Isnin, 15 Oktober 2012

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


<b>Klebang</b> Centre Point meningkatkan taraf kehidupan dan ekonomi <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2012 04:49 AM PST

Pembangunan Klebang Centre Point di Klebang di kawasan seluas 4.6 hektar dijangka meningkatkan taraf kehidupan dan ekonomi penduduk setempat.

Hypermarket Econsave yang menelan kos sebanyak RM18 juta akan menjadi tunjang utama pembangunan ekonomi di kawasan ini berdasarkan sambutan orang ramai di gedung-gedung yang sama di seluruh negara,

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, pembinaan Econsave yang dijangka siap pada pertengahan tahun 2013 akan menjadi nadi penggerak utama di kawasan Klebang Centre Point.

"Hypermarket itu antara projek utama yang akan dibina di dalam kawasan pembangunan komersial di Klebang seluas 4.6 hektar itu,"katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian antara Kumpulan Liew Yin Yin dan Econsave Cash & Carry Sdn Bhd dan Majlis Pelancaran 'Klebang Centre Point'.

Perjanjian itu ditandatangani Pengarah Kumpulan Liew Yin Yin, Ir Don Liew Mun Hon dan Pengarah Eksekutif Econsave, Lai Sia Ling.

Roshid berkata, kerjasama strategik antara dua syarikat gergasi terbabit membuktikan kawasan bandar raya itu bakal menjadi tumpuan pelaburan pembangunan, ekonomi dan sosial.

"Bagi penduduk tempatan pula, pada permulaan, hypermarket ini akan menawararkan 150 peluang pekerjaan,"katanya.

Dalam pada itu, Roshidi berkata, sebuah hotel bajet juga akan dibangunkan yang akan menjadi titik permulaan kepada aspek pelancongan.

Selain hotel bajet, pihaknya turut menerima cadangan dan permohonan membuka sebuah restoran makanan segera pandu lalu di kawasan ini.

"Pada masa ini, pembinaan Sekolah Rendah Poi Lam sedang berjalan rancak dan ianya dijangka siap sebelum hujung tahun ini,"katanya.

Jelasnya, kedudukan Klebang Centre Point yang strategik ini bakal menjadi tumpuan para pengguna kerana ia dibina di laluan utama ke kawasan Meru Raya.

ads