Jumaat, 17 Februari 2012

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


JeMaRi AsMaRa: Semalam <b>di Tanjung Bidara</b> Melaka

Posted: 18 Dec 2011 05:47 AM PST

Rakaman percutian berserta sedikit info tentang resort..
Seperti yang ibu ceritakan sebelum ini, selepas dua malam di Johor bahru kami beredar pula ke Melaka untuk menikmati percutian di tepi pantai. Rakaman kami bercanda di tepian pantai tanjung Bidara ibu dah kongsikan pada n3 sebelum ini.
Untuk n3 yang ini, ibu nak kongsikan tentang penginapan kami di Tanjung Bidara. Kami menginap di sini..
Samudera Bidara Resort.. Yang ni semua bilik superior. Ada roof top lagi..
Sebelum ibu ceritakan tentang resortni, ibu nak kongsikan pandangan sekiranya kawan-kawan nak bercuti di sini.
Jika anda memilih lokasi yang tenang tanpa hiruk pikuk, ibu cadangkan pilihlah resort atau chalet di Tanjung Bidara. Cuma resort atau chalet di sini agak tersorok dan perlukan kenderaan kalau nak keluar makan. Cari je papan tanda Komplek Falak Al Khawarizmi Jabatan Mufti Melaka, selepas kompleks tu akan jumpa banyak resort atau chalet. Tinggal pilih je yang mana satu.. Samudera Bidara Resort tu kami main terjah je, ada kosong terus check in.
Jika anda memilih, lokasi yang senang nak ke pantai, senang nak cari makan, ibu cadangkan pilihlah resort di Pangkalan Balak. Cuma suasana agak bising sebab betul-betul tepi pantai peranginan. Chalet dan resortnya juga bersusun rapat-rapat. Kalau tak nak leceh, baik di Pangkalan Balak berbanding Tanjung Bidara. Semua ada di sini..
Lagi satu, kalau pergi bukan di waktu puncak (cuti sekolah atau hujung minggu) tak perlulah book dulu. Datang, tengok dan pilih. Sebab ada setengah chalet tu dalam internet bukan main, sekali datang rupa rumah kampung je. Harga pun kedebabom.. Tapi, kalau pergi di waktu puncak dan tak book dulu, jangan marah kalau tak dapat bilik. Hihi..
Okeylah, itu pandangan dari mata kasar ibu je. Meh ibu cerita tentang SBR ni, best ke tak nilai lah sendiri ye..
 Pemandangan dari roof top. Antara kelemahan resort ni, dia tak ada pantai berpasir, pantai dia tambak batu. Kalau nak mandi kena jalan kaki jauh sikit atau keluar ke pantai yang dekat dengan Kem Terendak yang kami pergi tu..
 Resort yang sama cuma semua tu bilik standard.. RM130.00 semalam termasuk makan pagi untuk 2 orang.. Bilik superior RM150.00 semalam termasuk makan pagi untuk 3 orang..
3 kekasih ibu, ibu paksa ambil gambar atas roof top.. Hihi..
 Ni nak panggil apa ek? Lobi resort ke?
 Ahha.. ini sarapan yang disediakan. Ada juga sampingannya, sosej dan wedges, roti bakar pun ada. Buah pun ada. Air teh dan kopi serta oren kordial. Bukan fresh oren tau..
 Gelanggang bola tampar. Ayah tu saje tunjuk skill lepas gian. Kalau siapa-siapa yang datang buat family day dan nak buat BBQ kat sinilah tempatnya..
Resortni ada swimming pool.. Tuuu, Maryam dah sain kontrak jadi model swimming pool resort ni. Hihi...
Bilik? Tak yah tunjuklah. Sangat biasa-biasa.. Katil pun dah uzur dan senget sebelah. Karpet dia pun berbau hapak. Ibu rasa tak sesuai sebenarnya resort tepi pantai dan ada swimming pool macamni guna karpet. Orang basah-basah terus naik bilik sebab swimming pool dia tak sediakan tuala mahupun penjaga.. Oh ya, keadaan tu mungkin untuk bilik yang kami dapat je kut, bilik 602.. Ayat cover nih. Haha..
Wi Fi? Masa check in dia kata ada, dah malam dia kata tak ada pula. Hmm tak apa, sepanjang di Tanjung Bidara memang tak ada masa nak berinternet pun.
Cuma ada satu insiden yang buat ibu hangat hati, pekerja dia masuk bilik tanpa ketuk pintu dengan alasan nak ambil tuala. Masatu ibu cuma lock je tanpa pasang selak. Mujur ibu lengkap berpakaian, kalau tengah berkemban? Takke naya?
Secara keseluruhannya, jika tidak mengambil kira insiden hangat hati tu, resortni okeylah. Nama pun resort, tak perlulah mengharap standard hotelkan?
Baiklah, sampai di sini sahaja. Ada masa nanti ibu buat n3 tentang ikan bakar di Pangkalan Balak pula.
Jumpa lagi, salam sayang buat semua!!

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


Teko Kopi: CERAMAH MAHFUZ TAK LAKU <b>DI DURIAN TUNGGAL</b> <b>...</b>

Posted: 25 Oct 2011 10:14 AM PDT

MAHFUZ OMAR ker nihh..!!! laaaaaa...!!!aku ingat KELING maner tadi....hehehe...Dengar cerita Dato Mampus ...oppsss sorry...Yg Bhg Dato Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS telah mengadakan CERAMAH HARAM di Kg Pdg Kerbau di DUN Durian Tunggal pada 23 Oktober 2011 lalu...aku kata CERAMAH HARAM kerana mereka tak mohon pun permit untuk mengadakan ceramah ni...ikut suka mak bapak dia jer....macam orang takder undang2... memang mcm tu lar tebiat mereka nie..kalu polis halang, mereka akan kata UMNO yang suruh...hai...!!!.kalu mohon betul2 ikut prosidur kan senang, bukannya tak lulus...tapi mmg malas nak mohon kot...!!! kan diaorang ni semua memang malas, yang dia orang rajin cuma MENIPU jer... :)
 Asalnya ceramah ni nak diadakan di Kg Panchor tapi tak jadi sebab dihalau oleh orang kampung...keh3..!!! Mahfuz pulak kata ceramah tak jadi disana sebab Senator yang baru dilantik, Senator Baharudin Abu Bakar dari Kg Panchor telah menghalang ceramah tersebut dari diadakan di Kg Panchor...MENIPU lagik ko.!!! patutnya Si Mahfuz nie kena bersyukur ceramah tak jadi di Kg Panchor kerana orang kampung yang dekat ngan tempat ceramah dah pakat2 nak pasang bendera BARISAN NASIONAL sebanyak2nya disekeliling pagar rumah mereka...mereka nak kasi Mahfuz fening skit...hehehe..
Nak tau apa INTIPATI ceramah si Mampus (oppss sorry, salah lagik) si Mahfuz nie..??? Biasalar INTI DAN PATInya memang takder pun...kosonggggg..!!! yang ada cuma kata sana tak betul, sini tak betul, yang betul pun tak betul, kira dia sorang saja yang betullll...Si Mahfuz kata orang kampung jangan percaya kepada KHURAFAT POLITIK...iaitu mempercayai hanya Barisan Nasional sahaja yang bule mentadbir Negara dengan baik...perghhh!!! KHURAFAT POLITIK..??? kira pakai istilah agama skit lar yer?, nanti bila orang kg dengar akan rasa gerun skit...ermmm...apalah BODOH sangat ko nie...!!! orang kg kat DUN Durian Tunggal nie tak bule lar korang nak takut2kan ngan istilah2 mcm tu...orang kampung kat Durian Tunggal nie memang yakin dan percaya hanya Barisan Nasional saja lar yang bule mereka bergantung harap untuk meneruskan kesinambungan politik Melayu Islam dan kesejahteraan rakyat Malaysia nie...bukan mcm PAS yang jadi pencacai dan parti kasta paling rendah dalam Pakatan Pembangkang.
Ha...!! yang nie lagi sorang...Adly Zahari namanya...Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka yang diwar2kan sebagai calon PAS di DUN Durian Tunggal...cakap memang pandai...berdentam dentum..!!! dan sekarang nie dah macam orang gila pusing satu DUN Durian Tunggal jumpa orang.Haii..??? kata BN nie bila dah nak PRU baru sibuk pergi sana sini jumpa pengundi, ko pun sama saja...kata dulang paku serpih.. Kata budak Adly,  baru baru nie dia pergi melawat satu keluarga India di sana dan teramat lar sedih melihat keluarga tersebut hidup dalam keadaan daif, tido atas tikar jer, anak2 pun tak kesekolah dan tak mendapat pembelaan dan bantuan yang sewajarnya dari BARISAN NASIONAL...erm...MENIPU jugak ko yer..!!! atau ko kena TIPU ngan India tu kot?
Untuk maklumat Encik Adly, kawan India kita nie menerima bantuan kewangan bulanan dari PEMBELA dan juga bantuan bulanan makanan...Ketua MIC kat sana sering membantu keluarga ini dan anaknya tidak dapat bersekolah kerana masalah dokumen kelahiran dan sekarang sedang diusahakan..Si India nie pun sebenarnya kaki arak dan malas nak bekerja dan selalu keluar masuk penjara...abis BN nak tolong mcmana lagi si Adly oiii.???.kalu si bapak nie tak ubah sikap pemabuk dan jenayah dia...dan memikirkan dengan penuh keinsafan untuk melihat keluarganya dan anaknya berjaya dalam kehidupan...dengan lain perkataan TIDAK ADA ORANG YANG BOLEH MERUBAH NASIB KELUARGA DIA MELAINKAN DIRI DIA SENDIRI...orang lain hanya bule memberi bantuan dan menunjukkan arah perubahan itu...ada betullllll...????
Hai...!!! aku nak berleter panjang2 pun dah naik malas lar....jadi korang fikir2 lar sendiri, aku dengar Si Adly ni juga diwar2kan akan menjadi Ketua Menteri Melaka kalu Pakatan Haprak memerintah, hai jangan jadi mcm Negeri Perak dulu lar masa pakatan haprak memerintah...topeng saja PAS tapi yang menggerakkannya DAP...alamat Melayu Melaka kena jual dengan DAP....!!!
INGATTT BANGSA MELAYU....!!!! JANGAN BIARKAN PERKARA ITU TERJADI...!!! AYUH KITA BERSATU MEMBENAMKAN PAKATAN HAPRAK YANG DITERAJUI OLEH DAP INI...!!!
pssttt...cari cari jugak wide angel Ceramah Mahfuz di Kg Pdg Kerbau tapi tak jumpa...sembunyi nampak..??? maklumlar ceramah hanya dihadiri kurang 80 orang...keh3...Mahfuz pun mcm takder mood ajer nak berceramah...tak sampai pun 1/2 jam dia bercakap.... :)

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


Umno guna taktik liar bag... - wangolds

Posted: 15 Feb 2012 09:16 PM PST

Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
WakMedSv

Akta Pekerja Sec 20.... !!!

Posts: 792
Joined: Apr 2011
Reputation: 3

Thanks: 769
Given 199 thank(s) in 121 post(s)


Share
Umno guna taktik liar bagi elak kubunya digempur
[Image: 40e4f2006155dcf1785bd0562073812f.jpg]
Hafiz Yatim
12:31PM Feb 16, 2012
BN didakwa menggunakan taktik liar dalam usaha terdesak bagi menghalang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menembusi kubu-kuat tradisional Umno di penempatan Felda.

Aksi ganas penyokong BN di Felda Tun Ghafar Baba di Machap, Melaka pada Isnin lalu adalah petanda awal apa yang boleh diajngkakan oleh Pakatan Rakyat apabila pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

Ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him yang hadir pada kejadian Isnin itu memberitahu Malaysiakini, ketika kejadian penyokong BN tiba-tiba muncul dengan kira-kira 20 hingga 30 motosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah Pakatan.

"Sejurus sebelum ceramah bermula, sekumpulan penyokong Umno telah menampar seorang lelaki ahli PKR yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.

"Tidak lama kemudian, sekumpulan 20 hingga 30 motosikal dan kereta BN pula tiba dan berkumpul di kawasan itu sehingga mengganggu lalu lintas.

"Walaupun semasa saya berceramah, mereka membuat bising dengan menekan minyak motosikal," kata Sim.
[Image: f4059cb7ac5ea5007fc3edc589d575c0.jpg]
Menurutnya, beliau kemudiannya menasihatkan kumpulan itu supaya tidak membazirkan petrol dan bahawa jika mereka mahu berbahas, maka lakukan dengan betul dan tidak mengganggu ceramah itu. Namun, nasihatnya itu tidak dipedulikan.

Sim berkata kira-kira 200 hingga 300 orang di penempatan Felda itu yang datang untuk mendengar ceramah berkenaan.

"Ramai juga peneroka lain yang membuka tingkap rumah untuk mendengar ceramah pembangkang. Namun tingkah laku penyokong Umno itu amat dikesali.

"Mereka banyak membuat bising, khususnya semasa Anwar berucap dan cuba mengejeknya dengan pelbagai panggilan. Antaranya Anwar dituduh sebagai tali barut Yahudi dan khaki liwat," katanya.


DenyutkanJantungMuDgn'DZIKRULLAH'Smile:
02-16-2012 01:16 PM


Forum Jump:



User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)
Online Users
There are currently 34 online users.
» 2 Member(s) | 32 Guest(s)
matyeh


Recommended Brokers
We preferred only the best brokers!


RAKYAT MARHAEN: Ceramah Anwar berjalan lancar <b>di</b> Felda <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2012 07:52 PM PST

Semuanya berjalan lancar semalam, sewaktu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelajah penempatan Felda di Pahang - negeri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berbeza dengan apa yang berlaku ketika Anwar ke  penempatan skim pembangunan tanah persekutuan di Machap, Melaka, peneroka Felda Bukit Damar di Lancang, Pahang menyambut ketibaan beliau dengan tangan terbuka.

NONELebih 300 orang, termasuk beberapa penduduk kampung Orang
Asli, menyambut ketibaan Anwar dan memberi tepukan gemuruh ketika ucapannya.

Bendera dan sepanduk PAS, PKR dan DAP menghiasi jalan-jalan utama dan di tempat ceramah di sebuah rumah penyokong parti tersebut.

Anwar menghabiskan kira-kira sejam beramah mesra dengan peneroka, tanpa sebarang masalah.

Dua kenderaan polis - sebuah kereta peronda dengan dua anggota beruniform dan kenderaan polis trafik dengan empat anggota, kelihatan meronda dan memantau di situ.

Anwar mengambil kesempatan itu untuk menangani beberapa isu berbangkit kepada orang ramai yang kebanyakannya Melayu.

Beliau mempertahankan kenyataannya mengenai Israel, dengan menuduh Umno memutarbelitkan kenyataannya dalam temubualnya dengan Asian Wall Street Journal.

"Utusan Malaysia ... Mereka tak belajar bahasa Inggeris dengan betul, mereka tak faham apa yang saya katakan (semasa temubual itu)," katanya berjenaka.

BRIGED MP SEGAMBUT: Umno guna taktik liar bagi elak kubunya <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2012 09:15 PM PST

BN didakwa menggunakan taktik liar dalam usaha terdesak bagi menghalang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menembusi kubu-kuat tradisional Umno di penempatan Felda.

Aksi ganas penyokong BN di Felda Tun Ghafar Baba di Machap, Melaka pada Isnin lalu adalah petanda awal apa yang boleh diajngkakan oleh Pakatan Rakyat apabila pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

NONEAhli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him yang hadir pada kejadian Isnin itu memberitahu Malaysiakini, ketika kejadian penyokong BN tiba-tiba muncul dengan kira-kira 20 hingga 30 motosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah Pakatan.

"Sejurus sebelum ceramah bermula, sekumpulan penyokong Umno telah menampar seorang lelaki ahli PKR yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.

"Tidak lama kemudian, sekumpulan 20 hingga 30 motosikal dan kereta BN pula tiba dan berkumpul di kawasan itu sehingga mengganggu lalu lintas.

"Walaupun semasa saya berceramah, mereka membuat bising dengan menekan minyak  motosikal," kata Sim.

Menurutnya, beliau kemudiannya menasihatkan kumpulan itu supaya tidak membazirkan petrol dan bahawa jika mereka mahu berbahas, maka lakukan dengan betul dan tidak mengganggu ceramah itu. Namun, nasihatnya itu tidak dipedulikan.

Sim berkata kira-kira 200 hingga 300 orang di penempatan Felda itu yang datang untuk mendengar ceramah berkenaan.

"Ramai juga peneroka lain yang membuka tingkap rumah untuk mendengar ceramah pembangkang. Namun tingkah laku penyokong Umno itu amat dikesali.

"Mereka banyak membuat bising, khususnya semasa Anwar berucap dan cuba mengejeknya dengan pelbagai panggilan. Antaranya Anwar dituduh sebagai tali barut  Yahudi dan khaki liwat," katanya.

04 di batu berendam - Google Blog Search

04 di batu berendam - Google Blog Search


majlis pertunangan Iman dan yanie <b>di Batu Berendam</b>, Melaka

Posted: 13 Jan 2012 12:17 PM PST

[unable to retrieve full-text content]majlis pertunangan Iman dan yanie di Batu Berendam, Melaka. Posted by husain at 4:17 AM · Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook. Labels: majlis pertunangan Iman dan yanie di Batu Berendam, Melak ...

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


(rempit kehidupan kamookamie): Jalan, Order dan Makan : KUIH <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2012 06:00 PM PST

Assalamualaikum ...
Cerita Tahun Baru Cina juga, aku pergi ke Alor Gajah, Melaka. Hasrat awal nak makan durian dekat area A'Famosa Resort kemudian makan kuih udang. Tapi, bila pergi dekat pondok durian dekat A'Famosa tu ... punyalah mahal duriannya. Sekilo RM12-18. Dahlah timbang sekali dengan kulit berduri, so cancellah. Mahal bebenor aku rasa. Baik tunggu balik kampung nanti, boleh dapat durian kampung yang lagi baik dan harga lagi murah. Lambatlah lagi nak second round durian plak. Disebabkan matlamat nak makan durian terpaksa aku abaikan, maka kami terus ke Pekan Alor Gajah, nak cari kuih udang sedap yang diperkatakan ramai. 
Perniagaan kuih udang Alor Gajah yang sedap ini terletak di Medan Selera Pasar Menggong Alor Gajah. Seingat aku, abang aku pernah dulu-dulu bawa datang makan dekat sini dengan mak ayah sekali. Senang nak cari sebab medan selera nie dekat tengah-tengah pekan. Sebelah dia rasanya stesyen bas Alor Gajah.

Ini gerai kuih udang berkenaan. Gerai no. 1 yang tertera Perniagaan Kuih Udang Alor Gajah. Korang kena sabar nak makan kuih udang nie. Benda sedap, sabar kena lebih. Aku sendiri mulanya tak terdaya nak menunggu. Ramai sangat orang yang datang dan majoritinya nak makan kuih udang. Kalau tak percaya, cer tengok pic bawah nie .....

Haaa kau, punya panjang beratur. Nak bungkus atau makan dekat situ memang kena beratur. Kawan aku Si MB beratur hampir 30 minit baru sampai ke kaunter kuih udang nie. Mula tu kami order macam biasa je, macam pergi makan dekat gerai-gerai makan lain. Lepas tu orang tu datang balik, kalau order dekat dia lagi lambat. Semua kena beratur. Suka tak suka, kenalah beratur juga jawabnya. Aku duduk tunggu meja dan air. 
Sampai satu tahap punya ramai orang beratur, pekerja dia ambil order macam dekat KFC tu, kan dekat KFC kalau ramai pelanggan staff dia datang ambil order terus pada mereka yang beratur. Cuma aku harap tauke gerai nie lain kali, asingkanlah mana yang makan situ boleh ambil order cam biasa. Yang nak bungkus boleh beratur. Boleh ke camtu? he he he
Akhirnya, sampai juga dekat kaunter potong kuih nie. Lamanya aku tunggu mamat tu beratur. Kesian dekat dia. Tapi disebabkan dia yang excited nak makan, dialah yang rela beratur. Mulanya aku yang beratur, tapi belum sampai separuh dia suruh aku duduk. Dia plak nak ganti. Ok, aku rela je duduk! he he he. 


Kuih udang berkenaan. Sangat sedap. Bahan-bahan dia fresh. Fishcake dia terasa ikannya. Tak sama macam beli dekat kedai lain. Kuih udang dia pun sedap walau tak nampak pun udang. Cuma, bab kuah dia je aku agak kurang sikit. Kuah dia terasa bawang putih yang agak lebih. Balik naik kereta mulut bau bawang putih!
Sepinggan macam gambar dekat atas adalah untuk 2 orang makan. Harganya dalam RM4.00. Berbaloi juga dan amat mengenyangkan! Alhamdulillah. Memang puashati. Insya-Allah, akan repeat nanti!

Habis licin! Tinggal timun and kuah sikit je. Isi dia semua habis masuk dalam perut. Tapi kami tak dapat nak lepak lama di sini, kesian pada orang lain yang baru datang. Tempat penuh aje! Memang ramai orang.

Sesekali rasa nak makan kuih udang, aku suggest korang ke Alor Gajah. Mesti try punya! Nanti korang plak buat review sedap ke idak. Bagi aku ...... memang sodap!!
Makluman : Untuk edisi Jalan, Order dan Makan (J.O.M) ... segala rasa, kesedapan dan ketidaksedapan adalah bergantung kepada deria rasa lidah dan tekak saya. Jadi setiap penilaian berkenaan adalah apa yang saya rasai dan nikmati sahaja. Jika anda pergi mencuba dan merasai sebaliknya, ingin saya tegaskan kita tidak mempunyai lidah dan tekak yang sama. Harap Maklum!
CK : Hari nie aku puasa setelah cuti selama 5 hari aku asyik makan nasi je, so sekarang time untuk rehatkan perut. Kesian perut aku asyik bekerja!

ads