Isnin, 19 September 2011

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


Kelab Dangdut <b>di Durian Tunggal</b>?

Posted: 06 May 2011 09:47 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Siapa kata Durian Tunggal takde tempat hiburan? Ini dia aku sertakan bukti sekali, ahaks. Kedai ini terletak di persimpangan dari Jasin ke Auyin Hill dan Durian Tunggal. Ini merupakan kali kedua aku berkunjung ke kedai ni (untuk minum ...

04 di ramuan china - Google Blog Search

04 di ramuan china - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Gasing ikon baharu pelancongan Melaka

Posted: 19 Sep 2011 04:04 PM PDT

ALOR GAJAH 19 Sept. – Permainan gasing akan menjadi ikon baharu pelancongan kerana dilihat berpotensi untuk dikembangkan sebagai produk pelancongan yang mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sebagai permulaan aktiviti berkenaan juga akan menjadi salah satu acara utama dalam kalendar acara pelancongan negeri mulai tahun depan.

Menurutnya, di samping itu kerajaan negeri akan membangunkan infrastruktur sebagai langkah membangunkan dan mempromosikan permainan tradisional itu.

"Kita akan memartabatkan semula permainan tradisional terutama gasing agar ia tidak pupus ditelan zaman dan dihidupkan semula untuk dijadikan produk pelancongan baru.

"Kerajaan negeri amat serius dan akan terus merealisasikan untuk memartabatkan permainan tradisional ini ke peringkat yang membanggakan," katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada majlis penutup Karnival Gasing Pangkah di Kampung Ramuan China Besar, Masjid Tanah di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop.

Mohd. Ali berkata, jabatan dan agensi kerajaan berkaitan perlulah memainkan peranan penting dalam membantu persatuan gasing yang terdapat di setiap mukim supaya aktiviti berkenaan dapat dirancakkan lagi.

Menurutnya, kerajaan negeri juga akan menimbang cadangan untuk menaik taraf Gelanggang Gasing Perkasa di Kampung Ramuan China Besar dan membina pintu gerbang beridentitikan gasing di kampung berkenaan.

Dalam karnival gasing yang diadakan selama dua hari berakhir semalam itu, sebanyak 14 pasukan dari lima negeri iaitu Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Singapura mengambil bahagian.

Dipetik dari Utusan Malaysia

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


<b>Tanjung Tuan</b> persinggahan sebelum ke hemisfera utara | Berita <b>...</b>

Posted: 30 Apr 2011 03:42 AM PDT

var _gaq = _gaq || []; _gaq.push(['_setAccount', 'UA-15063139-1']); _gaq.push(['_trackPageview']);

(function() { var ga = document.createElement('script'); ga.type = 'text/javascript'; ga.async = true; ga.src = ('https:' == document.location.protocol ? 'https://ssl' : 'http://www') + '.google-analytics.com/ga.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(ga, s); })();

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


i_under construction: Pemuda <b>Bukit Katil</b> edar Kuih Bulan

Posted: 12 Sep 2011 04:41 AM PDT

ISNIN 12/9/2011- Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil semalam di bawah Lujnah Perpaduan Nasional telah mempergiatkan usaha mempereratkan hubungan antara kaum dengan melaksanakan program mengedar kuih bulan di beberapa kawasan Parlimen Bukit Katil.

Program dengan kerjasama Majlis Tindakan Dun, Bukit Baru dan Ayer Molek telah mendapatkan respon positif dari kaum Tiong hua yang begitu gembira menerima kuih bulan. Ada di antara mereka yang terkejut dengan kehadiran petugas PAS yang menghulurkan kuih bulan kepada mereka.

"Ada seorang wanita Cina yang terkejut apabila saya datang dan memberi beberapa bungkus kuih bulan, dia bertanya bagaimana awak tahu hari ini kami menyambut perayaan kuih bulan dan ada juga yang mengucapkan Selamat Hari Raya sebagai ucapan balas terima kasih" ujar ustaz Nor Khairi yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Bukit Katil.

Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Ia sangat berkait rapat dengan satu peristiwa sejarah dalam memperingati perjuangan rakyat China yang bangkit menuntut kebebasan di bawah pemerintahan Mongol yang menindas dan kejam.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Saudara Jauhar Dawi berkata sejarah Perayaan Kuih Bulan ini sebagai simbolik bahawa kita perlu menolak sebarang bentuk kekejaman yang di lakukan pemerintah kepada rakyat.

"Islam juga menyeru kepada umatnya agar menolak kezaliman dan berusaha untuk berlaku adil, kerana adil itu dekat kepada Taqwa" ujar Jauhar

Program ini juga sebagai salah satu inisiatif Pas dalam usaha memasyarakatkan Pas selain memecahkan fenomena takut kepada Pas khususnya kepada rakyat bukan Islam.

"Pas komited dalam usaha memperbaiki hubungan antara kaum yang akhir-akhir ini kelihatan agak goyah dengan pelbagai isu sensitive yang di main kan UMNO" kata Jauhar lagi.

Program turut di hadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS 1, Ustaz Kamarudin Sidek yang turut mambantu mengagih kuih bulan di beberapa restoren di Bukit Baru.

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Berhari raya guna bas Panorama <b>di Jasin</b>

Posted: 02 Sep 2011 09:24 AM PDT

Berhari raya guna bas Panorama di Jasin

Berhari raya guna bas Panorama di Jasin

JASIN 1 Sept. - Dalam memberi kemudahan kepada penduduk di tujuh kawasan di daerah ini menyambut Hari Raya Aidilfitri, sebuah bas Panorama berhawa dingin dan cukup selesa.

Bas yang disumbangkan oleh Syarikat Pembangunan Pertanian Melaka berharga RM260,000 itu akan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Mohamad berkata, penduduk di tujuh kawasan terbabit boleh menggunakan perkhidmatan bas khususnya sepanjang sambutan Aidilfitri.

Menurutnya, dengan adanya perkhidmatan bas itu yang pertama kali diperluaskan di luar bandar raya Melaka, ia akan memberi kemudahan khusus buat penduduk yang tidak mempunyai kenderaan persendirian untuk pergi ke pekan Jasin.

''Ini pasti khabar gembira buat penduduk yang sebelum ini merungut kerana tidak ada perkhidmatan bas awam yang beroperasi di tujuh kawasan tersebut.

''Laluan itu sebenarnya tidak memberi keuntungan tetapi demi untuk memberi keselesaan kepada penduduk, MPJ sanggup membiayai operasi perkhidmatan bas ini," katanya selepas merasmikan perkhidmatan bas itu di Terminal Bas dan Teksi Jasin di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pembangunan Pertanian Melaka, Hashim Isa dan Pengarah Syarikat PMCT Sdn. Bhd., Wahid Abdul Majid.

Perkhidmatan bas tersebut akan melalui Kesang Tua, Kesang Pajak, Selandar, Kampung Bukit Senggeh, Kampung Ju dan Kolej Komuniti.

Menurut Ghazale, sebagai permulaan hanya sebuah bas akan digunakan dan jika ia mendapat sambutan baik, MPJ dijangka menambah beberapa buah bas untuk menampung keperluan penduduk di situ.

Beliau berkata, bas itu akan mula beroperasi kira-kira pukul 6.30 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang dengan perjalanan sejam sekali.

Ujarnya, bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, orang kurang upaya (OKU), pelajar sekolah beruniform dan warga emas dikenakan tiket RM1 manakala dewasa dikenakan bayaran RM2.

ads