04 di tanjung tuan - Google Blog Search |
Beladau Seri: Rumah Penginapan Persekutuan <b>di Tanjung Tuan</b> <b>...</b> Posted: 13 Sep 2012 12:10 AM PDT Post kali nie kita akan berkunjung ke Tanjung Tuan, Port Dikson Negeri Sembilan. Kat sini juga terdapat Penginapan Rumah Persekutuan ( Tanjung Tuan ) khusus untuk kakitangan kerajaan untuk berehat selepas penat bekerja . Untuk menginap di sini kenalah boking awal-awal kerana tempat nie sentiasa dan siapa konsep " Siapa cepat dia dapat " terpakai di sini untuk tarikh-tarikh yang dipilih Harganya pun memang murah dan berbaloi-baloi . Apartment ini pun amat sesuai untuk mereka yang berkeluarga besar . Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat saya snap semasa berkunjung ke sana . Nie lah rupa tempat penginapan yang kami duduki selama bersantai di sini Kelihatan 3 beradik sedang beraksi bebas di hadapan lensa ..ada bakat jadi pelakon kat sini adalah tempat untuk berehat sambil menjamu selera. Makanan tradisional Melayu dan Barat juga ada disediakan di sini. Tempatnya agak damai kerana menghadap pantai. nie adalah kolam renang yang disediakan secara percuma bagi penghuni apartmen di sini Apartmen ini masih lagi mengekalkan ciri - ciri kehijauan serta tradisional Canti dan kemas ruang tamu yang disediakan untuk tetamu yang menginap di sini nie pulak bilik untuk anak-anak tidur dan bermain-main . Jenis katil yang boleh menjimatkan ruang . Biliknya agak simple sahaja . Ruang tamu serta meja makan yang tersusun dan luas Kat sini juga tempat memasak serta peralatan dapur juga disediakan dengan percuma. Anda cuma perlu membawa bahan-bahan mentah untuk di masak di sini. Lebih menjimatkan dari makan di luar. Lagi bilik tidur bujang yang bersih . Kesemuanya ada 3 bilik di dalam apartment ini. Maknanya dalam apartmen ini boleh muat 3 keluarga sekaligus. Boleh buat family day kat sini. Kelihatan Faiq sedang berposing di tepi pantai waaa..ada jugak pelancong cilik di sebelah faiq berjalan dengan penuh bergaya..oooo rupanya Cik Najla yang bertopi.. Lihatlah betapa damainya di kala senja apabila bersantai di sini Kita juga dapat melihat pemandangan matahari terbenam dengan jelas di sini . Suatu pemandangan dan peluang yang jarang-jarang kita dapat lihat jika berada di bandar Tidak kurang juga di sini adalah lubuk bagi pemancing yang sukakan memancing di laut masin . |
You are subscribed to email updates from di tanjung tuan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |