Sabtu, 20 Ogos 2011

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


PAS akan bertanding <b>di</b> 2 DUN dalam Kawasan <b>Bukit Katil</b> ~ MUTALIGAT <b>...</b>

Posted: 16 Aug 2011 06:03 PM PDT

PAS akan bertanding di 2 DUN dalam Kawasan Bukit Katil


'; div.innerHTML = summary; } //]]>

Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Ramli Dalip berkata PAS akan tetap bertanding di 2 Dun dalam Parlimen Bukit Katil pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti. 

"Kita akan tetap bertanding di Ayer Molek dan Bukit Baru yang telah kita tandingi sejak sekian lama".

:"Tidak timbul masalah pertukaran atau Dun ini ditandingi oleh parti sahabat kita kerana kita mempunyai asas yang kuat mengapa kita perlu mengekalkan calon kita di sini" kata beliau.

Ramli berkata kita mempunyai jentera yang kuat di kedua-dua Dun malah kita juga mempunyai cawangan di kesemua peti undi.

Menurutnya jentera PAS dikedua-dua Dun itu juga telah mula menggerakkan kerjanya sebaik sahaja Pilihanraya Umum (PRU) ke 12 berakhir.

"Semangat ahli-ahli kita amat tinggi malah mereka sudah membuka Bilik Gerakan sejak tahun lepas di kesemua peti undi-peti undi yang terlibat".

"Gerakerja penambahan ahli, kebajikan, kemasyarakatan, pendaftaran pengundi baru dan sebagainya telah lama kita jalankan".

Ditanya tentang pembahagian kerusi di Parlimen Bukit Katil, Ramli berkata 'status quo' Pilihanraya umum 2004 dan 2008 dilihat masih relevan dengan PKR bertanding di Parlimen, PAS di Dun Ayer Molek dan Bukit Baru manakala DAP di Bachang dan Ayer Keroh.

"PAS seperti biasa akan terus memberikan sokongan padu kepada PKR dan DAP di peringkat Parlimen dan Dun di mana jentera kita bekerja siang malam membantu PKR pada PRU 2004 dan 2006".

"Kita menyalurkan tenaga untuk Polling dan Counting Agent di samping tenaga penerangan dan pasukan kempen di peringkat Parlimen" kata Ramli.

Beliau berkata PAS Kawasan mengharapkan PKR dan DAP sentiasa dapat bekerjasama dengan PAS dalam semua gerakerja dan tidak menunggu hingga saat akhir.

Ramli juga menegaskan bahawa PAS Kawasan akan menurunkan calon 'heavyweight' di kedua-dua Dun tersebut dan kita yakin semua lapisan rakyat dan parti-parti sahabat akan memberikan sokongan penuh kepada calon PAS.

"Calon kita calon yang berpendidikan tinggi, dikenali ramai dan disegani oleh kawan dan lawan"

"Insya Allah calon kita akan diterima oleh semua pengundi tidak kira Cina, Melayu dan India malah kita sudah pun mengatur gerakerja di peringkat grassroot sejak sekian lama". katanya.

Related Articles :
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di tanjung kling - Google Blog Search

04 di tanjung kling - Google Blog Search


~ Black Garlic Malaysia ~: Agen <b>di Tanjung Kling</b>, Melaka

Posted: 17 Jan 2011 12:11 AM PST

Agen: Encik Aswadi


No telefon: 0129682277


Alamat: Batu 7, Bukit Gedong, Tanjung Kling Melaka



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Bina lebih banyak kelong <b>di Serkam</b>

Posted: 15 Aug 2011 04:03 PM PDT

JASIN 15 Ogos – Kelong memancing mampu menjadikan Serkam sebagai destinasi tumpuan orang ramai khususnya bagi kaki pancing dari luar negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Datuk Ghazale Mohamad (gambar) berkata, aktiviti memancing di atas kelong menjadi kegiatan yang semakin menarik perhatian dan boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan baru di daerah ini.

Menurutnya, memandangkan Serkam terletak di kawasan pantai, ia merupakan antara kelebihan untuk membangunkan lebih banyak kelong.

"Ini bukan sahaja boleh menjadikan Serkam terkenal sebagai destinasi kaki pancing tetapi lebih penting lagi, nelayan boleh menjadikan aktiviti ini sebagai sumber pendapatan tambahan mereka.

"Kita cadang bantu pengusaha sedia ada untuk membaiki kemudahan yang ada di samping mengajak lebih ramai nelayan mengusahakan kelong memancing," katanya ketika dihubung di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, kelong memancing wajar dibangunkan memandangkan Serkam tidak mempunyai banyak produk pelancongan yang boleh ditonjolkan bagi menarik minat pelancong ke daerah itu.

Ghazale yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna berkata, setakat ini, kelong yang terdapat di Serkam diusahakan oleh pihak persendirian.

Sehubungan itu, katanya, persatuan nelayan di daerah itu dicadang mengemukakan surat permohonan bagi menaik taraf kelong sedia ada yang menternak kupang kepada kelong memancing.

"Dengan permohonan melalui persatuan nelayan mereka boleh mendapat peruntukan dari Jabatan Perikanan negeri dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri," ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, usaha untuk membangunkan kelong perlu dibuat sempurna dengan menyediakan kemudahan pelantar yang kukuh, kemudahan tempat tidur, dapur, tempat duduk dan tandas.

"Setakat ini, terdapat tiga kelong di Serkam iaitu dua di Kampung Pulai dan satu di Sempang," ujarnya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ads