Khamis, 24 April 2014

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


Bermain Pasir <b>Di Tanjung Bidara</b> Melaka | buatwanita - Busuk.org

Posted: 21 Apr 2014 11:18 AM PDT

Laman Ping.Busuk dibangunkan dan diaturcara oleh pengaturcara kami tersendiri. Sebarang kesulitan, diharap anda dapat menghubungi kami melalui email busuk.org[at]gmail ataupun melalui laman fb kami.

Online user : 3,103
Widget Aktif : 3,897
Banner Aktif : 5,465

Domain Dibenarkan: 9,362
Jumlah Artikel : 666,564

04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


20 rumah rosak dipukul ribut <b>di Merlimau</b> - Utusan Malaysia Online

Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT

Mariah Senin bersama anaknya dan Abdul Samad Abdul Rahman (tengah) dan Abdul Abu Abdul Rahman menunjukkan bumbung rumah mereka yang diterbangkan angin di Kampung Ayer Merbau, Merlimau, Melaka, semalam. - UTUSAN/NURSURAYA ZULKIFLI

JASIN 16 April - Kira-kira 20 buah rumah penduduk di Ayer Merbau, Merlimau, dekat sini rosak akibat dipukul ribut lewat petang semalam.

Bagaimanapun, tiada penduduk yang cedera dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu.

Seorang mangsa, Mariah Senin, 70, berkata, sewaktu kejadian, dia sedang menikmati minuman petang di bahagian belakang dapur rumah bersama salah seorang anaknya.

Menurutnya, dia dikejutkan dengan bunyi dentuman yang sangat kuat dari atas bumbung rumah mereka dan menyangka sebatang pokok jering berdekatan tumbang kerana ketika itu hujan lebat dan angin kencang.

Saya terkejut apabila melihat sebahagian besar bumbung rumah diterbangkan angin sehingga ada yang tercampak di halaman rumah jiran. Pada mulanya saya ingin masuk ke dalam rumah untuk melihat apa yang berlaku, namun ditegah oleh anak kerana bimbang keselamatan saya.

Kemudian kami bergegas ke tempat yang lebih selamat kerana melihat bumbung beberapa rumah jiran lain turut diterbangkan angin," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mariah berkata, kejadian itu adalah yang pertama kali dialaminya sejak 40 tahun menetap di situ.

Katanya, buat masa ini dia dan dua anaknya, Abdul Abu Abdul Rahman, 47, Abdul Samad Abdul Rahman, 41, dan seorang menantu menumpang di rumah jiran berhampiran kerana keadaan rumahnya masih belum selamat untuk didiami.

Seorang lagi mangsa, Norizan Samad, 38, sewaktu kejadian, dia sedang menonton televisyen di ruang tamu bersama empat orang anaknya yang berusia lingkungan empat tahun hingga 12 tahun.

Tiba-tiba saya terdengar bunyi objek jatuh di atas siling rumah selain mendapati kipas rumah telah dibasahi hujan. Terkejut dengan keadaan itu saya kemudiannya menyuruh anak-anak keluar menyelamatkan diri," katanya yang tinggal di rumah berkenaan sejak 10 tahun lalu.

Tambahnya, dia hanya mengetahui atap rumah tercabut diterbangkan angin kencang selepas keluar ke halaman rumahnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ayer Merbau, Zakaria Hamid berkata, setakat ini tiada penduduk dipindahkan akibat kejadian itu.

Kita telah pergi kesemua rumah yang mengalami kerosakan untuk memberikan bantuan dan menasihatkan mereka yang terlibat membuat laporan polis bagi memudahkan urusan pengagihan tabung bencana alam oleh Pejabat Daerah Jasin," katanya.

Pengedar Shaklee <b>di Merlimau</b> Melaka | mamafisya.com - Busuk.org

Posted: 21 Apr 2014 09:43 AM PDT

Laman Ping.Busuk dibangunkan dan diaturcara oleh pengaturcara kami tersendiri. Sebarang kesulitan, diharap anda dapat menghubungi kami melalui email busuk.org[at]gmail ataupun melalui laman fb kami.

Online user : 911
Widget Aktif : 3,879
Banner Aktif : 5,483

Domain Dibenarkan: 9,362
Jumlah Artikel : 665,657

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Kem Nadwah Kepemimpinan Pelajar SMKA <b>Negeri Melaka</b> 2014

Posted: 02 Apr 2014 12:59 AM PDT


Tuan Hj. Ahmad Hamizi bin Hj. Abu Hassan, KS SPI sedang menyampaikan ucapan penutup

2 - 4 April 2014 - Seramai 60 pelajar terpilih tingkatan 2 dan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di negeri ini sedang mengikuti Nadwah Kepemimpinan Pelajar SMKA peringkat negeri Melaka yang sedang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Pusat Ko-Kurikulum Lanchang, Merlimau, Melaka.

Kem ini dikelokakan Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, SPI Melaka dan dibantu oleh rakan Jurulatih Utama MyConcern dan juga pelatih USIM.

Nadwah ini merupakan salah satu aktiviti tahunan sekolah-sekolah ini sebelum ianya dilaksanakan di peringkat Kebangsaan pada akhir bulan ini di negeri Perlis. Seramai 18 peserta terbaik daripada kem ini akan mewakili Melaka ke peringkat Kebangsaan kelak.

Majlis perasmian penutup kem ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj. Ahmad Hamizi bin Abu Hassan, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, JPN Melaka. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan agar semua peserta akan menjadi model terbaik kepada rakan-rakan mereka di sekolah, sentiasa mengutamakan akademik disamping mengamalkan Islam dalam ertikata yang sebenar kerana mereka inilah yang akan menggantikan barisan kepimpinan sedia ada.


Turut hadir, Ustaz Che Mat bin Che Leh, Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam, SPI dan juga Tuan Hj. Md. Razif bin Shahid, Ketua Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, SPI Melaka.

[ ALBUM GAMBAR ]

ads