04 di umbai - Google Blog Search |
The World is Just Awesome: Restoran Parameswara, <b>Umbai</b> Melaka Posted: 01 Nov 2012 06:46 PM PDT Restoran Parameswara, Umbai Melaka Awal bulan lalu saya dan wife pergi jalan-jalan cari makan di Bandaraya Melaka kononya nak cari Hard Rock Melaka yang katanya Rock Shop dorang dah bukak. Tapi malangnya kami tak jumpa kodainya dan tak pasal2 perut pon dah lapar, teros menapak gi makan di Restoran Parameswara, Umbai. Pastinya dikalangan korang dah sampai di Umbai Melaka ini, kalu tak pernah sampai bolehlah berkunjung sambil menikmati makanan tepi laut. Dinasihatkan kalu nak datang, korang datang ler waktu petang/senja nanti dapat tengok sunset dari tepi pantai dan boleh amik gambar. Kalu dah datang malam apo kobondo tak nampak, yang nampaknya orang dalam kodainyo ajo... Okay entry kali ini mungkin berbaur tidak bahagia pasal dahulunya rating yang saya kasik untuk Restoran Parameswara ini 8.5/10 dari segi hidangan makanananya. Akan tetapi kali ini sungguh berbeza dari sebelumnya pasal menu hidangan restoran telah menjadi terhad. Seperti biasa kalu anda sampai di Restoran Parameswara ini memang ramai gila rakyat jelata yang macam kebuluran dah 2tahun tak makan. Huhhhhh anda perlu menjadi sangat sabar ketika berada di restoran ini dari segi bising, beratur amik ikan, tunggu masakan dan beratur nak bayar. Iyo lah... buka kita ajer yang datang kodai ni.. jadi konolah sabarr.... Saya memilih ikan siakap dan kononya ingin makan siakap masak stim limau, pasalnya saya memang tak gemar ikan yang goreng pasal nant ikan tu jadik keras. Saya lebih sukakan masak stim, lembik-lembik dan ada bau aroma ikan untuk lebih stim ketika makan. Akan tetapi malang sungguh kini restoran Parameswara tidak lagi menyajikan menu mengikut kehendak pelanggan. So pelanggan boleh tempah menu masakan mengikut apa yang telah tertera pada blackboard dorang, contohnya malam tu hanya ada masakan 3 Rasa, Black Pepper dan Sweet & Sour. Kami pon order la siakap masak 3 Rasa, Sotong Celup Tepong, Udang Masak Butter, Sayur, Ayam bagai sumer tu... Dorang cakap untuk memberikan service yang lebih pantas, pelanggan hanya boleh memilih menu yang tertera pada malam di blackboard, tapi nak tunggu ikan kami sampai pon hampir 45minit. ohhhhh shit! Pantas la konon.... Oleh kerana lapar tahap cipan, saya pon hanya sempat amik gambar ikan tu ajer... Sorry yerr... So overall saya kasik rating 6/10 pasal dari segi perkhidmatan clear meja, amik order sehinggalah tunggu masakan sampai memang lambat habis. Nak amik order air macam nak gaduh dulu dengan pekerja dorang. Pekerja dorang pon macam marah-marah dah, iyer saya faham mungkin anda penat.. saya tak marahkan anda bro... Dari segi masakan walaupon menu bukan feveret saya, tapi ikan siakap 3 rasa boleh tahan jugak rasanya macam sweet & sour ajer.. ker lidah saya yang dah tepu pasal menunggu lama sangat? So dah abis makan buat pembayaran, harga di Restoran Parameswara boleh dikatakan berpatutan dari harga ikan bakar di sekitar negeri Selangor. Syabas kerana masih mengekalkan harga anda.... Sesiapa tak pernah sampai di Umbai boleh la datang, hanya 20-30minit ajer dari Bandar Hilir Melaka tu, ada GPS search ajer Umbai nant korang follow ler, ummm kalu signboard tu dah lupe ar nak follow maner, saya follow GPS jer...So enjoy.... |
You are subscribed to email updates from di umbai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |