Selasa, 19 Julai 2011

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di ayer keroh</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Jun 2011 11:39 PM PDT

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

seminar pelaburan hartanah Seminar Pelaburan Hartanah di Melaka. Daftar Sekarang. Tempat Terhad!!

Kumpulan Syarga merupakan kumpulan yang telah lama menceburi & membuat kajian menyeluruh dalam bidang Hartanah, Guaman, Renovasi Rumah & Perladangan dan di atas pengalaman pahit manis yang telah lama kami tempuhi maka kami membuat keputusan berkongsi ilmu yang kami ada kepada sesiapa yang ingin menceburi terutamanya dalam bidang hartanah daripada asa sehingga menyentuh perihal hartanah yang lebih mendalam.

Sebelum mengeluarkan perkongsian bagi artikel kali ini, wakil pihak Berita Semasa telah berjumpa sendiri dengan pengerak utama Seminar Pelaburan Hartanah ini, iaitu Tuan Syed (Group CEO SyargaProperty Expert & Consultant Sdn Bhd) bagi memastikan semua pembaca Berita Semasa yang bakal menyertai seminar ini di Ayer Keroh Melaka kelak "benar-benar mendapat manfaat".

Kepada anda-anda dari Melaka khususnya atau dari Negeri Sembilan atau Johor umumnya yang mempunyai kelapangan dan paling pentingnya berminat mempelajari selok-belok bidang hartanah, anda dipelawa untuk menyertai Seminar Hartanah di Ayer Keroh Melaka. Kalau sebelum ini, anda mungkin masih berasa :

  • "Belum bersedia" untuk melabur di pasaran hartanah kerana tidak tahu cara dan selok-belok sebenar untuk memulakannya ataupun
  • Anda merasakan melabur di dalam pasaran hartanah terlalu rumit untuk dilakukan separuh masa ataupun juga
  • Anda telah menerima nasihat yang salah menyebabkan kita rugi ribuan ribu ringgit dalam pelaburan hartanah?

Jadi pihak Kumpulan Syarga berbesar hati untuk mempelawa anda menyertai Seminar Pelaburan Hartanah di Melaka. [TERHAD] Anda berminat untuk belajar, mereka sedia mengajar dan "memandu" anda dalam perihal hartanah sehingga anda benar-benar berjaya (sekurang-kurang memiliki sebuah rumah hasil daripada seminar ini) 

Seminar Pelaburan Hartanah di Melaka
  • Yuran Pendaftaran Seminar : RM650 sahaja
  • Tarikh : 2 Julai 2011 (Sabtu)
  • Masa : 9 pagi hingga 5 petang
  • Peserta Seminar : 50 orang [maksimum]
  • Lokasi : Bangunan Persatuan Kontraktor Melayu Melaka (No. 98, Jalan TU/42 Taman Tasik Utama, Ayer Keroh 75450 Melaka). Berdekatan dengan MiTC Melaka.

seminar pelaburan hartanah2 Seminar Pelaburan Hartanah di Melaka. Daftar Sekarang. Tempat Terhad!!

Modul & topik dalam Seminar Pelaburan Hartanah di Melaka

Antara topik yang bakal anda pelajari dalam Seminar Pelaburan Hartanah di Melaka kelak adalah seperti berikut:

  • Cara mendapatkan rumah yang sangat murah (Diskaun sehingga 60% daripada harga pasaran). Ehem…hintnya, kami telah pun diberitahu berkenaan ini. Sangat menarik. Hanya mereka yang terpilih sahaja mampu menawarkanpeluang sebegini kepada bakal pelanggan mereka sahaja seperti yang Kumpulan Syarga perolehi sekarang.
  • Cara menjual semula rumah anda dalam tempoh yang singkat, pun akan dikongsikan seminar pelaburan hartanah ini. (Kata mereka, lebih kurang 2 minggu sahaja dah boleh jual semula)
  • Cara untuk anda mendapatkan pulangan pelaburan hartanah yang telah dilakukan sehingga boleh mencapai Return On Investment 100%
  • Cara mengira kos kontraktor untuk pembaikan/pengubaisuian rumah. Kata mereka, supaya anda yang hadir ke seminar mereka selepas ini tidak lagi mudah diperdayakan angkara kekurangan ilmu. Jadi selepas anda menghadiri seminar pelaburan hartanah anjuran Kumpulan Syarga ini, anda sudah boleh menilai samada sebut harga daripada kontraktor yang dilantik berbaloi dan boleh mengurangkan kos daripada wang anda atau tidak. Sekaligus, anda boleh memaksimakankeuntungan anda!!!
  • Anda sebenarnya boleh menceburi pelaburan hartanah walaupun sebenarnya simpanan anda terhad. Tiada masalah.
  • Cara bagaimana anda sebenarnya mengira sendiri kos guaman dalam pembelian rumah & cukai hartanah
  • Cara bagaimana anda boleh membeli hartanah secara tunai
  • Anda akan didedahkan dengan pelbagai perkongsian ilmu bagi mengelakkan daripada ditipu oleh pihak ketiga dalam pembelian rumah
  • Aspek-aspek penting sebelum & selepas pembelian rumah
  • Anda akan diajar bagaimana cara mendapatkan ROI sehingga 20% untuk rumah sewa milik anda
  • Cara menjadi broker untuk menjual rumah
  • Cara berbincang dengan pembeli & penjual rumah
  • Semua aspek yang anda perlu tahu berkenaan dengan rumah lelong, para spaker dalam seminar pelaburan hartanah anjuran Kumpulan Syarga ini akan pandu dan ajar anda termasuklah bagaimana cara nak buat renovation bagi naikkan nilai rumah dan aspek legaliti
  • Anda boleh & perlu mengetahui aspek-aspek perundangan dalam pembelian hartanah terutamanya secara lelongan
  • Bagaimana menyelesaikan masalah pembelian rumah-kos kos rendah seperti SUK(Selangor) & DBKL (Kuala Lumpur)
  • Didedahkan juga kepada anda bagaimana memohon diskaun daripada bank apabila memenangi rumah secara lelongan
  • Kesemua ini dan banyak lagi yang akan dibentangkan oleh tenaga pegajar yang bertauliah dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang hartanah

Kalau sebelum ini, anda sering menggunakan khidmat ajen hartanah untuk pembelian secara lelongan, kalau anda menyertai Seminar Pelaburan Hartanah anjuran Kumpulan Syarga ini anda tidak memerlukan agen-agen hartanh ini sebenarnya. Ini kerana mereka akan memberikan maklumat & pendedahan yang telus mengenai bagaimana hendak membeli rumah lelong serta info-info berkaitan yang biasanya tidak diberitahu @ tidak diketahui oleh ajen-agen hartanah lelong sekalipun.

SITUASI #1

Okey…..pernahkah anda mendengar semasa dalam proses membeli rumah-rumah yang dilelong ada sesetengah pembida kehilangan wang deposit atas sebab-sebab tertentu yang mereka kurang arif dan hanya merujuk kepada ajen-agen hartanah sahaja. Kemudian, tak cukup dengan itu, ada juga kes pembida terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang amat besar untuk menanggung kos-kos yang tidak diketahui oleh pembida akibat perkara yang sama juga dan apabila semua masalah ini berlaku rumah tersebut akan dilelong sekali lagi maka pembeli tersebut mengalami kerugian yang kadang-kadang bukan disebabkan oleh dirinya sendiri.

SITUASI #2

Tahukah anda apabila membeli rumah lelong ada sesetengah bank memberikan diskaun di atas pembelian rumah yang anda berjaya dibida antara 10% dan sehingga 30% tertakluk kepada beberapa syarat yang dikenakan oleh pihak bank yang mana kebanyakkan ajen-agen hartanah tidak mengetahui perkara ini. Bayangkan sebagai contoh apabila anda berjaya membida rumah bernilai RM100,000 & anda mendapat diskaun sebanyak 30%, ia menjadikan nilai sebenar anda membeli rumah lelong tersebut, hanyalah RM70,000.

seminar pelaburan hartanah3 Seminar Pelaburan Hartanah di Melaka. Daftar Sekarang. Tempat Terhad!!

Kebanyakan modul-modul yang bakal dikongsikan dalam Seminar Pelaburan Hartanah di Melaka ini kelak adalah berdasarkan formula-formula yang telah diciptanya sendiri berdasarkan pengalaman luas Tuan Syed terlibat dalam dunia hartanah. Mereka yang mengajar juga merupakan peguam bertauliah yang juga merupakan satu bonus bagi sesiapa yang nak ceburkan diri dalam bidang hartanah.

Katanya lagi, kalau sebelum ramai yang masih masih menyewa dan tidak mempunyai rumah sendiri kerana :

  • tiada sebarang duit simpanan walaupun sudah bekerja
  • tidak "berani" memiliki sebarang aset/rumah walaupun sudah berkerja

Tetapi bagi mereka, itu semua bukanlah masalahnya sebenarnya kerana mampu membeli rumah melalui cara & formula mereka. Selepas anda menghadiri Seminar Pelaburan Hartanah kumpulan Syarga, anda dah boleh buat sendiri tanpa bergantung kepada agen,perihal guaman pun anda dah boleh tahu, perihal ubah suai rumah pun sama.

seminar pelaburan hartanah4 Seminar Pelaburan Hartanah di Melaka. Daftar Sekarang. Tempat Terhad!!

Kepada yang berminat, sila ikuti Prosedur seperti di bawah bagi mendaftarkan diri dalam Seminar Pelaburan Hartanah di Melaka [TEMPAT TERHAD]

PROSEDUR PEMBAYARAN

LANGKAH 1 : Lakukan pembayaran berjumlah RM650 ke salah satu akaun bank dibawah menggunakan kaedah Fund Transfer atau ATM Transfer atau Cash Deposit:

  • Akaun Maybank : 1621-8832-7429 (Erwan Nur Ali)
  • Akaun CIMB : 1425000-5212053 (Erwan Nur Ali)
  • Akaun RHB : 1-18011-0000140-6 (Erwan Nur Ali)

LANGKAH 2 : Pastikan anda sentiasa menyimpan rekod transaksi (resit jika cash deposit) atau print screen / pdf print butiran transaksi untuk rujukan dikemudian hari.

LANGKAH 3 : Untuk rujukan perbankan online,sila masukkan alamat email berikut: kumpulansyarga@gmail.com

LANGKAH 4 : Smskan juga bukti pembayaran anda ke 012-2249146 (Encik Khairul) bagi tujuan pengesahan & seterusnya mendaftarkan nama anda dalam seminar pelaburan hartanah di Melaka.

P/S : Akhir sekali Tun Syed telah mencabar kepada orang Melaka khusus dan juga peserta seminar yang bakal hadirkan diri kelak amnya untuk mempersiapkan soalan-soalan yang sukar (yang anda rasakan mereka tidak mampu menjawabnya) berkaitan dengan hartanah. Itu cabaran daripadanya…….Di mana soalan tersebut juga nanti akan bakal menjadi satu perkongsian tambahan kepada bakal-bakal seminar kelak.

PP/S : Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh sms kepada Encik Khairul (012-2249146)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Apr 2011 12:00 AM PDT

Senarai Hotel <b>Di Tanjung Bidara</b>, Melaka, Malaysia - Melaka <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2011 03:28 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Senarai Hotel Di Tanjung Bidara, Melaka, Malaysia. Senarai Hotel Di Tanjung Bidara:-. Samudera Bidara Resort Lorong Hj. Abdullah, Kg. Balik Batu. 78300 Tanjung Bidara, Melaka Tanjung Bidara Beach Resort Tanjung Bidara ...

BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jul 2011 12:00 AM PDT

HARI PERTAMA : 21 MAY 2011

Wat julung kalinyer, Family Day keluarge Yusop & Saleha telah diadakan di Muara Tanjung Bidara, Melaka selama 3 ary b'turut2 (21-23 May 2011)...hehehe... Actually, family day ney dirancang oleh brother (Amy) & brother in-law (Nizam)!!! Ermmm... tapi agenda mereka tak bape nak menjadi COZ my lovely dad (Mohd Yusop) tak mahu follow... nak jage kebun katanyer...begitu juge ngan my sister (Azura) dan suami (Jerin) berserta my cuties nephew (Era) tak dapat follow... hok ney nyer alasan lagi power.. salah arrange tarikh katenyer...boleh ke gitu???? hahaha... whatever...

Seawal jam 8:30 pagi, kami skeluarge (Mak, Abg, Akk Ipar, Izzat, Izzati & Me) bertolak dari Belitong.. Excited sangat time ney...!!! Bonet kete usah di citer, jangan kate setin sardin, sebatang pen pon dah tak ley nak masuk.. Sarat bebeno dah!

Rehat sebentar di perhentian Kampung Bemban sementara tunggu Aziah & family keluar dari Sungai Besi

Pejalanan diteruskan lagi! LNK saje je nk interprem??? ups...

Setelah dinanti dan ditunggu... Akhirnya sebuah proton Wira JDK sampai gak ke destinasi dimana Wira JEE sedang menunggu (Tol Linggi). Pejalanan diteruskan menuju ke destinasi yang sebenar-benarnye..hehehe (Muara Tanjung Bidara)

Tepat jam 2:30 petang, 2 buah kete yang datang dari destinasi berbeza tiba di Muara Tanjung Bidara. Turun jer dari keta... sume nyer ternganga macam tak caye..hahaha.. nak tau kenapa??? biarlah rahsia!

Stop jer keta... Mak terus menyambar cucunyer.. (Khailysha Azwa).. Rindu beno katenye...

Welcome to chalet Muara 003 & Muara 004

Ney ler rupe chalet yang kitowang check in tue!!!

Perasmian Muara 003... Sebarang kritik & komen penuh dalam kepale dyowang! hahaha..   

Sampai jeq kat tempat ney..subjek pertama yang kita orang suarakan adelah.... MAKAN! yup... memang lapar giler! Tak sabar rasenyer nak makan ketupat, bipstik, telur burung puyuh & burung puyuh goreng yang dibawa dari Belitong... Haruslah sedap.. semestinya diwat oleh Mak tersayang...claz gitu...!!!

Menu paling sedapppp!!! Terasa diriku bagaikan dipagi raye...hahaha

Selamat menjamu selera..

Selesailah sudah men'top-up perut masing2... Si ayah budak sume turun ke pantai... nak memancing ikan katanyer... My lovely nephew lak (Arul, Ati & Lieya) dah melabuhkan tirai mereka di persisiran pantai... Erm cam bese la babak memenuhkan bakul kain basuhan ibu2 dyowang...huhu

Panorama senja! Indahnya ciptaan tuhan disaksikan sendiri LNK!

Kenangan LNK berlatarkan keindahan senja di pantai Muara Tanjung Bidara

Coretan yang akan selamanya dihati!

Aktiviti seterusnya adelah.... BAKAR BBQ!!! Tapiiiiiiiiii.... ermm... ade hampeh yang tercipta disitu.. Law dikenang & di ingatkan balik mang lawak sangat... Excited giler nak makan BBQ tapi nak wat camner kan dah ditakdirkan arang yang dibeli tak mau hidup.. Hahahaha... yang kesiannyer... sampai dah berpantai ketiak abang2 aku mengipasnyer..tetap gak arang tu tak nak jadi bara! Kesian.... tapi pape pon tabik spring ar kat dyowang ney...yela... hampir 3jam berusaha idopkan arang tue smate2 nak nikmati malam BBQ...

Yang menanti terus menunggu!! Muka lapar tahap gaban...

Akhirnya... tempat BBQ tidak mengeluarkan asap lagi! Hehehe..

Muka lapar tidak lagi meng'AUMMMMM... sudahnyer makan ler nasi bungkus!

Peganti BBQ... Nasi papprik!

HARI KE-2 : 22 MAY 2011

Kepenatan semalam bukanlah alasan untuk bergembira pada hari ini..hahahaha... Agenda pada hari ney juz melawat ZOO Melaka... dengan tujuan memberi kefahaman & pengenalan pade anak2 buah aku tu...hehehe.. Tepat jam 12 tengah hari kami keluar dari muara menuju terus ke Zoo...

Sudah Siap! Moh ler kite p ZOO....

Cak..!! Kami dah sampai Zoo...

Ups.. mereka sudah tidak sabar lagi nak masuk ke dalam zoo

3 Ketul!!! hahahaha...

Burung Kakak Tua!

Tak banyak picture yang sempat dirakamkan sewaktu berada di Zoo... Insya'ALLAH... kalau ader lebih mase aku try masukkan lebih banyak lagi melalui lensa kamera NIKON milik abang... I know kat dalam tu ada terlalu banyak picture menarik untuk dikongsikan...

Hampir 3 jam lamanya penjelajahan di dalam zoo.. penat, puas & epy sumenye menjadi satu... Segalanya dilalui penuh enjoy! Tepat jam 4 petang, kami berangkat pulang menuju ke muara. Masih ada benda yang kami sume perlu kerjakan! hahaha

Setibanya di chalet... my bro in-law terus menyiapkan persiapan membakar BBQ... 

Di sebalik cerita, ada satu rahsia yang tersembunyi! Sepanjang babak menghidupkan arang... abang2 ku telah di skodeng oleh seseorang! Siapakah seseorang itu...???? Seseorang itu kami memanggil dengan gelaran 'Pak Cik' 

Pak Cik ney bukan sebarang pak cik tapi pak cik ney seorang yang bijak & baik hatinya... Pak cik ney merupakan tuan punya chalet...lawaknyer bile pak cik bercerita... "Sebelum pakcik nak pergi kedai tadi nampak kamu semua hidupkan api... ingatkan dah hidup! Balik dari kedai tengok tak hidup2 jugak.." Apa lagi semuanye gelaklah memburaikan tawe...hahaha...

Hari tue, bukan jer dapat bakar BBQ ngan jayenyer tapi kitaowang gak dapat ilmu dari pakcik tue cara-cara nak hidupkan arang...sememangnya arang ney susah gak nak dihidupkan.. ermm.. pape pon thankz a lot pakcik yer....hehehe...

 

Durian Tembaga!

Durian ney law tak der skill nak bukak, jangan haraplah kowang dapat makan!

Silap2 durian yang makan tuan! hahahaha...

Like mother like son!

Kegembiraan mereka adalah kebahagiaan kami skeluarge!

Berlalulah hari dengan penuh keindahan...

HARI KE-3: 23 MAY 2011

 LNK dah siap! mau alek Kluang..

Berkemas2 untuk pulang ke tempat asal!

Perpisahan tidak berakhir di muara coz mereka sume planing nak ke Bandar Hilir... nak beli barang cenderamata katanya... Sepanjang berpusing-berpusing di bandaraya Melaka..ade beberape tempat yang sempat dilawati antaranye Masjid Selat dan Menara Taming Sari... Picture tak sempat dirakamkan sebab kehabisan batery! huhu...

Cenderahati untuk bebudak Final Department..

Cenderahati Untuk Dijadikan Kenangan...

~~T.A.M.A.T~~

P/S : Zura... next year dyowang planning nak wat family day lagi! May be kat Tasik Kenyir, Terengganu atau Telok Chempedak, Pahang... Pe lagi... save your money ha... no more reason k!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di klebang</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jun 2011 09:47 PM PDT

Tugu: Pemuda PAS Melaka tuntut penjelasan

MELAKA, 22 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menggesa kerajaan negeri memberikan penjelasan tentang pembaziran yang berlaku di dalam pembinaan tugu 1Malaysia yang ditempatkan di Pantai Klebang.

Ketua penerangannya, Muhamad Aizat Bahrudin berkata, kos pembinaan tugu 1Malaysia tersebut bernilai RM352,000 iaitu semasa dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 4 Februari lalu.
Katanya, os tersebut meningkat tiga kali ganda berbanding harga pasaran iaitu RM100,000.

Tugu 1Malaysia tersebut dibina daripada tetulang besi dengan ketinggian 17.7 meter dan lebar 9.1 meter yang dibaluti dengan kanvas pada bahagian depan dan belakangnya dengan asasnya diperbuat daripada konkrit.

Manakala pada bahagian kiri kanannya ditutup dengan menggunakan aluminium nipis dan lantai pentas kecil di hadapannya ditutup dengan kayu lapis nipis beserta 15 unit tiang bendera di tepi tugu tersebut.

Pada waktu malam tugu tersebut diterangkan dengan cahaya lampu kalimantang yang jika dinilai secara kasar harganya tidak sampai RM5,000.

"Ini suatu yang pelik bagaimana kos tugu tersebut boleh mencecah RM352,000," ujarnya.

Beliau difahamkan pembaziran juga berlaku semasa majlis makan malam pelancaran tugu 1Malaysia tersebut di mana kos berjumlah RM600,000 telah digunakan semata-mata untuk menampung kos makan malam bersama Najib.

Katanya, hasil tinjauan setelah 16 bulan tugu tersebut dilancarkan, ia berada dalam keadaan yang menyedihkan yang mana terdapat kesan koyak pada kanvas tugu tersebut, pada bahagian lantai pentas tugu tersebut yang diperbuat daripada kayu telah patah dan terdapat kesan-kesan karat pada kerangka besi tugu tersebut (gambar kiri).

Ini, katanya suatu pembaziran yang ketara dilakukan oleh kerajaan negeri di saat rakyat negeri Melaka terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang.

"Bayangkan kos pembinaan dan kos makan malam tersebut sahaja sudah berjumlah RM952,000 iaitu satu jumlah yang mampu menampung orang-orang miskin di Melaka," katanya.

Baru-baru ini rakyat Melaka juga telah dibebani dengan kenaikan 20 % harga air yang meningkat bermula 1 April lalu.

Ia, ujarnya suatu lagi bebanan yang terpaksa ditanggung di saat kerajaan negeri sendiri mampu berbelanja besar untuk membina sebuah tugu yang tidak memberikan manfaat besar pada rakyat.

Katanya, kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Datuk Seri Ali Rustam seharusnya memikirkan tentang nasib rakyat yang terkesan dengan kenaikan pelbagai barang.

Sebelum ini, ujarnya pembinaan tugu 1Malaysia ini menjadi isu agama di mana pembinaan tugu tersebut dikhuatiri mengandungi unsur-unsur pemujaan.

"Sebelum ini juga dewan pemuda PAS Negeri Johor telah membangkitkan isu ini dengan menggesa kerajaan persekutuan menyatakan pendirian berkenaan tugu tersebut," katanya.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya juga berpendapat agar pembinaan tugu 1 Malaysia tidak di lakukan jika ia mengandungi unsur-unsur pemujaan yang membawa kepada syirik.

Beliau berkata, adalah malang bagi rakyat Melaka dengan pembinaan tugu 1Malaysia tersebut kerana rakyat bukan sahaja terpaksa menanggung bebanan hidup yang tinggi atas pembaziran ketara kerajaan negeri malah terpaksa menanggung risiko kemungkinan tergelincirnya aqidah umat Islam disebabkan pembinaan tugu tersebut andainya mengundang unsur-unsur pemujaan. -HD

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di batu berendam - Google Blog Search

04 di batu berendam - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG MELAKA: 04 <b>di batu berendam</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Jun 2011 07:47 PM PDT

Kelab Basikal Tua <b>Batu Berendam</b>, Melaka: Majlis Perasmian Acara <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2011 07:33 PM PDT

Majlis Perasmian Acara K2N II di Saung Ujo, Bandung penuh warna-warni dan menghiburkan

Penuh kejutan dan penuh warna-warni itulah gambaran kemeriahan Majlis Perasmian Acara K2N II yang telah berlangsung di Saung Ujo, Bandung. Acara yang sederhana tetapi penuh bermakna ini telah dihadiri oleh tetamu-tetamu jemputan, VVIP, Alumni K2N Pertama dan rombongan 35 peserta dari Malaysia. Bermula langkah pertama turun ke Saung Ujo...rombongan telah dikejutkan dengan tarian kuda kepang oleh kanak-kanak kecil yang berumur 5-7 tahun di hadapan pintu masuk. Tetamu yang hadir dikalungkan dengan kalung angklung kecil simbolik kepada kebudayaan masyarakat Sunda di Bandung.

Penaung KBTBB iaitu En. Zulkifli Othman mendahului rombongan K2N II dari Malaysia yang mendapat kalungan pertama sebagai tetamu VVIP di Saung Ujo.

Kehadiran Pengerusi JKKK Batu Berendam, Melaka bukti sokongan pemimpin tempatan dari Malaysia juga menyokong Acara K2N II yang berlangsung di Bandung.

Kehadiran tetamu dan peserta K2N II di Saung Ujo membuktikan "basikal tua memperkukuhkan persahabatan serumpun". Semuanya hadir dengan pakaian tradisional masing-masing. Rombongan K2N Malaysia hadir memakai baju melayu dan bersamping (songket) dan wanita memakai baju kurung/kebaya manakala sahabat-sahabat di Indonesia memakai batik tradisional.

En. Roslan Mat Nong yang mewakili Delegasi dari Malaysia memberikan ucapan pembukaan pada Majlis Perasmian K2N II.

En. Roslan menyampaikan ucapannya di hadapan tetamu dan peserta-peserta K2N II (Malaysia - Indonesia).

Bapak Ayi Vivananda yang mewakili Walikota Bandung menyampaikan ucapan alu-aluan menyambut kedatangan rombongan K2N Malaysia ke Bandung. Beliau sendiri meminati aktiviti berbasikal dan menyatakan sokongannya terhadap Acara K2N.

Pertukaran cenderahati di antara kedua-dua negara iaitu Malaysia yang diwakili En. Roslan dan Indonesia diwakili oleh Bpk Ayi diiringi oleh En. Gafar (Pengerusi JKKK Bt. Berendam) dan Sdr. Alias (Pengerusi KBTBB).

Fokus dan enjoy... rombongan K2N II bukan sahaja hadir untuk mengayuh basikal tetapi berpeluang mengenali dan mendekati budaya masyarakat Bandung.

Acara ini tak perlu diperkenalkan lagi... inilah acara yang ditunggu-tunggu oleh "kaki joget lambak"... Pengerusi dan Naib Pengerusi KBTBB dah tak boleh tahan... tu diaaaaa....cewah-cewahhh...

Pastinya aksi-aksi berbasikal tua seperti ini tidak ada di Malaysia... hanya di Bandung sahaja kita boleh lihat... aksi ini dilakukan oleh sahabat-sahabat PSB Bandung.

Orang kayuh basikal pakai kaki...kawan kita sorang nie...kayuh basikal pakai tangan daa... aksi macam nie...putuih tali kasut pun tak boleh tengok kat mana-mana kat Malaysia... kancin gigi tengok oooo...

Ini sebahagian daripada tugasan Ketua Projek... bukan cukup sekadar pandai cakap jer... dari buat Projek Paper sampai menguruskan acara tauu... semua boleh bikin "multi-tasking"... jawap soalan yang susah-susah dari Media pun kerja KP.

Barisan kepimpinan dari dua negara (kiri) Kang Aboy (Ketua PSB Bandung), Sdr. Alias Omar (Pengerusi KBTBB) dan Pak Diar (mewakili Ketua KOSTI Pusat)

Menikmati makan malam masakkan Sunda di Saung Ujo bersama-sama.. kelihatan di gambar En. Zulkifli bersama ahli-ahli KBTBB...

Terpahat sebagai sejarah dan kenangan yang tidak akan dapat dilupakan... kumpulan pelopor basikal tua dari Malaysia yang berjaya mengadakan dan menjayakan Acara K2N II demi negara dan bangsa serta warisan generasi akan datang. Inilah sumbangan kami pada warisan basikal tua...
...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jul 2011 12:00 AM PDT

Medan Selera

Taman Rekreasi Sungai Rambai menjadi tumpuan untuk warga DUN Sungai Rambai dan kawasan sekitar untuk berekreasi. Didirikan sejak lebih 10 tahun lalu, Taman Rekreasi Sungai Rambai banyak melalui perubahan dan pembangunan. Taman Rekreasi Sungai Rambai Terletak betul-betul di sempadan Daerah Ledang dan Daerah Jasin. 

Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam dan fasiliti seperti taman permainan, trek jogging, pentas, tandas awam. medan selera, wakaf, tempat letak kereta dan sebagainya, Taman Rekreasi Sungai Rambai tidak putus-putus dikunjungi oleh penduduk di sini untuk beriadah dan menjamu selera.

Selain terkenal dengan budaya dan cara hidup masyarakat Jawa Melaka, Sungai Rambai juga terkenal dengan kelazatan makanan seperti Roti John, Mee Hailam, Mee Bandung dan lain-lain. Keenakan makanan di medan selera Sungai Rambai turut menarik pengunjung-pengunjung dari sekitar Melaka, Johor dan lain-loain yang melalui jalan lama Muar - Melaka.

Pentas

Taman Rekreasi Sungai Rambai turut menjadi pusat kegiatan setempat seperti rekreasi, pertandingan kayak, marhaban, nasyid, koir dan lain-lain. Dengan terbinanya pentas di tebing Sungai Kesang dan gelanggang futsal di kawasan berdekatan, masyarakat tempatan sedikit sebanyak dapat meluangkan masa senggang mereka di sini.

Tugu atau signboard? Terdapat sedikit kekeliruan identiti di sini. Mungkin tugu kot.

Dahulunya Taman Rekreasi Sungai Rambai turut dikenali sebagai Taman Buaya. Riqq pun tidak pasti tentang nama ini. Taman Rekreasi ini dahulunya dikatakan ada menempatkan beberapa ekor buaya sebagai tarikan pengunjung namun tidak lama kemudian telah dipindahkan ke Taman Buaya Ayer Keroh. Kesahihan fakta ini boleh diragui kerana pada waktu itu Riqq belum dilahirkan. 

Keadaan papan tanda yang tidak memuaskan hati jika dipandang...urgh, ade kulat ke apa tu?? Bengkek!

Selain untuk tujuan rekreasi dan sukan, Taman Rekreasi Sungai Rambai juga menjadi tempat keraian untuk sambutan Ambang Merdeka dan Ambang Tahun Baru setiap tahun. Sambutan meriah secara kecil-kecilan disertai persembahan tarian, Dondang Sayang dan sebagainya sedikit sebanyak dapat menjadikan Taman Rekreasi Sungai Rambai satu kawasan ataupun pusat tumpuan bagi masyarakat di disini.

Selamat Datang ke Majlis Perbandaran Jasin? Bila masa ada bangunan MPJ di sini? Jika nak buat ayat sebegini, tulislah Selamat Datang ke Kawasan Tadbiran Majlis Perbandaran Jasin! Ayat yang sepatutnya, Selamat Datang ke DUN Sungai Rambai, Majlis Perbandaran Jasin. 

Hujung minggu lepas Riqq berkesempatan untuk mengunjungi Taman Rekreasi Sungai Rambai untuk melihat keadaan di sana namun berasa sedikit hampa dengan Majlis Daerah Jasin Kerana sudah terlalu lama tidak menukar papan tanda 'Selamat Datang ke Melaka' pada pintu gerbang kereta lembu Sungai Rambai Tersebut.

Landskap yang sama berpuluh-puluh tahun yang lalu tanpa sebarang perubahan, walhal nurseri Zali Garden hanya di seberang jalan

Jika diperhatikan, keadaan papan tanda tersebut sudah tidak memuaskan dengan kekotoran dan tulisan yang tidak cantik dipandang walhal ramai pemimpin dan menteri datang ke sini untuk meninjau. Apa yang berlaku pada Majlis Daerah Jasin? Mengapa tidak menaik taraf pintu gerbang tersebut setelah sekian lama telah digunakan?

Rumputnya dah lebih tinggi dari pokok, buat pasu sebegini memang sukar untuk diselenggarakan.

Selain itu, keadaan landskap disini turut menyedihkan. Pokok-pokok bunga kelihatan tidak berbaja dan dipangkas elok. Rumput-rampai memenuhi pasu dan papan tanda Sungai Kesang juga hampir jatuh. Tambah menyedihakan, keadaan dan fasiliti Taman Rekreasi ini sepatutnya setanding dengan Taman Rempah di Melaka Tengah. Jika MBMB dan MPHTJ mampu membina landskap yang indah dan terjaga mengapa tidak MPJ?

Sempadan Daerah Ledang

Adakah kawasan tadbiran MPJ terlalu besar sehingga tidak dapat menyelenggara DUN-DUN yang berada di pinggiran? Jika keadaan ini terus berlaku, banyaklah DUN-DUN lain yang berpotensi untuk dimajukan akan ketinggalan dan dipandang sepi. Tindakan segera harus diamabil bagi mengatasi masalah ini kerana masyarakat tidak putus-putus merungut.

Riqq bukannya ingin menyalahkan pihak MPJ namun mereka seharusnya memikirkan cara bagaimana untuk memajukan industri pelancongan di Daerah Jasin ini kerana Daerah Jasin adalah yang paling corot dalam hal pelancongan sedangkan jika dilihat banyak tarikan pelancongan seperti homestay, rumah-rumah tradisional, sebuah muzium (sedangkan di daerah lain memiliki berpuluh-puluh muzium dan galeri), hutan rekreasi, taman rekreasi dan sebagainya.

Mungkin sudah tiba masanya MPJ bangkit dan sedar dari lamunan dan mimpi. Kita sudah jauh ketinggalan daripada daerah-daerah lain. Peruntukan yang adil untuk setiap DUN serta pemantauan daripada pihak MPJ amat dihargai. Jika susah-susah, sila lepaskan DUN-DUN di Jasin Pantai ini dariapa tadbiran MPJ. 

Beberapa tahun yang lepas Riqq ada terdengar ura-ura pembentukan Daerah Merlimau yang meliputi kawasan-kawasan Jasin Pantai namun tiba-tiba MPHTJ pula yang terbentuk. MPJ, fikir-fikirkanlah untuk kemajuan Melaka dan daerah-daerah lain. Bukan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. 

Jadi bagi anda yang melaui jalan lama Muar - Melaka, jom datang berkunjung ke Taman Rekreasi Sungai Rambai. Jangan lupa mencuba keenakan Roti John di sini!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Jun 2011 01:22 AM PDT

27 Rejab - israk mikraj

so selalunya hanya beberapa negeri je yang akan cuti hari ni, macam KEDAH, PERLIS, dan etc, aku tak pasti pulak pasal tu. hihi so aku patot rasa bergumbira sebabnya cuti akan jadi straight je sampai sabtu nanti. ohh lemau aku. hm semalam aku tengok cerita karak yang dikatakan tidak best dan kelakar tu, tapi bagi aku best je, seram dan SEDIH.

sekarang tiba tiba je rasa nak cerita pasal kampung aku. ye, kampung aku. secara amnya terletak di LUBOK CHINA, MELAKA. ni yang aku tak pasti nak cakap negeri sembilan pun boleh, melaka pun boleh. sebab memang dekat sempadan. hihi sumpah dah lama tak balik kampung. btw nenek dan atok aku memang dah takda tapi disebabkan kedudukan kampung aku ni dikelilingi rumah nenek sedara yang lain, means macam dikelilingi rumah yang lain, duk kat tengah tengah la senang cerita kan, so kitorg WAJIB balik. ramai sedara lagi kan (: aku tak lah kerap balik kampung, setahun sekali je. HA HA tak pun kalau ada kenduri yang penting penting kitorg pun balik la dan bergantung juga pada kewangan keluarga aku, hihihi sabar je la kan, nak buat mcm mana dah takda siapa dekat kampung tu so balik masa raya je lah, ramai ramai, pun best juga kan dari tak balik langsung, hihi ibu cakap kalau nenek dgn atok ada lagi, tiap minggu kita boleh balik kampung (: takpe lah bu dah takdir, ceewahhh ! huhuuw !

TAK SABAR AKU NAK RAYA, tapi entah balik kampung ke tak raya tahun ni

-___-

so, ini lah rupa kampung

gambar ni je yang aku ada, HAHA siot betul :D nanti lah kalau ada aku tambah lagi. btw ni rumah ibu, rumah ayah dekat gombak je, best jugak lebih kurang keadaan macam yang ni tapi jarang sikit pergi, okay tu je.

* 32 hari lagi KOT nak puasa, hihi (: *

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads