Ahad, 7 Julai 2013

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jun 2013 11:12 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Apr 2013 11:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Apr 2013 11:43 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Feb 2013 11:17 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Homestay / Rumah Rehat Tg <b>Bidara</b> Masjid Tanah: Tempat-tempat <b>...</b>

Posted: 23 Dec 2012 08:56 PM PST


Apa yang menarik di Pengkalan Balak dan kawasan sekitarnya ? 
Pantai Pengkalan Balak merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara. Pesisir pantainya yang luas ditambah dengan keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya amat damai dan permai.
Pantai yang popular dengan pelbagai bentuk chalet persendirian ini memberikan peluang kepada pengunjung dan pelancong untuk menginap dan menikmati suasananya yang permai pada sebelah malam. Para Pengunjung juga berpeluang menyaksikan kegirangan nelayan-nelayan yang pulang membawa hasil laut menjelang senja hari. Pengkalan Balak merupakan sebuah pantai yang terkenal bagi Negeri Melaka. Ianya terletak berdekatan dengan kem tentera, Kem Terendak. Pusat Bandar yang paling hampir ialah Bandar Masjid Tanah hanya terletak kira-kira 10km sahaja dari pantai tersebut.
Penempatan ini terdiri daripada 11 buah kampung tradisional dengan kebanyakan penduduknya bekerja sebagai petani dan nelayan
Berdekatan pantai terdapat Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang menempatkan Balai Cerap, Planetarium, Pusat Latihan Falak dan Balai Cerap Robotik.
Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tanjung Bidara
Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka. Keadaan fizikal pantai yang landai dan pasir yang memutih serta angin sepoi-sepoi bahasa ini merupakan persaingan utama pantai Port Dickson yang terletak lebih kurang 70 km dari Masjid Tanah.
Pantai kegemaran ramai ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi untuk keselesaan para pengunjungnya.


Kota Yang Pernah Dijajah

Nama Kuala Linggi diberi bersempena dengan nama sebatang sungai. Disebabkan kedudukan kampung ini terletak di Kuala Sungai Linggi, maka kampung ini diberi nama Kampung Sungai Linggi. Kampung Sungai Linggi terletak di kawasan yang strategik bagi memerhatikan laluan keluar-masuk kapal pada masa dahulu. Oleh itu, sebuah kota telah dibina di Kampung Kuala Linggi.
Kota Kuala Linggi merupakan sebuah kota pertahanan di puncak Bukit Supai. Ia dibina oleh tentera Belanda dan Bugis sebagai tanda perdamaian perang yang berlaku pada 1756 hingga 1757. Selain dikenali sebagai "Supai Fort", kota ini juga dikenali dengan nama For Filiphina di mana namanya diambil bersempena dengan nama anak perempuan Gabenor Belanda ketika itu.
Berdasarkan sejarah, perjanjian di antara tentera Belanda dan Bugis telah berlangsung pada 1 Januari 1758. Hasil perjanjian tersebut Belanda dibenarkan menguasai kawasan Linggi dan perdagangan bijih timah di situ. Kota ini berbentuk segi empat dan dibina dari susunan batu laterit. Di setiap empat penjuru telah dibina separuh bulatan bagi menempatkan meriam untuk tujuan pertahanan.
Jambatan Kuala Linggi boleh dikatakan pemisah atau sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka. Melintasi sahaja Jambatan Kuala Linggi bermakna anda telah tiba di Negeri Melaka, Bandaraya Bersejarah. Kuala Linggi terletak di Daerah Alor Gajah di samping beberapa mukim atau pekan kecil lain seperti Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru dan Masjid Tanah.
Jika di Negeri Sembilan, Adat Perpatih menjadi sanjungan namun Melaka yang terkenal dengan sejarah kepahlawanan Hang Tuah menjadikan Adat Temenggung sebagai budaya hidup sehari-hari. Bagaimanapun di Kuala Linggi terdapat juga masyarakat Minangkabau kerana kedudukannya yang bersempadan dengan Negeri Sembilan.
Kira-kira beberapa tahun yang lalu, sebelum kewujudan jambatan yang menghubungkan Port Dickson dan Kuala Linggi, perahu tambang menjadi pengangkutan utama menghubungkan kampung itu dengan kawasan-kawasan di Negeri Sembilan dan sebaliknya. Apabila jambatan Kuala Linggi siap dibina pada sekitar 1990-an, perhubungan melalui jalan raya telah menjadi keutamaan.
Menariknya di Kuala Linggi, terdapat beberapa peristiwa bersejarah yang boleh dikaitkan dengan kuasa-kuasa luar. Di sini terdapat sebuah kota pertahanan di Puncak Bukit Supai yang dibina oleh tentera Belanda dan Bugis sebagai tanda pendamaian perang di antara kedua-duanya yang berlaku pada tahun 1756-1757. Berdasarkan perjanjian tersebut, orang-orang Belanda diberi kuasa di kawasan Linggi dan dalam perdagangan bijih timah.
Perpustakaan Desa Kuala Linggi terletak di Pekan Kuala Linggi. Bangunannya terletak di antara deretan rumah-rumah di sepanjang jalan Kuala Linggi. Jika anda ternampak papan tanda Perpustakaan Desa Kuala Linggi bermakna anda telah pun sampai.











 

 

 

Selamat Datang ke Restoran Ikan Bakar Terapung Fort Supai........

Restoran Terapung Fort Supai terletak di Kompleks Terapung Fort Supai, Kuala Linggi  Melaka. Dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri Datuk Seet Har Cheow pada Jumaat 12 April 2009.
Kompleks Medan Ikan Bakar Terapung Fort Supai merupakan projek pelancongan yang dilaksanakan selain kemudahan perlancongan di Tanjung Bidara, Pengkalan Balak, Padang Kamunting, Dataran Alor Gajah dan rumah rehat Tanjung Bidara, Masjid Tanah.
Restoran Terapung Fort Supai  telah mula beroperasi pada 29hb April 2009. Di usahakan oleh Puan Aizan Mat Ramli.
Restoran ini menyediakan Ikan Bakar biasa & Sambal Terutub (Resepi Pak Teh) dan Makanan Laut & Thailand. Pembekal ikan adalah dari nelayan-nelayan di sekitar Kuala Linggi.

Medan Ikan Bakar Nelayan Kuala Sungai Baru

Masjid yang diperbuat daripada tanah.  Asal usul nama Masjid Tanah

Rumah Tradisional Melayu Londang
Juara 2 kali Kampung Tercantik Peringkat Kebangsaan - Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah

BBQ <b>di</b> pantai <b>Tanjung Bidara</b> - Ummi Hanie

Posted: 13 Jan 2013 08:23 PM PST

Salam bahagia,

Ini ialah edisi terakhir TRAVELOG/Cuti² Malaysia saya dan family bagi tahun 2012. Alhamdulillah, penutup percutian yang bagus sekali.

Tuan rumah reunion ni dah bookingkan kami sebuah bilik di Tanjung Bidara Beach Resort (TBBR). Cantik pemandangannya, menghadap ke laut. Oleh kerana kami bawa 3 orang anak je, lagi 2 orang tinggal di rumah Opah Parit Buntar, maka encik suami pelawa emak dan adik bongsunya menggantikan tempat 2 orang anak yang tak ikut tu.

Inilah juga pengalaman BBQ (baca:barbeku) saya yang kedua kalinya bersama-sama family dan anggota reunion PALAPES U**. Kali pertama reunion ialah pada tahun 2011, lokasi di air tejun Sedim. Masa itu Huzaifah baru berusia 2 bulan lebih. Owh, bukan saya yang anggota Palapes, tapi suami. Tak sangka pula suami seorang tentera, Leftenan muda lak tu… hihi. Orang selalu sangkakan pak ustaz je :p Kira nanti kalau negara darurat ke (nauzubillah), encik suami kena kerah pegang senapang tu.

aktiviti BBQ sedang rancak dijalankan

aktiviti BBQ sedang rancak dijalankan

Inilah kawan² lama encik suami ketika sama² join Palapes dulu. Walaupun dah tinggalkan Palapes berbelas tahun, tapi ukhuwwah persahabatan mereka masih terjalin mesra. Terharu lak i ;)

reunion palapes

makscik-makcik duduk saja makan-makan yer… biar pakcik-pakcik je bakar ayam :p

Tuan rumah reunion kali ni pun memang seorang tentera di Kem Terendak tu. Sekarang dah berjawatan Kapten. Mesti garang giler kan… tapi, sama² kitorang semua ni, ok je…. Siap melawak lagi. Mak mentua saya lagi terharu, kapten tu basuhkan tangan weih ;)

reunion '12

zaid dan huzaifah dengan tshirt Boboiboy baru deme

tg bidara

kami…

BBQ terpaksa ditamatkan sebab hari gelap…. Hujan nak turunnn…. Memang dah hujan renyai² pun ;)

tg bidara

awan gelap kan….

Selesai BBQ, apa lagi…. tangkap gambar beramai-ramailah…

tg bidara2

full pic pasukan reunion Palapes 2012
pinjam pic dari member hubby
ok yang berbaju kuning itulah tuan rumahnya

Lauk BBQ tak habis. Banyak lagi lebihannya. Tak apalah, biar tuan rumah handlekan je. Ada sebekas besar ayam yang dah diperap tak sempat diBBQkan. Bahan² mentah lain macam udang, sotong, ikan dah habis dibakar. Sosej pun ada lebihan sikit.

Oh ya. Malam pertama kami di Tanjung Bidara tu, kami konvoi beramai-ramai pegi dinner di port Ikan Bakar femes di Kuala Sungai Muda. Jauh juga dari TBBR tu. Perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit jugaklah.

Dengan hujannya, sesak orangnya…. makanan lewatnya amattt… haihh sabo je le…

ikan bakar kuala sg muda

kami lerr…

6-7 meja cantum baru cukup...

6-7 meja cantum baru cukup…

Gambar menu memang sorryyyy tak ado. Sejam lebih tunggu, baru sampai hoccayyy… dah lapor sangat, terus sambar. Bismillah dulu nooo… Sedap memang sedap, tu sebab ramai pengunjung. Plaing sedap bagi saya, sotong goreng celup tepung. Fuhhh…. mabelesss….

Aktiviti berendam di Tanjung Bidara nan indah ni pula berlaku seawal hari pertama lagi. Tak teriman nengok ayornya bak kata oghang Peghak… Mula² saya jual mahal je, tak mau basahkan diri. Celup² kaki je di pesisiran pantai tu. Udahnya, encik suami dan adik ipar ajak berendam sama…

tg bidara6

Best betullll berendam. Lama dah tak dapat macam ni. Di Batu Ferringhi hari tu, tak merasa. Air laut Tg. Bidara ni nyaman je, Ombak pun tak kuat.

Seronoknya event reunion + BBQ ni. Tahun 2013 ni ada ura² nak buat kat Sabah. Wahhh….

Selesai event, kami pun berangkat pulang semula ke lokasi awal di bumi Melaka, yakni rumah adik ipar…. Ada 2 malam lagi di situ.

Incoming search terms:

Share sebagai tanda persahabatan...

About Ummi Hanie

Surirumah sepenuh masa (5 org anak), part-time blogger, WAHM (menjalankan perniagaan online). Segala yang tercoret di sini kebanyakannya adalah kisah peribadi (yg tak terlalu peribadi),kisah anak-anak dan adakalanya diselitkan sedikit info semasa, tips, food review, travelog, dll. Saya tidak bertanggungjawab atas segala komen/tanggapan negatif dari pembaca. Read at your own risk. Dialu-alukan untuk bekerjasama dengan saya bagi slot food review, advertorial, dan seumpamanya. Emel saya; ummihanie@hotmail.com

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di durian tunggal</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jun 2013 09:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

CALON KAMI : ADLY ZAHARI N09 <b>DURIAN TUNGGAL</b> - PAS Melaka

Posted: 23 Apr 2013 08:41 AM PDT

Kisahku <b>di Durian Tunggal</b> Melaka...Rawatan Batu Hempedu.

Posted: 19 Dec 2012 03:10 PM PST

Pengalaman yang menarik ini ingin kukongsi bersama...rawatan alternatif untuk membuang batu hempedu..,samada nak percaya atau tidak terpulang la...namun bukti berupa 2 butir batu ada padaku...


Pagi 17 Disember 2012 - Selepas solat subuh aku dan suami bergegas ke rumah Haji Jamil. Anak-anak berehat je kat homestay. Bila sampai je jam 7.00 pagi,..dah ramai orang beratur menunggu giliran...aku terus ke kaunter untuk mengesahkan nombor giliran yang terlebih dulu diambil semalam. Bernasib baik,..10 minit menunggu aku dibenarkan masuk,.alhamdulillah.

Inilah kaunter tempat mengambil nombor giliran. Rawatan bermula jam 6.00 pagi.

Tuan haji Jamil bertanya masalahku,..lantas aku beritahu hempeduku berbatu...dia lantas meminta kebenaranku untuk memegang perutku di sebelah kanan,..disapunya sedikit lotion,,rasa sejuk dan pedih sedikit,...tiba-tiba dia memberiku 2 butir batu...haa..inilah rupa batunya...

Bayaran untuk rawatan ini,...sebenarnya agak mahal...namun kita mempunyai pilihan,.sekiranya ingin ubat ektra..kenalah bayar lebih sedikit..lebih kurang RM100 macam tu..namun macam aku..aku just ambil air je dan sedekahlah setakat keihklasan....

Info ke rumah Haji Jamil..

1.   BOMOH HAJI JAMIL KG GANGSA, DURIAN TUNGGAL, MELAKA
Penawar Batu Karang Hempedu dan lain-lain penyakit.
Bt 71/2, Kg Gangsa , 76100, Durian Tunggal Melaka
No Tel: 013 9990935, 013 6426663, 012 2658199
Buka (Selasa/Rabu/Satu/Ahad)
Tutup (Isnin/Khamis/Jumaat)
Waktu Operasi (6.00am - 2.00pm)
Kami sekeluarga ke rumah Tuan Haji  Jamil di Kg Gangsa , Durian Tunggal Melaka. Kami ikut lebuhraya Utara-Selatan. Kami keluar melalui exit 231 Ayer Keroh.  bayar tol ikut lorong kiri Exit ke Durian Tunggal nampak signboard Batu Berendam ambil kiri Masuk ke highway Batu Berendam. Sebelah kiri PLKN. Terus jumpa muzium automatif dan Pusat Simpanan Kenderaan Berat. Jalan terus nampak simpang empat ada lampu isyarat Ambil Lorong kanan ...bila lampu hijau rapat kiri Lebih kurang 100 meter akan nampak bus stop dan kedai nasi ayam Ada signboard Kampung Gangsa...masuk lorong tu ada akan nampak bungalow biru 2 tingkat Tak boleh masuk kereta yer...leh park kereta kat sebelah bungalow tu RM2 ajer Jalan masuk ke rumah tuan Hj Jamil lebih kurang 200 meter dan melalui celahan rumah penduduk...
Untuk yang bermasalah seperti aku,..bolehlah mencuba..samada berkesan atau tidak kenalah buat scan dulu..pada masa entri ini ditulis,,aku belum berkesempatan untuk membuat scan..namun aku berharap dan berdoa agar masalah aku sudah berakhir...in Syaa Allah....kita hanya berusaha.

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di serkam</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jun 2013 01:18 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di serkam</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Jun 2013 01:26 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Calon PAS DUN <b>Serkam</b>, Melaka Tidak Lulus belajar <b>di</b> Al Azhar

Posted: 22 Apr 2013 06:20 AM PDT

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah...

Kamaruddin Sidek adalah Persuruhjaya PAS Jasin dan merupakan calon DUN Serkam, Melaka yang akan menentang calon muka baru daripada UMNO/Barisan Nasional iaitu Zaidi Attan...

Kamaruddin Sidek merupakan bekas pelajar Universiti Al Azhar dan merupakan Pengetua di sebuah Sekolah Agama di Merlimau, Melaka. Dikatakan, Kamaruddin Sidek sebenarnya tidak lulus semasa menuntut di Universiti Al Azhar dahulu...

Perkara ini semua orang tidak tahu !!!

Kebanyakan orang Malaysia bila tahu ada orang yang belajar di Mesir je mesti kena panggil "ustaz" bila sudah pulang ke Malaysia... Itu mentaliti orang Malaysia... Tak semestinya ... Saya yang sudah bertugas di Kaherah Mesir selama dua tahun sudah menyelami kehidupan harian mereka di sana dan tahu apa yang pelajar kita (Malaysia) lakukan di sana..

Saya mencabar Kamaruddin Sidek agar menunjukkan sijil pengiktirafan Universiti Al Azhar kepada umum bagi mengesahkan beliau telah lulus belajar di Al Azhar... Ini kerana, selama dua tahun saya berada di sana, ada yang mengatakan Kamaruddin Sidek ini tidak lulus belajar dan pulang ke Malaysia dengan tangan kosong sahaja...

Mungkin masyarakat Malaysia amnya di Melaka tidak mahu menanyakan kepada Kamaruddin Sidek samada dia lulus ataupun tidak semasa belajar di Al Azhar... Di atas kesempatan itu, Kamaruddin Sidek terus menerus menipu dan kepada masyarakat bahawa dia adalah lulusan Universiti Al Azhar...

Rakyat Malaysia perlu tahu bahawa Mahasiswa Malaysia di Mesir kebanyakan mereka gagal di dalam pelajaran kerana terlalu aktif berpolitik sehingga menyebabkan tidak pergi ke kuliah semata-mata mahu memperjuangkan Parti PAS ini... Ini adalah FAKTA !! Dengan Nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasihani...

Sekali lagi saya mencabar Kamaruddin Sidek agar menunjukkan sijil pengiktirafan Universiti Al Azhar kepada umum bagi membuktikan bahawa dia adalah lepasan Universiti Al Azhar yang lulus di sana... Jangan gebang macam Adly tu...

Gambar Kenangan saya bersama orang Kuat Pondok Maltaf dan Meja Bulat di kediaman saya sewaktu di Kaherah...

BLOG MELAKA: 04 <b>di serkam</b> - Google Blog Search

Posted: 28 May 2013 01:04 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

RosliThnin: N26 <b>SERKAM</b> (Peratus Mengundi : 90.4 : Terbaikkk)

Posted: 06 May 2013 12:21 AM PDT

Asssalam... Salam 25 Jamadilakhir 1434H. Hari ini suratkhabar laris sungguh, berebut-rebut orang nak mendapatkan berita sensasi, pastinya cerita Pilihanraya Ke 13. Syukur ke hadrat Allah swt kerana memperkenankan doaku agar Barisan Nasional terus menerajui pentadbiran Malaysia. Keamanan, kesejahteraan, kemakmuran milik kita. Teringat masa bertugas di belantara Kedah ( Marker India ) lewat 90an bersempadan Thailand...bersyukur atas nikmat keamanan apatah lagi selepas peletakan senjata Komunis cuma masa tu risau gak jerangkap-jerangkap samar di sekitar kawasan tersebut..setelah bersara nostalgia lama berlegar dikotak fikir, alhamdulillah moga keamanan di bumi Malaysia berterusan tanpa ada sebarang pengaruh dari anasir-anasir luar yang ingin memporak perandakan bumi bertuah ini. Melihat situasi di Lahad Datu, teringat latihan-latihan yang kerap dilaksanakan dalam kawasan ladang kelapa sawit, memang bertepatan dengan bentuk mukabumi situasi tersebut dan pastinya memudahkan pihak keselamatan terutamanya pasukan infantri merealisasikan latihan fasa tersebut....teringat Ex Semangat Bersatu bersama Singapore Army dan Ex Suman Warrior di New Zealand...nostalgia...
...terbawa-bawa emosi, yang sebenarnya saja nak cerita peratus mengundi di N26 Serkam (90.4)..tertinggi di Melaka, silap-silap seluruh DUN di Malaysia...Keputusan rasmi :
Peratusan Kaum : M :88.83% C :7.14% I :3.70% L : 0.34%
1. ZAIDI ATTAN (BN) ..............................8,715
2. KAMARUDIN SEDIK.............................5,115
Majoriti : 3,600        Undi Rosak......185
Jumlah Undi : 14,015  % Mengundi : 90.40
2008 : Ghazale Muhamad (BN) Majoriti : 2,819   *Sumber Berita Harian : 6 Mei 2013*
Secara ringkasnya tahniah buat YB baru Saudara Zaidi Attan (Ketua Pemuda Bhg Jasin)...semoga dengan peningkatan majoriti akan membuatkan Yang Berkhidmat akan lebih bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ADUN Serkam sesuai dengan slogan anda Menepati Janji Membawa Harapan
Teruja mengundi semalam beratur awal jam 0750 pagi, berbual tika beratur dengan bekas Ketua Tempat Mengundi menceritakan kisah menarik semasa beliau bertugas dulu-dulu...5 Mei 2013 mencatat memori : pertama kali mengundi sebagai pengundi awam setelah bertahun-tahun berstatus pengundi pos dan pertama kali juga pengenalan dakwat kekal...
Apapun ucapan Datuk Seri Najib Razak cukup terkesan dihati :
"Keputusan rakyat ini turut menunjukkan trend polarisasi pengundi dan ini membimbangkan kerajaan. Jika tidak ditangani, ia boleh menimbulkan perbalahan dan ketegangan di negara ini. Kita perlu mengadakan national reconciliation ( penyatuan nasional ) supaya sikap ekstremisme keterlaluan dan isu perkauman tidak sihat dapat diketepikan. Kita mahukan dasar yang berpaksikan kesederhanaan atau wasatiyah. Kita amat mementingkan kesederhanaan dalam perpaduan nasional"
Akhir kata, semoga kehidupan kita semua akan sentiasa dipayungi rahmat Allah swt....

ads