Rabu, 6 Julai 2011

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


Senarai Hotel <b>Di Tanjung Bidara</b>, Melaka, Malaysia - Melaka <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2011 03:28 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Senarai Hotel Di Tanjung Bidara, Melaka, Malaysia. Senarai Hotel Di Tanjung Bidara:-. Samudera Bidara Resort Lorong Hj. Abdullah, Kg. Balik Batu. 78300 Tanjung Bidara, Melaka Tanjung Bidara Beach Resort Tanjung Bidara ...

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


Nisreen homestay berdekatan MITC ,Wonderland <b>di Ayer Keroh</b> | Laman <b>...</b>

Posted: 04 Jul 2011 08:40 AM PDT

Description

Anda merancang untuk bercuti ke Melaka ? Perlukan tempat penginapan?
Hubungi Nisreen Homestay ( Ismail) di talian 0123400227.
Jarak dari tol ayer keroh lebih kurang 1 km.

Beralamat di :
No 23, Jln MP3,
Taman Melaka Perdana,
75450 Ayer Keroh, Melaka.

- Lokasi berhampiran dengan MITC, Zoo melaka , Taman Buaya ,Taman Rama-rama , Bandar Hilir, Eye of Malaysia, a' famosa Mahkota Parade, Jusco, Tesco, Mydin dan berbagai lagi tempat menarik di melaka.

- Sesuai sebagai lokasi lokasi persinggahan untuk ke UTEM, MMU UITM dan ILP
- 4 bilik tidur berserta 3 katil queen,2 katil bujang, berhawa dingin, berkipas, 3 bilik air, ruang tamu yang luas. Disediakan peti sejuk, TV, dapur masak, pemanas air, seterika dan lain-lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


SiasahKini: Apa Ni Dok Paksa-Paksa Pi Pulak!!!

Posted: 04 Jul 2011 08:03 PM PDT

BUKT KATIL, 4 Julai: Ramai di kalangan guru Sekolah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) merungut kerana dipaksa menghadiri program makan malam 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sebuah sekolah Cina di Machap Baru malam ini.

"Kami sudah tidak tahan dengan paksaan sebegini, bayangkan kami yang kebanyakan wanita dipaksa hadir pada program tersebut sehingga pukul 12.00 malam.

"Ada yang dari Sungai Rambai dan lain-lain tempat yang jaraknya agak jauh dari Machap Baru, kami berasa kesal dengan Jaim dan Kerajaan Negeri Melaka yang seringkali memaksa kami hadir pada program bersama pemimpin," kata seorang guru yang tidak mahu namanya disiarkan.

Selain itu, menurut guru tersebut murid-murid sekolah Jaim juga dipaksa balik awal iaitu pada pukul 4.30 petang.

Menurutnya, sudah banyak kali sekolah diarahkan ditutup awal hanya kerana program-program bersama pemimpin kerajaan pusat.

Apa yang dikesalkan ialah semua guru-guru diwajibkan hadir dan sesiapa yang didapati tidak hadir akan diambil tindakan tegas oleh Jaim.

"Masa murid-murid belajar digadaikan hanya semata-mata kerana politik," tegas seorang bapa yang kesal.

Menurutnya, satu lagi masalah timbul ialah ibu bapa juga menghadapi kesulitan kerana terpaksa mengambil anak mereka lebih awal iaitu pada pukul 4.30 petang sedangkan majoriti dari mereka bekerja dan pulang paling awal jam 5.00 petang.

"Saya risau dengan keselamatan anak saya yang terpaksa menunggu saya mengambilnya agak lewat iaitu sekitar jam 5.45 petang.

"Anak saya kadang-kadang terpaksa menunggu saya seorang diri, siapa yang dapat menjamin keselamatan anak saya sedangkan sekarang ini bermacam jenayah berlaku melibatkan anak-anak sekolah," tegas beliau.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata tindakan Jaim dan kerajaan negeri Melaka benar-benar merugikan pembelajaran anak-anak kerana masa belajar menjadi pendek selain ianya membebankan guru-guru dan juga mendedahkan murid-murid kepada ancaman keselamatan.

"Tindakan Jaim ini benar-benar merugikan pembelajaran anak-anak kita selain ianya membebankan guru-guru yang terpaksa bekerja lebih masa kerana terpaksa menghadiri program berkaitan sehingga jauh malam.

"Kita juga bimbang tentang keselamatan anak-anak kita kerana mereka terpaksa menunggu ibubapa sehingga sampai jam 6.00 petang atau mungkin lebih lambat kerana habis kerja pun jam 5.00 petang," kata Yusof.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


<b>Tanjung Tuan</b> persinggahan sebelum ke hemisfera utara

Posted: 29 Apr 2011 07:17 PM PDT



AKU mengepak sekuat mungkin sayap agar segera sampai ke destinasi itu. Satu lokasi yang sememangnya wajib menjadi persinggahan tahunan aku dan rakan-rakan.

Selepas beberapa hari terbang dari kepulauan Sumatera merentasi lautan Selat Melaka yang membiru, perut yang lapar perlu diisi. Sayapku juga sudah keletihan untuk terus terbang.

Kehijauan sebuah kawasan tanjung yang sudah kelihatan membuatkan hatiku rasa berbunga. Ya, di situlah persinggahan kami untuk mendapatkan makanan dan juga melepaskan lelah. Tanjung Tuan yang terletak di sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka ialah hutan pinggir pantai terakhir di pantai barat Semenanjung Malaysia.

Sampai sahaja di langit Tanjung Tuan, aku hanya perlu mendepakan sayap seluas mungkin untuk mengapungkan diri. Lama jua aku terbang di sekitar kawasan itu untuk mencari makanan seperti tikus, kumbang, cengkerik atau tupai.

Aku juga perlu mencari tempat berteduh untuk beberapa hari ini. Aku perlukan tenaga untuk terus terbang lagi melalui Thailand, Vietnam dan China sebelum berlabuh di Siberia berdekatan Laut Bering untuk bersarang.

Namun, mataku sesekali mencuri pandang kepada keramaian sekelompok manusia di padang sebuah resort, PNB Ilham Resort. Ada yang memegang kamera dengan lensa yang panjang, ada juga yang sedang tertunduk-tunduk asyik menggunakan binokular.

Apa yang pasti, pandangan mereka mengarah kepada aku dan rakan-rakan di udara. Rupa-rupanya migrasi aku, seekor burung pemangsa daripada spesies oriental honey-buzzard dari bahagian selatan ke hemisfera utara disebabkan musim sejuk menjadi perhatian mereka.


BEBERAPA pencatat rekod kehadiran burung asyik membuat kiraan di Rumah Api Tanjung Tuan baru-baru ini.


Mereka berkumpul dalam acara yang dinamakan Raptor Watch atau Memerhati Burung-Burung Pemangsa.

Ia merupakan acara yang masuk tahun ke-12 anjuran Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).

"Kita menganggarkan lebih daripada 12 jenis burung pemangsa singgah di Tanjung Tuan dalam perjalanan pulang mereka ke utara hemisfera. Mereka bermigrasi dari negara seperti Jepun, Rusia, China dan Mongolia kerana musim sejuk.

"Kita berjaya mengenal pasti tujuh jenis burung pemangsa itu yang yang antaranya oriental honey-buzzard, black baza, Japanese sparrowhawk, Chinese goshawk dan grey faced buzzard," demikian ujar salah seorang orang kuat Raptor Watch, Clifford Clement.

Katanya, dalam perjalanan migrasi ke utara itu, burung-burung pemangsa tersebut akan singgah di beberapa tempat untuk berteduh.

"Tanjung Tuan yang masih terpelihara daripada sebarang bentuk pembangunan dan penebangan hutan menyediakan satu lokasi perlindungan terbaik untuk burung-burung ini. Sebab itu sehingga ke hari ini, burung-burung pemangsa tidak pernah gagal menjadikan Tanjung Tuan lokasi persinggahan dalam laluan mereka," katanya.

Arus udara panas

Kongsi Clifford, burung-burung itu akan berehat beberapa hari di hutan Tanjung Tuan sebelum meneruskan perjalanan. Bagaimanapun tidak ada satu jangka masa tepat boleh dinyatakan.


MAYA KARIN membuktikan kecintaannya terhadap alam sekitar apabila terus menjadi duta program Raptor Watch.


"Sukar untuk menentukan berapa lama seekor burung itu akan berada di hutan Tanjung Tuan. Ia bergantung kepada pelbagai faktor seperti keadaan fizikal burung, sumber makanan dan cuaca," ujar Clifford yang juga Pengarah Eksekutif MNS.

Menyentuh mengenai cuaca, ungkap beliau lagi burung-burung pemangsa ini biasanya hanya akan keluar dari hutan memulakan pengembaraan ketika cuaca panas.

Ini kerana dalam cuaca itu, burung-burung tersebut akan terbang tinggi sebelum meluncur mencari arus udara panas.

"Arus udara panas mengelakkan burung pemangsa ini daripada keletihan kerana ia membantu burung pemangsa mengapungkan diri dan meluncur di udara tanpa perlu banyak mengepakkan sayap," katanya.

Dengan tema Mari Bersama, Hutan untuk Manusia dan Burung, edisi ke-12 Raptor Watch tahun ini menyaksikan lokasi memerhatikan burung iaitu PNB Ilham Resort bertambah meriah.

Masih mengekalkan selebriti terkenal, Maya Karin sebagai duta Raptor Watch, program Raptor Watch 2011 yang berlangsung pada Mac lalu turut menyaksikan penglibatan persatuan-persatuan burung luar negara.

Ini termasuklah kehadiran ahli persatuan burung dari Singapura, Taiwan dan Thailand yang bukan sahaja tidak melepaskan sesi memerhati burung bahkan, turut membuka gerai pameran.

Aktiviti lain yang disediakan sepanjang dua hari program Raptor Watch 2011 itu termasuklah sukaneka, kitar semula surat khabar, kuiz alam sekitar dan berjalan di paya bakau.

Memasuki tahun ke-12 ternyata MNS tidak hanya menjalankan program tersebut secara suka-suka. Selain, elemen pendidikan dan kempen kesedaran mencintai alam, MNS juga menjalankan penyelidikan mengenai burung pemangsa itu.


FORMASI burung-burung pemangsa ini di udara menyajikan satu pemandangan memukau.


Ini termasuklah membuat kiraan terhadap jumlah burung pemangsa yang singgah di Tanjung Tuan selama sekitar 43 hari tempoh masa migrasi burung tersebut.

Ujar Clifford tahun lalu, sebanyak 73,152 ekor burung pemangsa berjaya direkodkan di Tanjung Tuan.

Mendekati beberapa sukarelawan MNS yang mengambil tanggungjawab membuat kiraan kehadiran burung pemangsa, ternyata ia bukanlah satu tugas mudah.

Dalam satu-satu sesi lima hingga enam orang pengira akan berada di atas rumah api Tanjung Tuan selama beberapa hari untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas.

Sempat bertemu dengan sekumpulan sukarelawan Johd Steed, Sekhar Chakrabarty, T.C. Lim, Chris Sheperd dan Dave Bakewell masing-masing mengakui ia bukan satu tugas mudah.

"Anda memerlukan penglihatan yang tajam," demikian seloroh Steed, 36, ketika ditanya pengalamannya menjadi seorang pencatat rekod burung pemangsa atau raptor counter.

Oleh kerana ia sebuah proses migrasi yang besar, seseorang pencatat itu perlu mempunyai pengalaman dan boleh bertugas dalam ketahanan mental yang kuat.

Beliau sendiri mempunyai pengalaman lima hingga enam tahun dalam tugas tersebut.

Ini kerana dalam satu-satu masa, burung yang tiba akan datang secara segerombolan. Seseorang pencatat perlu pantas membuat kiraan agar tidak ada burung yang terlepas daripada kiraan atau dikira dua kali.

"Ia memang satu kerja yang memerlukan stamina tinggi dan mencabar fizikal," kongsi Steed sambil matanya melekat di sebuah teleskop dengan jari-jemarinya pantas menekan sebuah alat pengira.

Bakewell yang biasa menjadi pencatat rekod burung di Perak dan Kedah memberitahu, ini merupakan pengalaman pertamanya di Tanjung Tuan.

"Ia pengalaman yang menyeronokkan untuk melihat dan menjadi sebahagian daripada penghijrahan burung pemangsa ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


Pasukan aerobatik tarikan Karnival Sg. <b>Rambai</b> | Bugil Bagus

Posted: 08 Apr 2011 07:34 PM PDT

JASIN 7 April – Ruang udara di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai bakal diwarnai kehadiran pesawat Cesna, Eagle, Christaine Eagle dan pesawat mikro sempena Sungai Rambai Melaka International Fly In 2011 dari 10 hingga 12 Jun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, karnival tersebut akan diadakan di Lapangan Terbang Microlight Sungai Rambai dekat sini menyediakan pelbagai acara menarik berkaitan rekreasi udara buat penduduk dan pengunjung.

Menurutnya, antara tarikan utama ialah pertunjukan pasukan aerobatik dari Persekutuan Udara Malaysia (MSAF) yang menggunakan pesawat jenis Eagle di samping aksi dua juruterbang persendirian dari Thailand yang menggunakan pesawat Christaine Eagle serta Extra 300.

"Karnival kali kedua dianjurkan ini bertujuan menarik minat masyarakat terutama golongan belia menyertai sukan udara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan prapelancaran Sungai Rambai International Fly In 2001 di Lapangan Terbang Microlight Sungai Rambai di sini hari ini.

Sempena pelancaran tersebut dua pesawat jenis Cesna daripada Kelab Penerbangan Diraja Selangor yang berpengkalan di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi mendarat di sini.

Dua pesawat tersebut dipandu oleh juruterbang Kapten Norhisham Kasim dan Kapten Farid Rahman.

Mengulas lanjut, Hasan berkata, karnival tersebut turut menarik penyertaan daripada tiga negara jiran iaitu Singapura, Indonesia dan Thailand.

Katanya, program tersebut turut menyaksikan ramai penggiat sukan penerbangan dan rekreasi udara dari dalam serta luar negara berkampung di situ untuk menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang karnival itu.

"Orang ramai berpeluang melihat dari dekat pelbagai pesawat ringan selain mereka turut berpeluang merasai pengalaman menaiki pesawat yang disediakan," ujarnya.

Dipetik dari Utusan Malaysia


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Tranungkite Online v11 - Masjid lantik AJK <b>di Negeri Sembilan</b>

Posted: 20 Jun 2011 09:51 PM PDT

Oleh: rozmal

"Di Negeri Sembilan, Ahli Jawatankuasa Masjid dilantik oleh masjid kerana menurut Pengarah JHEAINS masjid di negeri ini diminta mengemukakan senarai calon jawatankuasa yang baru secepat mungkin. Patutlah begitu banyak masjid-masjid di Negeri Sembilan ini yang mati, masjid yang calonkan AJK masjid, bukannya manusia yang calonkan manusia.

Sila baca artikel saya sebelum ini , Masjid-masjid yang mati di N.Sembilan, negeri beradat di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html  

Tidak perlu pilihan raya masjid di NS

Sinar Harian 20 Jun 2011

 

SEREMBAN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) tidak bercadang mengubah sistem pemilihan jawatankuasa pengurusan masjid sedia ada.

 

Pengarahnya, Johani Hassan berkata, tiada keperluan untuk bertukar kepada kaedah pilihan raya memandangkan sistem digunakan sekarang berjalan dengan baik.

 

"Pada masa ini, calon-calon jawatankuasa masjid dikemukakan oleh ahli kariah sendiri. JHEAINS hanya membuat keputusan tentang lantikan.

 

"Selain itu, JHEAINS turut mengeluarkan garis panduan berhubung pemilihan calon," katanya di sini.

 

Sementara itu, menurut beliau, semua masjid di negeri ini diminta mengemukakan senarai calon jawatankuasa yang baru secepat mungkin.

 

"Kita perlu proses segera semua pencalonan memandangkan penggal jawatankuasa masjid sedia ada akan tamat pada 31 Disember depan," katanya.

 

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9208941.asp

"Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads