkan oleh Yayasan Melaka menerusi peruntukan sebanyak RM7 juta dan ia sekali gus menjadikan Pekan Sungai Rambai berwajah baru.

Sungai Rambai mempunyai segala kemudahan asas seperti sekolah, balai raya, klinik kesihatan, balai polis dan sebagainya dinikmati oleh lebih 17,730 orang penduduknya yang terdiri daripada orang Melayu, Cina dan India.

DUN tersebut terbahagi kepada empat mukim iaitu Mukim Sungai Rambai, Sebatu, Semujok dan Merlimau dan ditadbir oleh lapan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

DUN Sungai Rambai mempunyai keluasan tanah seluas 9,214 hektar yang mana 7.218 hektar adalah kawasan pertanian seperti dusun buah-buahan, getah, kelapa sawit, sawah padi, kelapa, pisang dan ternakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman banyak memainkan peranan penting untuk membangunkan daerah itu.

Dari sebuah daerah yang bergantung kepada sektor pertanian sebagai sumber pendapatan penduduknya, kini sektor pelancongan semakin berkembang pesat mempopularkan kawasan tersebut.

Satu demi satu produk pelancongan mula berkembang di DUN tersebut walaupun ia berasaskan alam semula jadi yang terdapat di situ.

Inap desa di Parit Penghulu cukup popular dalam kalangan pelancong dari luar negara selain namanya turut terpahat dalam kalendar Pelancongan Malaysia.

Saban masa pelancong dari Singapura, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, England dan sebagainya menjadikan inap desa di sini sebagai destinasi untuk menikmati kehidupan kampung dan merasai kehidupan masyarakat Melayu.


PEMANDANGAN indah di Tebingan Sungai Rambai di Laman Belia 1Malaysia sentiasa menggamit kehadiran pengunjung.


Pada 2009, seramai 92 belia dari 53 negara Komanwel berkampung selama tiga hari di situ yang sekali gus melonjakkan nama Sungai Rambai di peta pelancongan.

Selain itu, Lapangan Terbang Microlight di Kampung Tasek menjadi salah satu mercu tanda apabila setiap tahun menganjurkan Karnival Udara Antarabangsa Sungai Rambai.

Pertunjukan udara menerusi pelbagai pesawat seperti Eagle, Cesna, Christaine Eagle, Extra 300, Microlight dan Paramotor jelas menarik minat penduduk di situ.

Sungai Rambai River Cruise menjadi produk pelancongan terbaru diperkenalkan di kawasan tersebut dan menjadikan daerah itu turut dikunjungi orang ramai pada cuti hujung minggu atau cuti umum.

Jika menaiki bot Melaka River Cruise di Taman Rempah, anda akan berpeluang menikmati pemandangan bangunan-bangunan sejarah.

Namun, dengan menggunakan perkhidmatan Sungai Rambai River Cruise, pengunjung berpeluang menikmati hutan paya bakau daripada pelbagai spesies.

Dengan menaiki Sungai Rambai River Cruise, orang ramai berpeluang menikmati suasana kampung dan menyaksikan flora serta fauna di samping hutan paya bakau yang unik di sepanjang laluan tersebut.

Di samping itu, Laman Belia Satu Malaysia pula menjadi mercu tanda terbaru untuk masyarakat di DUN tersebut berkumpul dan menjalankan pelbagai aktiviti.

Laman tersebut dibangunkan dengan pelbagai kemudahan seperti tempat duduk, restoran, jambatan gantung, gelanggang futsal, berkayak, pentas hiburan selain dihiasi landskap yang menarik perhatian.

Selain itu, Sungai Rambai Agrotourism Park yang terletak di Batu Gajah Pasir pula menjadi destinasi pelancongan berasaskan ternakan kerana di kawasan seluas 38 hektar itu diternak rusa, lembu bali, lembu trust, kambing trust dan premis burung walet.

Menerusi peruntukan RM3.8 juta daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, ia akan dibangunkan dengan pelbagai kemudahan lagi seperti pembinaan chalet, inap desa, restoran, surau, pusat kraftangan, tanaman buah-buahan, herba dan kolam ikan.

Bagi menambah pendapatan penduduk di DUN Sungai Rambai, projek ternakan udang yang terbengkalai kini dibangunkan semula di Sebatu.

Terdapat 15 kolam ternakan udang yang sudah beroperasi, tambahan 20 lagi kolam menerusi peruntukan sebanyak RM5 juta sedang dilaksanakan di kawasan tersebut.

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


BLOG MELAKA: <b>di negeri melaka</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Apr 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: <b>di negeri melaka</b> - Google Blog Search

Posted: 03 May 2012 03:19 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: <b>di negeri melaka</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Apr 2012 03:26 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: <b>di negeri melaka</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Apr 2012 03:16 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: <b>di negeri melaka</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Apr 2012 03:45 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: <b>di negeri melaka</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Apr 2012 03:27 AM PDT

URL Sumber Asal :-

<b>Melaka</b> Maju Negeriku Sayang, <b>Negeri</b> Bandar Teknologi Hijau

Posted: 05 Apr 2012 09:00 PM PDT

Salam Alaik...

Maka ingin aku ingatkan kepada sekalian pembaca blogku bahawa sesungguhnya kini aku tidak lagi berada di Ketamadunan Indus, tetapi aku kini sedang belajar di Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau (Ps: Ini motto negeri Melaka. Sesungguhnya Melaka bukan negeri aku)..

Melalui fasa klinikal di Hospital Besar Melaka memang suatu perkara yang aku tunggu. Berkhidmat secara terus dalam pembelajaran dengan rakyat negara sendiri, dengan bahasa sendiri serta di tanah tumpah darah sendiri memang terasa amat bagus. Sungguhpun tiada lagi main-main dan rehat, tetapi kehidupan pembelajaran di Melaka harus dilalui dengan sabar dan tabah serta penuh syukur.

Mendengar cerita rakan-rakan seperjuangan yang mudah dihalau serta kepala dijadikan tempat hukuman, sudah cukup menggambarkan betapa seriusnya situasi di Melaka ini. Tetapi hukuman itu tidakleh lebih teruk jika dibandingkan dengan nyawa yang mungkin melayang jika kesalahan tidak dapat dikenal pasti ketika menjadi seorang pelajar ini.

Lama sungguh tidak aku menulis (cerpen sebelum ni sebenarnya tak siap lagi. Aku letak dalam 'scheduled post' sebab ingat boleh siapkan dalam masa sebulan). Jadi kiranya jika menulis kali ini, terasa berbeza gaya bahasa dan lenggok katanya. Tidaklah tercapai dek akalku apakah yang seharusnya menjadi tema penulisan aku hari ini.

Biasanya topik yang dibawa olehku agak berat dan dipenuhi dengan informasi, tetapi sayangnya, kekangan masa dan ruangan yang telah banyak terisi di dalam kotak minda ini tidak mengizinkanku melainkan hanya kata-kata cerita tentang perihal diri sendiri yang kekadang pada mata sesetengah orang - membosankan. Pada aku, memanglah hal perihal sendiri ini jika dihebahkan dalam ruangan blog itu suatu hal yang membosankan, dan boleh membawa kepada menyampah. Tapi apakan daya.

Minggu ini, dan dua minggu yang akan datang insya Allah saya akan menjalani latihan klinikal di wad perbidanan dan sakit puan. Sungguhpun saya ini seorang Melayu, yang hebat Bahasa Melayu, serta bergaul dalam kalangan masyarakat yang hebat berbahasa Melayu, tetapi saya tidaklah hebat dalam berbicara bahasa Melayu jika kena pada hal-ehwal perubatan kepada orang awam. Itulah masalah saya pada minggu ini. Mana mungkin orang banyak tahu akan makna 'tetanus toxoid'? Mereka mungkin hanya tahu 'kancing gigi' dsb.

Jadi, sepanjang beberapa minggu saya di sini kelak, akan saya cuba untuk memantapkan cara berbahasa saya terhadap orang banyak. Supaya dikurangkan keluarnya bahasa teknikal yang sukar difahami, dan dilebihkan bahasa orang banyak, agar mudah untuk saya berkomunikasi.

Dalam diam, jauh sudah saya bercerita. Sambung di lain kali pula. InsyaAllah jika tidak ada aral melintang, saya akan cuba untuk kembali aktif dalam menulis di sini. SUngguh, kehidupan sebagai pelajar perubatan di Malaysia itu sememangnya sibuk, tetapi akan saya cuba mencari masa senggang untuk berbicara hal semasa, politik dsb.

Oleh itu, mohon berundur, dan sehingga berjumpa lagi.

waadat: Karnival Pendidikan <b>Negeri Melaka</b>

Posted: 02 Apr 2012 12:00 AM PDT

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkanREJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan,

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU, dan

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Cerita Dalam <b>Melaka</b> (<b>Melaka&#39;s</b> Stories): Kenapa <b>Melaka Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2012 06:56 PM PDT

Setelah berbulan aku hibernasi, kini aku kembali. 
Bagi yang melancong Melaka pasti terlihat slogan "Melaka Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau" di banner atau billboard yang terpapar sepanjang jalan raya di Melaka. Aku rasa bab "Melaka Negeriku Sayang" ramai yang faham."Teknologi Hijaupun" senang nak faham.. tapi bab "Negeri Bandar" tu? Kenapa Melaka Negeri Bandar? Apa yang menyebabkan ia menjadi Negeri Bandar?
Negeri Bandar atau City State adalah Negeri yang secara keseluruhannya adalah bandar. Lebih kurang macam Singapura la kot. (aku belasah je.. kalau salah betulkan sendiri) Tok Ali cakap senang je... Semua daerah kat Melaka ni bandar maka itulah Negeri Bandar. 
Untuk merealisasikan hasrat ini, maka Tok Ali mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Melaka ini perlu mencapai sekurang-kurangnya Majlis Perbandaran. Tiada lagi Majlis Daerah.
Pihak berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:

  1. Majlis/Dewan Bandar Raya
  2. Majlis Perbandaran
  3. Majlis Daerah
Majlis/Dewan Bandar Raya ialah Majlis Perbandaran yang dinaikkan taraf bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. 
- Kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk yang melebihi 1,000,000 orang 
- Hasil  tahunan melebihi RM20 juta. 

Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. 
- Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang 

- Hasil tahunan melebihi RM5 juta.
 
Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). 
 - Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 100,000 orang
 - Hasil tahunan kurang daripada RM5 juta.
Maksud tersiratnya.. lagi tinggi taraf Majlis tu lagi maju, lagi ramai lagi tinggi la pendapatan. Bila pendapatan tinggi.. macam-macam boleh buat termasuk penyelenggaraan.
Atas komitmen semua pihak termasuk rakyat tanpa mengira parti politik, akhirnya hasrat ini terlakar.
1) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
2) Majlis Perbandaran Alor Gajah
3) Majlis Perbandaran Jasin
4) Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
Kenapa Melaka banyak sangat Majlis sedangkan negeri kecik dan kalau satukan mungkin boleh buat dua Majlis Bandaraya. Jawapannya ialah.. Negeri Kecik tapi otak pemimpin besau beb. Kalau banyak Majlis maka tumpuan kawasan lebih kecil, pekerja lebih ramai. Oleh itu kerja-kerja penyelenggaraan dapat dilakukan di setiap inci. Itu sebablah tak hairan Melaka merupakan antara negeri terbersih. 

BLOG MELAKA: <b>di negeri melaka</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Apr 2012 03:40 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: <b>di negeri melaka</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Feb 2012 03:26 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: <b>di negeri melaka</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Apr 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: <b>di negeri melaka</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Apr 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

MTQSS Peringkat <b>Negeri Melaka</b> 2012

Posted: 17 Apr 2012 09:22 PM PDT


Adik Muhammad Hazwan bin Hamdan (SMK Dato' Dol Said) telah dinobatkan
sebagai Johan Tilawah al-Quran (Lelaki) kategori Sekolah Menengah.

18 April 2012 - Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua johan pertandingan MTQSS peringkat kawasan yang telah dijalankan sepanjang bulan Mac yang lalu. Para peserta terhebat di setiap kawasan masing-masing satu ketika dahulu akan bertarung untuk menjadi pemenang di peringkat negeri pula.

Pertandingan ini menyaksikan SMA Assaiyidah, Merlimau dan SK Serkam Darat telah bergabung idea, tenaga dan kerjasama sebagai pengelola pertandingan. Lokasi pertandingan juga telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu sekolah menengah (SM) yang akan dijalankan sepenuhnya di SMA Assaiyidah Khadijah manakala semua acara untuk sekolah rendah (SR) pula  dilaksanakan di SK Serkam Darat termasuklah acara majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah iaitu di Dewan Hajah Maimunah Khamis pada jam 5.00 petang.

Antara acara yang dipertandingkan adalah tilawah al-quran (SM & SR), Hafazan al-Quran (SM & SR), Bercerita Kisah-kisah dari al-Quran (SR sahaja) dan Syarahan (SM sahaja). Pemenang di peringkat negeri akan mewakili negeri Melaka ke peringkat kebangsaan di Kuantan, Pahang Darul Makmur pada 25 - 28 Mei 2012 nanti.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Hj. Mohamad Yusoff bin Osman, Pengarah Pelajaran Melaka. Turut hadir, Tn. Hj. Ismail bin Mohmd, KS SPI, JPN Melaka dan juga En. Abu Bakar bin Alim, Pegawai Pelajaran Daerah Jasin.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya!

[ KEPUTUSAN PERTANDINGAN (SEKOLAH RENDAH) ]
[ KEPUTUSAN PERTANDINGAN (SEKOLAH MENENGAH) ]

ALBUM SEKITAR MAJLIS: [ALBUM 1] || [ALBUM 2] || [ALBUM 3] || [ALBUM 4]

ads