MBFM FELDA Tun Ghafar Machap Dicalonkan Anugerah Perdana Belia Negara
PADA 9 April 2014 jam 9 pagi, Persatuan Belia (MBFM) Kampung Bukit Bulat Felda Tun Ghafar Machap telah menerima kunjungan daripada Panel Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Balairaya Kampung Bukit Bulat, Machap Melaka.
Lawatan Panel yang diketuai oleh Prof Turiman Suandi, Pensyarah di Fakulti Pendidikan Jabatan kemajuan Profesional & Pendidikan Lanjutan Universiti Pertanian Malaysia dan Khairul Annuar Mansor, Penolong Bendahari Kehormat Majlis Belia Malaysia (MBM), telah disambut meriah dengan paluan kompang oleh persatuan kebudayaan dan kugiran oleh belia Kampung Bukit Bulat, Machap.
Para penilai dibawa melihat ternakan madu lebah kelulut, kawasan burung pelepah, sekitar kawasan kampung dan tapak pameran serta produk-produk hasil kreativiti seni tangan yang diusahakan sendiri oleh belia-belia tempatan.
Turut hadir sama YB. Datuk Hajah Norpipah Abdol, Timbalan EXCO Pembangunan Belia dan Warisan; Tuan Haji Nordin Ali, Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM); Asmori Hj Sa'ahari, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSN Melaka); Zailani Siran, Penolong Pengarah JBSN Melaka dan Tuan Haji Osman Ismail, Penolong Pengarah Rakan Muda JBSN Melaka.
FeldaVoice mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya.
Wartawan: Hairilidzwan Idris
NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com
Artikel disiar pada April 14, 2014 - 6:42 pm oleh Shazuein Azmaini
This entry was posted on April 25, 2013 at 1:15 am and is filed under Malaysia news with tags Anwar Ibrahim. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
SUHAIZANNOH: FUTSAL PERSAHABATAN BERSAMA SAHABAT DI DURIAN TUNGGAL
Assallammualaikum dan salam perjuangan Salam Aspirasi sekali sekala layan futsal bersama sahabat memang best juga..selain kita hanya berjumpa dan berbual mesra kita juga boleh bermain futsal dan sama sama bersenam dan mengeluarkan peluh.. Alhamdulillah program sebegini memang baik dan usaha ini perlu diteruskan secara berkalasupaya memberi minat kepada pemuda untuk bersama sama dan mempertingkatkan ukhuwah pemuda bersama.. terimakasih kepada sdr razali majid kerana berjaya mengaturkan perlawanan persahabatan ini...tahniah..
MELAKA – Paras air di Empangan Durian Tunggal dekat sini yang merupakan nadi bekalan air di negeri ini mengalami penurunan antara 0.9 peratus hingga satu peratus setiap hari sejak musim panas bermula bulan lepas.
Sumber daripada Syarikat Bekalan Air Melaka (SAMB) berkata, paras air di empangan itu berada pada tahap 73 peratus hari ini berbanding 73.1 peratus semalam, namun masih jauh dari paras kritikal 50 peratus.
Namun beliau mengingatkan: "Jika tiada hujan yang berterusan hingga hujung bulan ini paras air di empangan ini akan menurun kepada 60 peratus.
"Sekiranya cuaca panas dan hujan tidak turun sehingga pertengahan bulan depan, dikhuatiri air akan mencecah paras kritikal 50 peratus".
Antara sebab penurunan itu ialah cuaca panas sejak kebelakangan ini dan kawasan di empangan itu hanya menerima hujan sebanyak dua kali sejak bulan lepas, katanya ketika dihubungi.
Sumber itu turut menyatakan SAMB kini sedang menggunakan empat buah pam untuk mengepam kira-kira 48 juta gelen air sehari antaranya dari Sungai Gersik, Muar, Johor ke Empangan Durian Tunggal dalam usaha menstabilkan paras air di empangan itu. – BERNAMA
MELAKA - Paras air di Empangan Durian Tunggal dekat sini yang merupakan nadi bekalan air di negeri ini mengalami penurunan antara 0.9 peratus hingga satu peratus setiap hari sejak musim panas bermula bulan lepas.
Sumber daripada Syarikat Bekalan Air Melaka (SAMB) berkata, paras air di empangan itu berada pada tahap...

MELAKA - Paras air di Empangan Durian Tunggal dekat sini yang merupakan nadi bekalan air di negeri ini mengalami penurunan antara 0.9 peratus hingga satu peratus setiap hari sejak musim panas bermula bulan lepas.

Sumber daripada Syarikat Bekalan Air Melaka (SAMB) berkata, paras air di empangan itu berada pada tahap 73 peratus hari ini berbanding 73.1 peratus semalam, namun masih jauh dari paras kritikal 50 peratus.

Namun beliau mengingatkan: "Jika tiada hujan yang berterusan hingga hujung bulan ini paras air di empangan ini akan menurun kepada 60 peratus.

"Sekiranya cuaca panas dan hujan tidak turun sehingga pertengahan bulan depan, dikhuatiri air akan mencecah paras kritikal 50 peratus".

Antara sebab penurunan itu ialah cuaca panas sejak kebelakangan ini dan kawasan di empangan itu hanya menerima hujan sebanyak dua kali sejak bulan lepas, katanya ketika dihubungi.

Sumber itu turut menyatakan SAMB kini sedang menggunakan empat buah pam untuk mengepam kira-kira 48 juta gelen air sehari antaranya dari Sungai Gersik, Muar, Johor ke Empangan Durian Tunggal dalam usaha menstabilkan paras air di empangan itu. - BERNAMA

SEBAHAGIAN pengunjung dan peminat burung helang berjalan kaki menuju ke Rumah Api Tanjung Tuan di PNB Ilham Resort, Melaka, baru-baru ini.
MELAKA 13 Mac - Peluang menyaksikan puluhan ribu burung helang dan spesies pemangsa lain adalah satu pengalaman menarik.
Sememangnya sungguh unik dan tidak terfikir di benak fikiran bagaimana hampir 50,000 burung pemangsa yang dalam perjalanan ke hemisfera utara boleh menjadikan hutan simpan Tanjung Tuan, Port Dickson, Negeri Sembilan sebagai destinasi persinggahan sejak 15 tahun lalu.
Seperti sudah dijadualkan iaitu setiap menjelang Mac hingga April, burung-burung berkenaan mula singgah di ruang udara sekitar Tanjung Tuan yang ditadbir Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka.
Burung-burung berkenaan yang datang dalam kelompok yang besar akan berlegar-legar di sekitar hutan simpan Tanjung Tuan hingga menarik ribuan pencinta alam khususnya pemerhati dan peminat burung pemangsa yang sanggup datang dari jauh semata-mata ingin melihat kebanjiran spesies tersebut.
Kehadiran burung-burung ini mengikut musim setiap tahun di antara hemisfera utara dan hemisfera selatan. Ketika musim sejuk burung berkenaan mencari kawasan cuaca panas khususnya di Asia Tenggara dan gugusan kepulauan Asia bagi menghindari musim sejuk serta mudah untuk mendapatkan makanan.
Uniknya Tanjung Tuan adalah lokasi paling sesuai untuk melihat 14 spesies burung pemangsa tersebut dari dekat.
Melalui Raptor Watch 2014 yang diadakan baru-baru ini oleh Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Pejabat Ketua Menteri dengan kerjasama Tourism Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan serta Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), lebih 5,000 peminat burung dari jauh dan dekat berhimpun di PNB Ilham Resort.
Peminat burung pemangsa ini bukan sahaja terdiri daripada kalangan rakyat tempatan, malah luar negara seperti Jepun, United Kingdom, Perancis, Taiwan, Singapura, Filipina dan Tunisia.
Pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT), kanak-kanak dan golongan remaja tidak melepaskan peluang hadir bersama keluarga masing-masing semata-mata ingin melihat dari dekat spesies burung pemangsa berlegar-legar di sekitar hutan simpan Tanjung Tuan.
Di ruang halaman PNB Ilham Resort pula didirikan banyak khemah bagaikan satu festival sambil seluruh peminat burung berhimpun mendengar taklimat di samping menyertai pelbagai program anjuran BPP sepanjang dua hari Raptor Watch diadakan iaitu pada 8 hingga 9 Mac lalu.
Persembahan hiburan oleh kumpulan Briged Seni Melaka memeriahkan lagi program tersebut.
Uniknya Raptor Watch kali ini, biarpun pengunjung datang dari pelbagai negara, mereka dapat berkumpul, berbual dan bertukar-tukar idea.
Tidak hairanlah Raptor Watch yang dianjurkan setiap tahun oleh BPP dengan kerjasama pelbagai agensi pelancongan menjadikannya aktiviti menarik dalam kalendar pelancongan dikongsi kerajaan negeri Melaka dan Negeri Sembilan.
Biarpun cuaca panas terik melanda negara ketika ini, keadaan itu tidak menjadi penghalang kepada pemerhati burung pemangsa untuk bersemangat mendaki hutan simpan Tanjung Tuan mencari lokasi menarik melihat dari sudut paling dekat.
Di samping itu, kira-kira 30 sukarelawan MNS menjadi pemerhati dan mengira jumlah spesies berkenaan bermula dari Januari hingga April.
Tahun lalu jumlah yang direkodkan adalah kira-kira 50,000 burung pemangsa berlegar di ruang udara sekitar Tanjung Tuan.
Apabila musim sejuk semakin berakhir, burung-burung berkenaan mula kembali ke lokasi asal bermula awal Februari hingga April dengan melalui perjalanan sama.
Sekali lagi latihan kemahiran menjadi pilihan kami di MAG dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA Masjid Tanah dalam meningkatkan lagi kualiti kemahiran di dalam industri yang sebenar.
Penerangan dan perbincangan berteraskan kemahiran automotif
Blog ini telah menyiarkan satu artikel berhubung kewujudan pusat-pusat perjudian yang berselindung di sebalik nama PUSAT HIBURAN KELUARGA di Daerah Alor Gajah. (DI SINI). Tidak lama selepas artikel tersebut disebarkan, sepasukan anggota dan pegawai dari D7 PDRM telah menyerbu keempat-empat premis tersebut.
Dalam reaksinya, Ketua Menteri Melaka, Idris Haron telah meminta agar PDRM menyiasat seorang pegawai kanannya yang didakwa menjadi dalang kepada kewujudan pusat-pusat judi bermesin di seluruh Melaka.
Bagaimanapun, pada masa yang sama, Ketua Menteri Melaka itu meminta agar tuduhan tidak dibuat tanpa sebarang asas dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk mendalami siasatan.
Di sekitar Alor Gajah, poster-poster seorang individu telah disebarkan secara meluas. Tidak dapat dipastikan apakah individu berkenaan merupakan 'pegawai kanan' yang dimaksudkan oleh Ketua Menteri Melaka.
Ini masa Idris Haron tunjukkan UMNO sudah berubah dan ada transformasi dengan menggantung dulu pegawainya dan disiasat. Jika ada kes, pastikan ia disiasat dan usah pula ada usaha nak tutup kes.
Tok ... ingat sedikit, Ini zaman Internet dan sosial media, benda begini cepat tersebar. Jika ada usaha nak tutup-tutup, maklumat senang bocor.
Tunjukkan ketegasan dan keberanian bertndak termasuk kepada kawan dan pegawai sendiri ... pasti rakyat dan ahli akar umbi akan sanjungi.