Ahad, 18 September 2011

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


Masjid Kg Hulu, Kg. Krubong dan Aku <b>di</b> tahun 70an « Hidup Suatu <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2011 09:13 AM PDT

Masjid Kg Hulu hari ini

Dua hari sebelum hari raya Amin mengajakku membeli jubah hitam, dan kami terus ke Bandar Melaka dengan melalui jalan pantai bagi mengelakkan kesesakan. Dari Krubong kami membelok ke kanan di simpang Pulau Gadong dan kemudian ke kiri di Klebang Kecil menuju ke Banda Hilir. Tempat tujuan ialah kawasan berhampiran dengan Kg. Jawa yang terletak di tepi Sungai Melaka. Kami meninggalkan kereta berhampiran dengan jambatan pasar di Kg. Hulu dan berjalan kaki dari situ. Mmm, tepat sekali pilihanku kerana parkir mudah didapat dan jalan tidak sesak. Namun kedai yang dituju sudah berpindah kerana bangunan itu sedang diubah-suai untuk dijadikan hotel.

Ketika kami melalui masjid Kg. Hulu, nostalgia menyingkap ingatan. Aku berkata pada Amin, "Dulu masa abah balik dari Ipoh, kadang-kadang bas terakhir ke Krubong dah terlepas, dan ada kalanya abah tidur di masjid ini dan pulang ke kampung keesokannya." mmm…. Memang benar. Ketika itu bas Tai Lye hanya masuk ke Kg. Krubong 4 kali sehari – 8 pagi, 12 tengahari, 3 petang dan 6 petang.  Kelewatan pada perkhidmatan keretapi tanah melayu (KTM) adalah perkara biasa ketika itu. (Tahun lalu aku menaiki keretapi sekali lagi dari Kulai ke Taiping dan kesimpulannya, perkhidmatannya sama saja seperti tahun 70an dan 80an, malah lebih menyusahkan kerana kesukaran mendapatkan makanan. Kantin yang ada tidak sebaik tahun 80an dan penjaja tidak berjual di semua stesen).

Dalam tempoh aku bersekolah di  Ipoh (1976-1980), kami diberi tikit keretapi percuma untuk pulang ke kampung, tapi dengan menggunakan perkhidmatan keretapi mel yang berhenti di setiap stesen. Jadi perjalanannya amat panjang. Setiap cuti penggal, aku akan menaiki keretapi mel malam Butterworth-Kuala Lumpur dari stesen Ipoh. Selalunya keretapi tiba di sekitar jam 11 malam dan akan sampai di Kuala Lumpur di antara jam 6-8 pagi, bergantung kepada masa bertolak dan keadaan perjalanan. Di stesen Kuala Lumpur, aku akan menaiki keretapi mel pagi Kuala Lumpur-Singapura yang selalunya bertolak di sekitar jam 10 -11 pagi, dan sampai di Stesen Tampin di waktu petang. Dari stesen ini (dalam negeri Melaka), aku akan berjalan kaki ke stesen bas di Bandar Tampin (dalam negeri Sembilan) untuk menaiki bas Tai Lye Tampin-Melaka. Oleh kerana perkhidmatan yang ada bukan bas ekspres, maka masa untuk sampai ke Melaka juga berbeza-beza mengikut bilangan penumpang yang turun dan naik di sepanjang jalan. Langkah seterusnya bergantung kepada masa. Jika bas itu sampai di Cheng selepas jam 6.10 petang, aku akan memilih satu dari 3 pilihan yang ada.

Pilihan Pertama ialah berhenti di Cheng dan berjalan kaki dari sana untuk ke Krubong. Di sepanjang jalan, jika ada kenderaan lalu, aku akan cuba minta untuk ditumpangkan (hitch-hike). Jika tiada kenderaan yang lalu dan berhenti, jarak perjalanan yang perlu dilalui ialah 8 km dan aku akan sampai ke rumah di malam hari. Ini pernah aku lakukan. Pernah sekali aku berjaya dapat menumpang motorsikal selepas berjalan sejauh 4 batu.

Pilihan kedua ialah terus ke Bandar Melaka, makan mee goreng di stesen bas dan seterusnya menaiki bas Batang Melaka atau Kuala Sungga. Perkhidmatan yang disediakan oleh Batang Bus Company itu melalui Pekan Durian Tunggal, dan aku akan turun di Batu 8 Kg Gangsa. Dari situ, aku akan berjalan kaki melalui rumah Uteh Md. Som dan melintasi  jambatan Sungai Melaka. Apabila sampai di seberang sungai, secara definasi, aku sudah sampai ke Krubong, namun kampung kami sebenarnya masih jauh lagi jaraknya kerana ada sawah padi yang luas memisahkan kampung dengan sungai.

Dari jambatan itu aku ada dua pilihan, belok ke kiri dan melalui jambatan Alor (dekat Padang Siapong) atau belok kanan dan melalui jambatan Sungai Badau. Kedua-dua jambatan kayu yang lebarnya lebih kurang 3 kaki itu amat panjang dan menghubungkan benteng sungai dengan benteng tali air (bandau) dekat kampung. Jika aku belok ke kiri, aku perlu berjalan di atas benteng sungai lebih kurang 2 km dan  lebih kurang 1 km di atas jambatan kayu. Selepas itu, perjalanan agak mudah sebab ianya sudah dekat dengan beberapa rumah di Padang Siapong. Namun perjalanan yang jauh di sepanjang benteng sungai agak mencabar dan gelap kerana benteng itu lalu di tepi hutan yang penuh dengan pokok-pokok yang besar. Oleh itu, aku hanya akan ikut jalan itu jika bulan sedang mengambang.

Jika aku belok ke kanan pula, untuk sampai ke jambatan kayu perjalanannya mudah dan dekat. Namun jambatan itu lebih panjang dan di pertengahannya, jambatan akan lalu di tengah-tengah kelompok pokok rumbia sejauh lebih kurang 100 m. Di situ suasananya amat gelap dan seringkali bulu roma di badan akan berdiri tegak.  Setiap kali hidung akan berbau pelbagai makanan seperti ubi bakar atau sambal goreng dan sebagainya. Dalam hati aku selalu berkata, "takkan hantu pun makan sambal goreng…". Aku terus berjalan dengan tegak, hanya melihat ke bawah dan ke hadapan tanpa menoleh ke kiri atau kadan, apatah lagi ke atas. Selepas itu perjalanan kembali merentasi sawah padi sampai ke benteng bandau (tali air). Dari benteng itu, sebelum sampai ke rumah Pak Andak Dengkel, ada satu pokok besar yang bengkok dan melintasi benteng. Setiap kali lalu di bawah batang kayu itu, aku akan merasa seram seakan-akan ada sesuatu yang akan menerkam dari pokok itu. Namun laluan ini sering menjadi pilihanku setiap kali terlepas bas pukul 6 petang, sama ada ketika pulang dari Ipoh, maupun jika bersiar di Bandar Melaka. Kenapa? Kerana hutan di tepi sungai itu lebih menakutkan.

Pilihan ketiga ialah terus ke Bandar Melaka, dan dari stesen bas dekat jalan Hang Tuah, aku berjalan kaki ke Masjid Kg. Hulu dan tidur di sana. Kadang-kadang ada juga orang lain yang bermalam di sana, kadang-kadang aku seorang diri. Setiap kali sebelum azan, aku akan bangun dan bersiap untuk bersama  solat subuh berjamaah.  Menurut Wikipedia, masjid ini dibina dalam tahun 1728,  dan merupakan masjid  paling tua di Malaysia  yang masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal.

Aah, Masjid Kg. Hulu…, bila aku melangkah masuk hati pasti merasa tenang dan ketenangan akan berterusan selama aku duduk di situ. Mungkin telah begitu banyak manusia beramal di dalam masjid itu sehingga melahirkan aura tenang, seolah-olah diri sentiasa diselubungi sakinah. Itulah keistimewaan Masjid Kg. Hulu. Ianya sentiasa terbuka untuk sesiapa ingin solat, beriktikaf atau berehat. Dari dahulu hingga sekarang polisi belum berubah.  Bukan seperti masjid Al-Alami  MITC yang berkunci di malam hari walaupun di bulan Ramadan. Dewan solat masjid ini dibuka kembali pada jam 3 pagi apabila jamaah datang untuk berqiamulail. Bagi yang perlu tidur sebentar, mereka perlu tidur di luar masjid (minta tikar dari pengawal keselamatan). Terasa sedih tidak dapat masuk ke dalam untuk membaca al-Qur'an atau solat sunat. Di Masjid Al-Azim (masjid negeri Melaka) keadaan lebih baik kerana ruang solat tidak dikunci, namun pengunjung tidak dibenarkan tidur dalam dewan itu. Ruang berehat dikhususkan di bawah tangga yang banyak nyamuk dan tiada kipas. Kadang-kadang  pintu pagar ditutup rapat seakan-akan berkunci. Untuk masuk anda perlu memanggil pengawal untuk membukanya. Mungkin aku perlu kembali mengimarahkan Masjid Kg. Hulu apabila aku pulang di bulan Ramadan tahun hadapan.

Mudah-mudahan keadaan ini berubah agar fungsi masjid dapat dihidupkan semula. Masjid sebenarnya untuk semua orang termasuk penduduk tetap dan mereka yang bermusafir.

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


kisah dapur kakyong: Kelas kakyong <b>Di Durian Tunggal</b> Melaka.

Posted: 21 Jun 2011 08:13 AM PDT

 Baru nak start mengajar ni... Tgh membebel kat student kakyong ni..
 Student kakyong yg best.. kusyuk mendengar kakyong bercerita.. 
Kena Demo dulu,pastu baru pelajar kakyong buat..
 giliran pelajar memulakan adunan.
 Bergilir2 buat adunan macaroon.



 ni dia peserta paling veteran...mak mertua kak rafiah...best..sekepala..
so cucu2 mak jgn terkejut hari raya ni nenek anda buat macaroon di pagi raya...

 dr kiri..kak khazimah,kakyong,kak seha n iza...yg paling sporting...
 dr kiri kak rafiah,kak seha,iza n dayah...


 iza posing ngan macaroon nye
 macaroon 2 yg tgh dok tunggu kering...warna warni kan?
 posing mengancam...sporting org melaka

 time ni tgh dok bagi2kan bahagian macaroon memasing..cantik warna warni...
n terima kasih kepada munirah yg bg tempat tuk kite menimba ilmu sesama
n terima kasih atas titik peluh munirah yg sanggup masak spagetti...munirah n suami very the best person...jgn 

04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: PAS <b>Merlimau</b> Adakan Solat Hajat Selamatkan <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2011 08:20 AM PDT

PAS Merlimau hari ini telah mengadakan majlis Solat Hajat untuk menyelamatkan tanah Markas Pas dan PASTI As-Solihin, Merlimau dari dirampas oleh Kerajaan Negeri Melaka di bawah Seksyen 3 (1) (a) Akta Pengambilan Tanah 1960.

Majlis Solat Hajat berkenaan telah diadakan sempena sambutan Majlis Jamuan Hari Raya peringkat Majlis Tindakan DUN Merlimau di perkarangan PASTI As-Solihin Merlimau.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Tn Hj Major Jasme Tompang yang di dalam ucapannya telah melahirkan rasa dukacita di atas tindakan kerajaan negeri yang sentiasa mencari jalan untuk mengkucar-kacirkan dan memusnahkan markas-markas PAS di dalam negeri ini.

Tanah tersebut telah dibersihkan dan dibangunkan dari hutan belantara sewaktu beliau memimpin PAS Kawasan Jasin, tetapi akibat daripada kerakusan pihak tertentu, tanah tersebut kini hendak diambil alih oleh Kerajaan Negeri dengan sebegitu mudah.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Jasin yang baru, Ustaz Kamaruddin Sidek (gambar) turut menyelar tindakan kerajaan negeri Melaka yang cuba menggunakan kuasa di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk merampas tanah markas PAS.

Beliau mengimbau sejarah pengambilan Madrasah Al Falah Kuala Sungai Baru pada tahun 1993/94 dimana selepas pengambil-alihan tersebut, madrasah yang di satu ketika menjadi kebanggaan Parti Islam SeMalaysia akhirnya bertukar entiti dan identiti sebagai sekolah bantuan kerajaan yang sudah tidak lagi mempunyai "roh" perjuangan untuk mendaulatkan Islam.

Semalam, blog ini menyiarkan berita dari akhbar tabloid tindakan Kerajaan Negeri mahu mengambil tanah Markas Pas As-Solihin, Merlimau, di bawah Seksyen 3 (1) (a) Akta Pengambilan Tanah 1960 telah mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk pemilik tanah berkenaan.

Pemilik, Miah Jani, 74, yang berkata, beliau membantah tindakan itu kerana mendakwa bersusah payah membelinya tetapi dengan tiba-tiba ingin diambil alih Kerajaan Negeri.

Menurutnya, bukan mudah untuknya memiliki tanah itu yang kini didirikan Markas Pas dan juga Sekolah Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) As-Solihin.

"Saya beli dengan bersusah payah dan rancang nak bangunkan, tapi tiba-tiba dirampas pula, tanah ini bukan tanah terbiar.

"Sejak awal sudah ada Pasti As-Solihin dan diimarahkan dengan pelbagai program Pas untuk hidupkan aktiviti masyarakat di sini, saya tidak reda dengan tindakan ini," katanya.

Sementara itu, suaminya, Abdullah Mohamad, 76, beliau sekeluarga memberi kebenaran tanah itu dijadikan Markas Pas dan Pasti sejak1996 termasuk segala aktiviti yang berkaitannya.

"Saya bantah dan tak setuju kerana saya sudah rancang dengan pemaju untuk bangunkan tanah ini bagi projek perumahan yang sedang dijalankan," katanya.

Ini adalah pengambilan kali kedua Markas Pas Kawasan di Melaka di bawah akta sama dengan menggunakan alasan ingin membina sekolah tahfiz al-Quran. Manakala bagi pengambilan tanah Markas Pas Bukit Katil sebelum ini, bertujuan membina jalan raya.

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


Kisah Si Tembam: kehidupan <b>di</b> UITM <b>Alor Gajah</b>

Posted: 12 Aug 2011 01:13 AM PDT

Assalammualaikum ..
pergh berhabuk la blog nie.. haha lame da x update kan kan :D urmmm
da dekat 3 bulan da aku duduk kat melaka nie ...
banyak gile kenangan manis.. orang2 kat LEKIR (kolej kediaman aku ) baik2 gile ..
senior kat sini best ! semua best la .. yang x best nye sabtu ahad .. kolej ni jadi sunyi sepi ! hahah ...coz ramai yang blik ...
x lama lagi nak raya .. then nak final exam .. pastu da nak habes sem :( arghhh x sanggup nak tglkan kolej nie ..
ape lagi ek aku nak cite ..hishh banyak laa .. :D nanti la kisa seterusnyaa .. :D

ads