Korban Pemandu Budak 14 Tahun - JASIN : Tindakan berani seorang pelajar tingkatan dua memandu kereta bapanya mengundang padah apabila terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta menyebabkan dia dan tiga lagi maut dalam nahas di Kilometer 38.5, Jalan Air Panas-Kesang dekat sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, kemalangan berlaku pada pukul 11.15 malam. Mereka yang maut ialah Mohd. Hafiz Helmi, 14; pemandu Perodua Myvi, Mohd. Shahir Mat Sahat, 27, dan dua rakannya, Hairul Nizam Alias, 34, serta Mohammad Izzuddin Usop, 21. Beliau berkata, kereta Toyota Corolla yang dipandu Mohd. Hafiz dari arah Air Panas ke Kesang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh Perodua Myvi. Mohd. Hafiz yang merupakan pelajar tingkatan dua SMK Iskandar Shah, Jasin, dikatakan baru memandu sejauh 700 meter dari rumah mereka di Rumah Awam, Kesang sebelum kemalangan berlaku. – Kosmo
PKR menafikan ceramahnya di Jalan Mersing, Sembrong pada malam Ahad lalu di mana kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah itu diadakan tanpa permit.
"Majlis yang mendapat permit dari pihak polis itu diganggu dari awal hingga akhir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Tujuan mereka ialah untuk menimbulkan kekecohan dan huru-hara," kata Ketua Penerangan PKR, Johor Syed Hamid Ali (kiri) dalam satu kenyataan memperincikan apa yang sebenarnya berlaku pada malam berkenaan.
Menurut beliau, pada kejadian itu, lebih 100 orang yang dipercayai kakitangan dan anak-anak muda yang diupah oleh Umno tempatan telah melakukan segala macam provokasi untuk mengganggu dan mencederakan orang ramai dan pemimpin yang hadir di situ.
"Mereka membuat bising dan menjerit-pekik; buat rioh-rendah dengan membunyikan enjin motorsikal, air horn dan siren.
"Kemudian, berpuluh-puluh anak muda yang bermotosikal terus mengganggu lalu lintas; batu, telor, botol plastik dan mercun bola berterbangan ke arah penceramah dan orang ramai," katanya.
Syed Hamid juga berkata pada malam itu, tidak kurang 4,000 orang membanjiri ruang di hadapan pejabat Cabang Semberong di Batu 4 Jalan Mersing, Kluang untuk mendengar ucapan daripada pemimpin-pemimpin parti peringkat negeri dan pusat.
Antara mereka termasuk ketua umum PKR itu sendiri, dirinya, ahli parlimen Kapar S Manikavasagam dan ADUN Mengkibul Ng Lam Wah.
"Ketika rombongan Anwar sampai di tempat ceramah kira-kira jam 11.30 (malam), suasana menjadi semakin ribut.
"Beliau dan rombongannya diserbu dan dikepung. Pergelutan kecil berlaku sebelum Anwar berjaya diselamatkan.
"Kami diberitahu, seorang mengalami cedera ringan di dahi dipercayai akibat dilastik; seorang lelaki tua cedera dibaling kayu; bendera PKR dibakar; cermin kereta Anwar pecah dan pintunya kemek," katanya.
Sehubungan dengan kejadian itu, katanya PKR menuntut supaya pihak polis bertanggungjawab untuk melakukan penyiasatan secara profesional.
Syed Hamid juga berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein selaku Ketua Bahagian Umno Semberong dan ahli parlimen kawasan itu juga perlu bertanggungjawab atas peristiwa buruk dan memalukan itu.
Kejadian itu antara beberapa siri gangguan yang disaksikan sejak beberapa minggu kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.
Pada 13 Februari lalu, kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap, Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.
Manakala pada Jumaat lalu pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.
Malah, Anwar terpaksa membonceng motosikal untuk menuju ke lokasi ceramahnya.
Hotel Pantai Puteri di Jalan Pantai Puteri, Tanjung Kling Melaka menjanjikan penginapan yang pasti mendamaikan
TANJUNG KLING- Kewujudan Hotel Pantai Puteriyang juga merupakan Hotel Wakaf Pertama di Malaysia tidak sekadar menambahkan lagi ikon tarikan baru di Pantai Puteri, Melaka bahkan ia kerap menjadi pilihan pelanggan yang mahukan bilik penginapan yang bercirikan Islam. Hotel Pantai Puteri berharga RM25.6 juta bertaraf 3 bintang turut menampilkan sentuhan senibina Islam yang mengabungkan kombinasi arca dan kubah di blok utama hotel setinggi tujuh tingkat berkenaan.
Hotel Pantai Puteri juga merupakan milik bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dilengkapi dengan kemudahan 87 bilik penginapan seperti Superior; Standard: Deluxe dan Suite serta ballroom dan bilik seminar.
Dengan lokasinya yang strategik di kawasan pantai peranginan Pantai Puteri dan jauh dari kesibukan Bandar raya, ternyata Hotel Pantai Puteri adalah destinasi pilihan menginap yang cukup mendamaikan dan sesuai bagi penganjuran seminar dan sebagainya.
Maklumat lanjut mengenai Hotel Pantai Puteri Melaka, hubungi talian 06-353 5555 atau e-mail: HotelPantaiPuteri@yahoo.com.
Arca menarik sentuhan seni bina kontemporari Islam menghiasi lobi Hotel Pantai Puteri
Susana di bilik Puteri Suites di Hotel Pantai Puteri
Hotel Pantai Puteri turut menawarkan pelbagai bilik penginapan termasuk Deluxe room
Kemudahan Bengkel dan Seminar
Suasana tenang sambil menikmati sajian di Kafe Ummu Aiman di Hotel Pantai Puteri
Kolam renang di Hotel Pantai Puteri
Tag: Hotel di Pantai Puteri Melaka,Hotel di Tanjung Kling Melaka,Hotel 3 bintang,3 Star hotel in Melaka,Hotel Malacca Tanjung Kling,Senarai hotel di Tanjung Kling Melaka,Hotel at Tanjung Kling Melaka,Hotel in Pantai Puteri Tanjung Kling Melaka,Hotel at Melaka,Hotel Pantai Putri Tanjung Kling,Hotel di Pantai Putri Melaka,Pantai Puteri Hotel Melaka,Hotel Wakaf Pantai Puteri,Hotel Pantai Puteri JAWHAR-MAIM
Hotel Pantai Puteri Tg. Kling Melaka / Malacca Malaysia
Siri Jelajah Gelanggang kembali lagi. Kali ini saya berkesempatan ke salah satu gelanggang yang berpengaruh di Ayer Keroh Melaka iaitu Kampung Baru Bukit Katil. Terletak berhamoiran dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka, lokasi gelanggang ini agak tersorok ke dalam.
Kedudukannya yang berada betul - betul di halaman rumah En. Zamri, gelanggang ini sebenarnya sudah berusia lebih 15 tahun. Pemain - pemain ternama dari Melaka pastinya pernah menjejakkan kaki di sini diantaranya Tony, Bonen, Boy, Izan , Saiful dan ramai lagi telah merasai gelanggang berpagar ini.
Khabarnya juga Saiful mengalami kecederaannya yang terkini iaitu terkoyak otot digelanggang unik ini.
Kepada anda yang ingin merasai pengalaman bergasak dengan pemain - pemain denga kawalan gelanggang yang baik, jangan lupa singgah di Kampung Baru Bukit Katil.
Satu memorundum, tentang cadangan, permintaan dan pertanyaan rakyat yang dikemukakan kepada Ketua Menteri Melaka dan kerajaan telah diserahkan oleh Sekreteriat Pakatan Rakyat Bukit Katil bagi dijawab oleh Ketua Menteri ekoran 5 ADUN Pembangkang telah digantung dari memasuki dewan di negeri ini.
Wakil daripada PAS, DAP dan PKR tidak dibenarkan masuk dan memorundum serta pertanyaan tersebut hanya diserahkan dihadapan pintu pagar.
Terdapat 55 pertanyaan, cadangan serta permintaan telah dikemukakan kepada KM untuk dijawab serta dipertimbangkan.
Setiap adun dibenarkan untuk bertanyakan 10 soalan lisan dan 15 soalan bertulis, ekoran pegantungan tersebut, rakyat telah "kehilangan peluang" sebanyak 125 soalan untuk dikemukakan kepada KM dan exco-exco.
Antara persoalan yang ditanya adalah berapakah kos penyelenggaraan kapal selam Agosta di Pantai Klebang setiap tahun?
Selain itu Ketua Menteri dan Exco diminta untuk mendedahkan harta, aset kewangan dan apa-apa barang kemewahan setiap tahun, bukan sahaja kepada YAB Perdana Menteri tetapi juga kepada rakyat.