Rabu, 1 Februari 2012

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Taiping Mali: Jenazah Izwan akan dikebumikan <b>di Jasin</b> esok pagi

Posted: 20 Jan 2012 08:51 AM PST

Allahyarham  Izwan Pilus yang meninggal dunia petang tadi di hospital Ampang akan disemadikan di kampung keluarga mereka di Jasin Melaka esok pada jam 10 pagi esok.
Full content generated by Get Full RSS.

Izwan Pilus selamat dikebumikan <b>di Jasin</b>, Melaka

Posted: 04 Jan 2012 12:00 AM PST

Jenazah Izwan Pilus atau nama sebenarnya, Khairil Izwan Pilus, 33, telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Palembang Nyalas Kampung Gubah, Jasin kira-kira jam 11 pagi.

Izwan Pilus meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada darah. Ada yang melaporkan ia akibat penyakit kencing tikus. Allahyarham yang merupakan bekas finalis Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006 dimasukkan ke Hospital Ampang pada awal pagi semalam selepas mengalami sesak nafas.


Keadaan Izwan semakin kritikal pada waktu petang sebelum beliau meninggal dunia di hospital tersebut pada pukul 6.15 petang.

Pengebumian Izwan Pilus turut dihadiri ramai artis tanah air termasuk peserta Akademi Fantasia (AF) iaitu Hafiz dan Akim serta tenaga pengajar AF, Siti Hajar.

Aril yang merupakan bekas peserta AF7 berkata, pemergian abangnya begitu dirasai malah seolah-oleh seperti suatu mimpi.

"Sudah tiga tahun saya tinggal bersama arwah di Ampang sejak mula menceburi bidang seni dan sudah tentu rindu dengan gurau senda arwah...saya juga terkilan kerana tidak sempat merakamkan duet bersamanya walaupun perancangan itu ada," katanya sedih.

Full content generated by Get Full RSS.

Izwan Pilus Dikebumikan Hari Ini <b>Di Jasin</b>,Melaka | 2DayBlogger.Com

Posted: 20 Jan 2012 04:32 PM PST

SHAH ALAM – Penyanyi lagu Kembali Senyum, Izwan Pilus mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.15 petang tadi, di sebuah hospital di Ampang, disyaki akibat jangkitan kuman di dalam darah.

Perkara itu disahkan adiknya, Aril Akademi Fantasia 7 (AF7) menerusi mesej Twitternya.

Izwan atau nama sebenarnya, Khairil Izwan Pilus merupakan bekas peserta Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006.

Sementara itu rakan baiknya, Hairi memberitahu, arwah dikejarkan ke hospital malam tadi selepas mengadu sesak nafas.

Jenazah dibawa ke kampung halamannya di Jasin, Melaka untuk dikebumikan pagi esok.

Arwah sebelum ini, menerusi Twitternya pernah mengadu masalah kesihatan.

Antaranya, tulisan terakhir 18 Januari lalu antara lain berbunyi: "Tidak Lena tidor malam tadi sebab perut 'bloated' dek minum protien… Huh!! 'So I need my sleep now'!!!"

Allahyarham merupakan bekas finalis Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006 dan popular dengan lagu berjudul 'Kembali Senyum', sebuah lagu asal daripada drama Korea 'Full House' yang diadun semula dalam versi Melayu.

Pada Disember lalu, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada empat beradik, bersama adiknya, Aril, dimasukkan ke hospital Pusrawi selepas
demam panas berpanjangan selama seminggu.

Full content generated by Get Full RSS.

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


yatt_kecik: MaNdI MaNda <b>Di tanJuNg BIdaRa</b>

Posted: 10 Jan 2012 03:38 PM PST

mama.. abang nak mandi laut..itu lah ayat anak aku... selagi tak dapat mandi laut.. dari tahun baru ari tu nak bawa pi PD.. tapi tak jadi sebab hubby aku keja tak pat cuti.. so ahad lepas lah baru dapat pegi.. tapi pi kat Tanjung Bidara jerk.. dekat ngan umah aku.. 10 minit dah sampai..

kat sini tak ramai sangat.. tapi air dia dah cantik.. bersih.. dulu kotor..



nie port kami yea.. redup..
pelampung tak tinggal...kalau boleh tido pon nak peluk pelampung nie..
alif yang ketakutan.. bukan men kuat dia pegang abah nyer.. siap nangis lagi...
permainan ni wajib bawa...
Full content generated by Get Full RSS.

Tanjung Bidara, Melaka | Jalan jalan <b>di Tanjung Bidara</b>, Melaka <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2012 05:06 AM PST

Salam..

Hari tu sempat gak jalan2 kat Pantai Tanjung Bidara, Melaka. Dapat pekena nasik  lauk ikan Patin fuhhh memang sodap. Kami sampai kat sana sekitar pukul 9am, org x brape nak ramai. Best jugak tgk family2 ngan karenah budak2 main air kat sini. Best !!

Sedikit info tentang Pantai ini.

Tanjung Bidara merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri Melaka, Malaysia dalam daerah Alor Gajah. Pantai Tanjung Bidara terletak bersebelahan dengan Kem Terendak, sebuah kem tentera. Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka. Selain itu terdapat juga Pantai Padang Kemunting dan Pantai Pengkalan Balak yang

Pantai Pengkalan Balak pula merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara

Berdekatan pantai terdapat Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang menempatkan Balai Cerap, Planetarium, Pusat Latihan Falak dan Balai Cerap Robotik.

Full content generated by Get Full RSS.

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


Homestay <b>di ayer keroh</b> : Semua Homestay

Posted: 24 Jan 2012 12:40 PM PST

lokasi
=>5 minit dari tol ayer keroh
=>10 minit ke Melaka Wonderland,TmnBuaya,Go-kart,Tmn Rama2,Zoo Melaka,Mydin MITC,KotaFesyen,Pusat Bowling Antarabangsa dan bnyak lagitempat menarik.
kemudahan
=>3 bilik tidur(2 set katil queen,1 set katilsingle
=>2 bilik aircond,1 bilik kipas
=>fully furnished(set sofa,tv,kabinet dapur,petisejuk,meja makan,mesin basuh,peralatan memasak.

jika berminat,sila hubungi:PnNurul-017-2856181/06-2519325 atau EnMan-012-2808565

Contact akmar

Full content generated by Get Full RSS.

Datuk Seri Najib kemalangan <b>di Ayer Keroh</b> - TEROPONG <b>...</b>

Posted: 27 Jan 2012 07:10 AM PST

Kereta yang dinaiki oleh Dato Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur, terlibat di dalam satu kemalangan di Lebuhraya Senawang, Ayer Keroh. Kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di tepi lebuhraya tersebut. 
Tapi pembaca semua jangan salah paham pula ye, ini kisah yang berlaku pada tahun 1988, semasa Dato Sri Najib menjawat Jawatan Menteri Belia dan Sukan. Sekadar mengimbau sejarah yang tidak ramai mengetahuinya. Mungkin ramai di kalangan pembaca blog ini belum lahir pun pada masa itu.



Full content generated by Get Full RSS.

cerita cutiku dan JJCM: Cuti-cuti <b>di Ayer Keroh</b>, Melaka (24-26 Dec <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2012 01:09 AM PST

Baiklah tadi saya dah post pasal homestay Iman's Homestay, sekarang just nak cerita percutian kami sekeluarga di Ayer Keroh , Melaka.  Pergi dengan geng-geng sekolah lama abg yg derang gelar  Ex-SMPTLDM-74, Lumut, Perak.
Antara mereka yang join dalam percutian ini adalah
1. Keluarga Hilda (5 org)
2. Keluarga Mazliza (5 org)
3. Keluarga Yusniza (seorang)
4. Keluarga Helmi (3 orang)
5. Keluarga kami (4 orang)
Semua masuk dalam 1 rumah Iman's Homestay, ok la kan... Ok..Ok..Ok..ok...ok... (bak kata Johan Raja Lawak)
Perjalanan pada awalnya nak bergerak awal jadi terlewat dalam 1jam 1/2 ... Ikut lak MRR2..adoi jem la jadinya kan...
 My Danish yang dah seronok nak jumpa member2nya.
 Jalan ke Seremban jem tahap giler... kemalangan menghala ke KL, tapi jemnya dua-dua lane... Keluar rumah pukul 9.45am tersangkut kat hiway Seremban dekat 3jam... tension gak la... lantas saya capai inai pemberian balik haji my ladyboss. Apa lagi..menginai la saya dalam kereta.
Kabarnya 3 biji bas dan beberapa biji kereta gak kena
Ni la bas-bas yang terlibat tu.. jem gler belah nak ke Seremban pasai apa lak kan... Dengar kata ada yg nak ambil no ekor... hemmm...macam-macam..
Oleh kerana kemalangan ini kami sampai Ayer Keroh pukul 2 ptg... tu dia eh... berapa lama perjalanan kami ini  ye... kepala pun naik jem nak mengira berapa lama kata terperangkap dalam jem.  Akhirnya kami pun sampai ler homestay yang dimaksudkan
Belum masuk lagi saya dah snap gambar, nanti lupa lak kan.. ok ..sampai2 je member-member abg kebanyakannya dah sampai... ada sorang je lagi tah mana peginya tak sampai2 walhal masa sms dalam jem tu dia belakang kami dalam 2-3km... kul 4 derang sampai Hahaha!!
Oleh kerana perut dah lapar sebab masing2 tak bawak makanan dari rumah jadi kami pakat pergi Mydin di Ayer Keroh, pegi la foodcourtnya.. No bad...cantek n bersih la juga... jadi kami pun makan-makan kat situ... 
Kelihatan kak Yusniza dan kak Hilda tgh rancak berbual...masa ni dah abis makan dah... tgk pinggan mangkuk kat sikit bersihhh je... tau kan makna bersih tu...sedap ler tu...

Danish dan Raja Amir, dah lama derang tak jumpa Danish mmg suka sangat.
Abg n saya share makan sambil2 tu tukang abiskan makanan anak2 yg mana tak abis... Eh..Abg...perasan tak kita sedondong ler... Yeaaahh..sedondong!! Bukan senang nak sedondong dgn En Abg saya ni... dia bukan suke... Hihihi
Lepas kami makan, Kak maz pun sampai dgn familynya jumpa kat Mydin ni ler... kami soping sikit kat sini sampai lak kul 7mlm. Penat ..penat pun abis la juga hengget dok soping kat Mydin. Hehehe
Ok lepas ni saya nak cerita kami pergi ke UMBAI pulak... tunggu ye. :)



Full content generated by Get Full RSS.

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


ANGIN PERUBAHAN: Siapa Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2012 08:58 PM PST

 Demo SMM di depan parlimen pada 2005
Jadi mengapa perlu AUKU dihapuskan lagi. Kerana dengan sistem AUKU yang sedia ada pun seorang pelajar boleh menghantar mengusung keranda, hantar memorandum, caci polis, maki pemimpin negara, rempuh pintu klinik dan keluarkan kenyataan dalam surat khabar, Facebook, Twitter dan Youtube untuk mengkritik secara sesedap hati.
Hanif Baderun atas kapasiti sebagai Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya pada tahun 2005 telah memberikan guideline apakah kriteria yang perlu ada pada seorang Naib Canselor dalam Forum Utusan Malaysia. Cukup berdemokrasi akhbar Malaysia. Adam kutuk polis sebagai anjing dalam Twitter, apakah ini tidak cemarkan nama UPSI? Jadi kebebasan bersuara bagaimana lagi yang dicari oleh mahasiswa ?
Abang pecah pintu pejabat HEP, adik diajar pecah pintu klinik.

Demokrasi dalam parti pembangkang telah mengangkat bekas aktivis pelajar anti establishment di Australia menjadi pemimpin dalam organisasinya. Tian Chua adalah pemimpin National Overseas Student Collective (NOSCA) pada tahun 1985. Tian Chua menganjurkan demonstrasi menentang pengenalan yuran $250 untuk pelajar-pelajar yang belajar Australia pada 25 Mac 1987 di Sydney.
Tian Chua menjadi penentang yang kuat kepada dasar kerajaan Australia di bawah pimpinan Bob Hawke pada masa tersebut. Kini menyelaraskan SUARAM dan HAKAM secara tidak langsung. Ayah kepada DEMA. Ginie Lim ( bekas Exco MPP USM sesi 2002/03 ) sekarang ini dilantik oleh Tian Chua (Ketua Penerangan PKR) sebagai AJK Biro Penerangan PKR. Ginie Lim juga adalah bekas Setiausaha Perhubungan Awam DEMA. Persatuan Mahasiswa Islam memilih seorang Setiausaha SMM yang telah mengeluarkan kenyataan menyokong Ayah Pin.
Ginie Lim berkempen di pilihan raya kecil di Machap pada 2007,kemudian pada 2008, beliau pula dicalon menjadi calon PKR di Machap tetapi kalah. Ini bukti kebebasan untuk berpolitik sudah ada. Masuk PKR selepas keluar dari universiti. 

Ginie Lim (Setiausaha Perhubungan Awam, DEMA) telah mengeluarkan kenyataan media pada 8 Julai 2005 mendesak supaya Kerajaan Malaysia mengkaji semula penahanan Ayah Pin dan 21 orang pengikutnya yang tidak menurut perlembagaan persekutuan. Apakah PMI setuju dengan kenyataan Ginie Lim ini?
Menurut DEMA setiap warganegara Malaysia menurut Artikel 3 (1), Perlembagaan Malaysia boleh mengamalkan sebarang agama dalam keadaan bebas dan harmoni di negara ini. Kenyataan ini memohon Kerajaan Malaysia membenarkan pengamalan agama yang bebas di kalangan rakyat. Kerajaan tiada hak untuk menghalang agama versi Ayah Pin. Agama ialah hak individu dan setiap individu berhak menentukan takdirnya sendiri. Penggunaan ISA untuk menahan Ayah Pin turut dikecam oleh Ginie Lim.
Kader-kader PAS di IPT yagn kini sudah jadi pemimpin PAS.

Ayah PMI pula warnanya hijau. Maka lahirlah SMM yang berideologi hijau pada kepalanya tetapi badannya berwarna biru muda bertatah bulan yang lebam. PMI telah diperkudakan oleh DEMA yang lebih mendominasi SMM. Seharusnya PMI memerintah SMM secara mutlak bukannya DEMA.

SMM bukanlah wadah rasmi pelajar di kampus. Mahasiswa harus bersatu padu menolak SMM yang berideologi hijau di kampus. Mereka adalah anak asuhan pembangkang sejak 2005 lagi, kini mereka mahu tuntut kebebasan kononnya. Sedangkan SMM itu sendiri dikongkong oleh orang-orang politik dari PKR, PAS dan DAP. 
Full content generated by Get Full RSS.

Proton Exora Turbo Ditemui <b>Di Machap</b> | sembang-auto.com

Posted: 15 May 2011 01:05 AM PDT

May 15th, 2011 by admin

Proton Exora turbo dijumpai di RnR Machap oleh Bro Amir. Menurut beliau, pemandunya berbangsa India tidak mahu melayan pertanyaan beliau mengenai Exora turbo ini. Sungguh professional staff Proton bekerja. Beberapa bahagian yang digelapkan atau dilindungi tape adalah bahagian yang berubah dari segi luaran namun apa yang ditunggu-tunggu ialah enjinnya iaitu enjin Campro CFE 1.6liter turbocharged dan juga kotak gear CVT. Enjin turbocharged Proton menghasilkan kuasa 138hp dan 205Nm tork amat sesuai digunakan untuk Exora. Pelancarannya dijadualkan sebelum Hari Raya Puasa namun beberapa khabar angin menyatakan pelancarannya ditunda hingga bulan November depan.

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

Dewan Negara Sesi Disember 2011 – Statistik tahanan <b>di</b> Pusat <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2011 12:24 AM PST

SOALAN:

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:

(a)       statistik tahanan di Pusat Tahanan Simpang Renggam Johor dan Machap Umboo di Melaka sehingga kini mengikut kaum dan kesalahan; dan

(b)       mengapa tahanan ini tidak didakwa di bawah Kanun Keseksaan bagi membolehkan mereka dibicarakan di mahkamah.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini,

(a)       Berdasarkan statistic Jabatan Penjara Malaysia pada 18 November 2011, terdapat seramai 1,191 orang tahanan sedang ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Rengam, Johor. Daripada jumlah tersebut, seramai 433 orang adalah keturunan Melayu, 213 orang adalah keturunan Cina, 367 orang adalah keturunan India dan 91 orang adalah daripada lain-lain keturunan. Manakala 87 orang pula adalah terdiri daripada warganegara asing.

Mereka ini telah dikesan atas kesalahan gangsterism, pergaduhan, samun, penculikan, penipuan, dan pelacuran serta lain-lain kegiatan yang memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam. Terdapat juga di antara mereka yang ditahan atas kesalahan dadah.

Manakala statistik di Depot Machap Umboo, Melaka pada 25 November 2011 menunjukkan terdapat seramai 312 rakyat warga asing yang telah ditahan di bawah Akta Imegresen 1959.

(b)       Tahanan di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor adalah tahanan di bawah undang-undang pencegahan yang bertujuan untuk menjalani pemulihan dan bukannya sebagai hukuman. Manakala tahanan di Depot Machap Umboo merupakan tahanan sementara warga asing untuk proses penghantaran pulang.

Explore posts in the same categories: Parliament Full content generated by Get Full RSS.

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


Hidupku hidup orang biasa...: Kapal Selam <b>di Klebang</b>

Posted: 14 Jan 2012 06:56 AM PST

(cuba berfikir dengan pandangan berbeza dari orang lain)

Saya ini agak ketinggalan juga.

Bila terlihat program Majalah 3 tentang muzium kapal selam di Klebang, baru tahu kewujudannya. Sempat juga lihat bagaimana susahnya kapal itu diangkut hingga sampai di Klebang.

Ramai yang menyatakan kekaguman dan kegembiraan disebalik kejayaan membawa kapal selam itu ke Malaysia.


Namun saya cuba untuk berfikir dari sisi dan pandangan yang lain.

Berapa kos yang telah dibelanjakan untuk memindahkan kapal selam itu ke sini?

Apakah perkara itu tindakan yang perlu dilakukan?

Saya juga suka melihat barang antik dan lama. Teruja juga nak melihat sendiri di depan mata kapal selam itu.

Tapi terfikir juga adakah benda itu satu keperluan yang mendesak?

Maksudnya kalau kita lihat konsep barang dalm ekonomi Islam:
Daruriyyah :  benda yang mesti ada. Tanpanya, maka boleh membawa kepada kemudaratan yang besar dan mengancam nyawa.
Hajiyyat: Kalau tiada, tidak sampai membawa kepada kemudaratan yang besar dan mengancam nyawa. Namun kehadirannya pasti banyak membantu, memudahkan.
Tahsiniyyat: Kehadirannya lebih kepada keselesaan.
Tarafiyyah - barang yang mewah
mudharat : merbahaya dan merosakkan.

Dalam ekonomi Islam, kita sebagai pengguna perlu mengelakkan dan mengurangkan barang mewah dan mudarat.

Jadi pada pandangan anda, dalam kategori mana kapal selam antik itu berada?

Kalau dilihat kepada situasi ekonomi pada hari ini, adakah pelaburan yang dikeluarkan ini berbaloi?

p/s: teringin nak naik kapal sekitar coral triangle.

Full content generated by Get Full RSS.

Main layang-layang <b>di</b> Dataran 1 Malaysia, <b>Klebang</b> | ~Blog Yus <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2012 05:22 PM PST

Ini aktiviti anak-anak aku petang Isnin yang lalu.
Mereka ke Dataran 1 Malaysia di Klebang Melaka.
Atok ayahnya yang sibuk mengajak, apa lagi sukalah budak-budak tu.
Aku tak turut serta sebab malas...hihi.

SRD bawa anak-anaknya pergi bersama Tok Ayah dan juga Pakngah mereka.
Sampai sana sibuk nak main layang-layang.
Dapatlah sorang satu layang-layang pelbagi bentuk dan warna.
Alia dengan layang-layang barbie nya, Abid pula angry birds, Aqil macam bentuk helang aje.

Macam biasa layan gambar lah ya.



Hari ini sudah kembali ke BP.
Layang-layang semua tinggal di rumah atok ayah.
Abahnya kata tak perlu bawa balik.
Balik Melaka aje, baru pergi main layang-layang.
Muka Alia paling muncung....huhu.

Takpe ya anak-anak.
Lain kali balik rumah atok ayah dan maktok kita main lagi kan.
Nanti ibu pun nak turut serta....

p/s: Rasa sunyi sepi pulak blog ya?Semua orang masih bercuti ke?Jumlah new update tak meriah macam selalu pun?

Full content generated by Get Full RSS.

<b>Klebang</b> Centre Point meningkatkan taraf kehidupan dan ekonomi <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2012 04:49 AM PST

Pembangunan Klebang Centre Point di Klebang di kawasan seluas 4.6 hektar dijangka meningkatkan taraf kehidupan dan ekonomi penduduk setempat.

Hypermarket Econsave yang menelan kos sebanyak RM18 juta akan menjadi tunjang utama pembangunan ekonomi di kawasan ini berdasarkan sambutan orang ramai di gedung-gedung yang sama di seluruh negara,

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, pembinaan Econsave yang dijangka siap pada pertengahan tahun 2013 akan menjadi nadi penggerak utama di kawasan Klebang Centre Point.

"Hypermarket itu antara projek utama yang akan dibina di dalam kawasan pembangunan komersial di Klebang seluas 4.6 hektar itu,"katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian antara Kumpulan Liew Yin Yin dan Econsave Cash & Carry Sdn Bhd dan Majlis Pelancaran 'Klebang Centre Point'.

Perjanjian itu ditandatangani Pengarah Kumpulan Liew Yin Yin, Ir Don Liew Mun Hon dan Pengarah Eksekutif Econsave, Lai Sia Ling.

Roshid berkata, kerjasama strategik antara dua syarikat gergasi terbabit membuktikan kawasan bandar raya itu bakal menjadi tumpuan pelaburan pembangunan, ekonomi dan sosial.

"Bagi penduduk tempatan pula, pada permulaan, hypermarket ini akan menawararkan 150 peluang pekerjaan,"katanya.

Dalam pada itu, Roshidi berkata, sebuah hotel bajet juga akan dibangunkan yang akan menjadi titik permulaan kepada aspek pelancongan.

Selain hotel bajet, pihaknya turut menerima cadangan dan permohonan membuka sebuah restoran makanan segera pandu lalu di kawasan ini.

"Pada masa ini, pembinaan Sekolah Rendah Poi Lam sedang berjalan rancak dan ianya dijangka siap sebelum hujung tahun ini,"katanya.

Jelasnya, kedudukan Klebang Centre Point yang strategik ini bakal menjadi tumpuan para pengguna kerana ia dibina di laluan utama ke kawasan Meru Raya.

Full content generated by Get Full RSS.

04 di umbai - Google Blog Search

04 di umbai - Google Blog Search


.yana lyana.: Makan-makan <b>di Umbai</b>, Melaka

Posted: 06 Jan 2012 03:00 AM PST

Dah lama tak makan ikan bakar berserta nasi lemak. Haritu kami sekeluarga semua nak makan besar ala-ala nak sambut harijadi abah. Padahal bila tiba harijadi sesiapa, semua pun terkena tempias makan besar. Sebenarnya memang nak makan kat luar tapi pura-pura je eh kan harijadi abah? jom makan kat luar lah. hehe..Nak sambut harijadi abah konon, padahal masing-masing makan feeling harijadi sendiri. ekekeke.. :p

Ewah. Berpantun segala. Baiklah. Terima kasih Orang Melaka.
Sampai sana dalam pukul 8 malam macam tu. Ramai sangat orang. Penuh semua kedai ok. Medan selera umbai ada dua kan uols? Umbai baru dan umbai lama kan? Entah lah ye ke tak, aku dengar abah cakap macam tu, aku pun ye kan aje lah umbai baru umbai lama. hehehe..
So kitorang terjah umbai baru. Sampai-sampai dah disapa bayu laut tau. Bau pun hanyir je. haha...Ye lah. Kata tepi jeti kan. Hanyir pun hanyir lah yang penting masing-masing perut dah takleh blah laparnya. :p
Nak cop meja agak mencabar juga. Kena peka ok tengok sana sini meja mana orang dah habes makan. Pastu tunggu kat tepi meja tu sampai orang bangun. Walau agak annoying tapi terpaksa uols. Kalau tak memang menangis lah ko tunggu meja mana yang kosong untuk ko. So bila dah berjaya dapat meja, pergi pilih-pilih ikan, sotong, ketam semua tu. *Kau tengok perempuan baju biru tu. Kemain excited. Rasa nak lempang je. hahaha... :p 
Nak tunggu makanan siap pun jadi cabaran jugak. Dia kasi hidang nasi lemak panas je uols. Ohh tak tahan ok. Bau nasi lemak pun dah menggoda nafsu tau. Tapi masing-masing cover iman uols. Pegang-pegang je nasi lemak tu tak bukak-bukak. Tegar tunggu ikan bakar! hee....
Serius masa tu kelaparan yang amat sebab dari siang tadi memang saja makan tak berapa makan sebab nak biar perut kosong supaya dapat makan dengan pelahapnya di Umbai tu. Perangai masing-masing hampeh je kan. hehe... 
Akhirnya semua tewas juga uols. Mula-mula sebungkus pastu eh sebungkus lagi? :p
Nasi lemak dia memang sedap. 5 bintang aku bagi. Nasi memang rasa lemaknya, lembut pulak tu. Sambal pun sedap amat! Bau pun sangat bau daun pisang. (apakah?) Betapa aku nak kata yang nasi lemak ni sedap tau. hehe...
Abah yang mula-mula jual mahal pun akhirnya tergoda juga dengan nasi lemak tu. :p

Jeng jeng jenggg.. Sampai juga semua makanan. Aumm! hehe...
Sotong goreng tepung, pepahat masak cili, ikan terubuk bakar, ikan pari bakar, ikan siakap sweet sour, ketam masak blackpepper, prawn butter, sayur-sayur sikit. Hambik. Makan lah ko sampai muntah. Saiz ikan dah la bukan kecik-kecik semuanya. :p

Settle semua kecuali ikan pari. Oh ikan siakap juga. Memang tak larat nak masuk dah. Dah tuu, memasing pulun nasi lemak berbungkus-bungkus terutama Naim, mana nak laratnya. Eh tetiba salahkan Naim? ekekeke.. :p
Kitorang nak balik, orang yang baru datang makin ramai. Macam pesta ok. Masa tu dah tak kesah langsung orang ramai ke tak sebab perut kitorang macam nak meletup dah kekenyangan. Fikir nak tido dalam kereta je masa tu. hehe...

Ikan-ikan yang tak habes tadi kitorang tapau. Boleh sambung melantak lagi kat rumah nanti. eh? :p
Dan sebelum bertolak pulang, Pami sebagai driver dah kasi warning awal-awal, engkorang jangan tido bia aku drive sensorang ehh...
So kitorang yang terpaksa ni pun layan lah berborak dengan Pami sepanjang perjalanan sambil mata tertutup. (Tidur dalam iman uolss) ekekeke.. :p

Bye. :)

Full content generated by Get Full RSS.

Makan angin <b>di Umbai</b> dan Bandar Hilir, Melaka | SweetFamily

Posted: 01 Dec 2011 04:33 PM PST

Cuti Maal Hijrah yang lepas daku balik ke Pahang, 
cuti panjang kan bosan rasanya duk di rumah sahaja. 
Hubbyku plan nak bwk mak daku dan maknya ke Melaka. 
Korang tau daku dan hubby sekampung kan? Hihi... 
So senangla nk jenjalan kan, dua2 duk berdekatan, 
skali jalan kata org tu...
Mak2 kami ni tingin nk mkn kt Umbai, 
so bergerakla kami ke sana dgn 2 kereta. 
Lihat sajalah gelagat masing2 yang pantang nmpk kamera hihi...
memang sronok sbb kan mcm2 
peninggalan sejarah ada kat Melaka. 
Keadaan hujan lebat membataskan pergerakan kami. 
Ditambah dengan jem teruk 
sebab cuti skola mmg orgnya ramai kan..
Time ni mak dan mertuaku sopping hehehe
Yang peliknya takde pulak gambar mak dan mertuaku
hehehhe, watak utama dlm citer ni plak tu hahaha
Hehehhe takpela janji dah tunaikan impian diorg
nak pegi jalan2 kt Melaka tercapai kan
P/S : Tuan Belog pegi visit lagiiii 
Full content generated by Get Full RSS.

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


Teko Kopi: CERAMAH MAHFUZ TAK LAKU <b>DI DURIAN TUNGGAL</b> <b>...</b>

Posted: 25 Oct 2011 10:14 AM PDT

MAHFUZ OMAR ker nihh..!!! laaaaaa...!!!aku ingat KELING maner tadi....hehehe...Dengar cerita Dato Mampus ...oppsss sorry...Yg Bhg Dato Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS telah mengadakan CERAMAH HARAM di Kg Pdg Kerbau di DUN Durian Tunggal pada 23 Oktober 2011 lalu...aku kata CERAMAH HARAM kerana mereka tak mohon pun permit untuk mengadakan ceramah ni...ikut suka mak bapak dia jer....macam orang takder undang2... memang mcm tu lar tebiat mereka nie..kalu polis halang, mereka akan kata UMNO yang suruh...hai...!!!.kalu mohon betul2 ikut prosidur kan senang, bukannya tak lulus...tapi mmg malas nak mohon kot...!!! kan diaorang ni semua memang malas, yang dia orang rajin cuma MENIPU jer... :)
 Asalnya ceramah ni nak diadakan di Kg Panchor tapi tak jadi sebab dihalau oleh orang kampung...keh3..!!! Mahfuz pulak kata ceramah tak jadi disana sebab Senator yang baru dilantik, Senator Baharudin Abu Bakar dari Kg Panchor telah menghalang ceramah tersebut dari diadakan di Kg Panchor...MENIPU lagik ko.!!! patutnya Si Mahfuz nie kena bersyukur ceramah tak jadi di Kg Panchor kerana orang kampung yang dekat ngan tempat ceramah dah pakat2 nak pasang bendera BARISAN NASIONAL sebanyak2nya disekeliling pagar rumah mereka...mereka nak kasi Mahfuz fening skit...hehehe..
Nak tau apa INTIPATI ceramah si Mampus (oppss sorry, salah lagik) si Mahfuz nie..??? Biasalar INTI DAN PATInya memang takder pun...kosonggggg..!!! yang ada cuma kata sana tak betul, sini tak betul, yang betul pun tak betul, kira dia sorang saja yang betullll...Si Mahfuz kata orang kampung jangan percaya kepada KHURAFAT POLITIK...iaitu mempercayai hanya Barisan Nasional sahaja yang bule mentadbir Negara dengan baik...perghhh!!! KHURAFAT POLITIK..??? kira pakai istilah agama skit lar yer?, nanti bila orang kg dengar akan rasa gerun skit...ermmm...apalah BODOH sangat ko nie...!!! orang kg kat DUN Durian Tunggal nie tak bule lar korang nak takut2kan ngan istilah2 mcm tu...orang kampung kat Durian Tunggal nie memang yakin dan percaya hanya Barisan Nasional saja lar yang bule mereka bergantung harap untuk meneruskan kesinambungan politik Melayu Islam dan kesejahteraan rakyat Malaysia nie...bukan mcm PAS yang jadi pencacai dan parti kasta paling rendah dalam Pakatan Pembangkang.
Ha...!! yang nie lagi sorang...Adly Zahari namanya...Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka yang diwar2kan sebagai calon PAS di DUN Durian Tunggal...cakap memang pandai...berdentam dentum..!!! dan sekarang nie dah macam orang gila pusing satu DUN Durian Tunggal jumpa orang.Haii..??? kata BN nie bila dah nak PRU baru sibuk pergi sana sini jumpa pengundi, ko pun sama saja...kata dulang paku serpih.. Kata budak Adly,  baru baru nie dia pergi melawat satu keluarga India di sana dan teramat lar sedih melihat keluarga tersebut hidup dalam keadaan daif, tido atas tikar jer, anak2 pun tak kesekolah dan tak mendapat pembelaan dan bantuan yang sewajarnya dari BARISAN NASIONAL...erm...MENIPU jugak ko yer..!!! atau ko kena TIPU ngan India tu kot?


Untuk maklumat Encik Adly, kawan India kita nie menerima bantuan kewangan bulanan dari PEMBELA dan juga bantuan bulanan makanan...Ketua MIC kat sana sering membantu keluarga ini dan anaknya tidak dapat bersekolah kerana masalah dokumen kelahiran dan sekarang sedang diusahakan..Si India nie pun sebenarnya kaki arak dan malas nak bekerja dan selalu keluar masuk penjara...abis BN nak tolong mcmana lagi si Adly oiii.???.kalu si bapak nie tak ubah sikap pemabuk dan jenayah dia...dan memikirkan dengan penuh keinsafan untuk melihat keluarganya dan anaknya berjaya dalam kehidupan...dengan lain perkataan TIDAK ADA ORANG YANG BOLEH MERUBAH NASIB KELUARGA DIA MELAINKAN DIRI DIA SENDIRI...orang lain hanya bule memberi bantuan dan menunjukkan arah perubahan itu...ada betullllll...????
Hai...!!! aku nak berleter panjang2 pun dah naik malas lar....jadi korang fikir2 lar sendiri, aku dengar Si Adly ni juga diwar2kan akan menjadi Ketua Menteri Melaka kalu Pakatan Haprak memerintah, hai jangan jadi mcm Negeri Perak dulu lar masa pakatan haprak memerintah...topeng saja PAS tapi yang menggerakkannya DAP...alamat Melayu Melaka kena jual dengan DAP....!!!
INGATTT BANGSA MELAYU....!!!! JANGAN BIARKAN PERKARA ITU TERJADI...!!! AYUH KITA BERSATU MEMBENAMKAN PAKATAN HAPRAK YANG DITERAJUI OLEH DAP INI...!!!
pssttt...cari cari jugak wide angel Ceramah Mahfuz di Kg Pdg Kerbau tapi tak jumpa...sembunyi nampak..??? maklumlar ceramah hanya dihadiri kurang 80 orang...keh3...Mahfuz pun mcm takder mood ajer nak berceramah...tak sampai pun 1/2 jam dia bercakap.... :)
Full content generated by
Get Full RSS.

Pertandingan Menulis Jawi (SR): SK <b>Durian Tunggal</b> Johan

Posted: 04 May 2011 09:16 PM PDT


Adik Nur Shakireen bt. Shaari dari SK Durian Tunggal (Johan) sedang menerima hadiah kemenangan
daripada Tuan Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka.

Seramai 109 peserta Pertandingan Menulis Jawi (sekolah rendah) termasuk 17 dari SJKC telah menyertai pertandingan yang diadakan seawal jam 9.00 pagi ini sempena Karnival Pendidikan Melaka 2011 yang sedang berlangsung di MITC, Ayer Keroh, Melaka.

Aktiviti kelolaan Sektor Pendidikan Islam ini merupakan antara acara awal Karnival Pendidikan pada tahun ini. Ianya telah diadakan bersebelahan dengan pentas utama yang akan menyaksikan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia iaitu  YAB. Tan Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yasin merasmikan karnival ini pada 5 Mei 2011 (Jumaat), jam 3 petang.

Dalam pertandingan kali ini, Adik Nur Shakireen bt. Shaari peserta yang mewakili SK Durian Tunggal telah mengungguli pertandingan apabila telah diisytiharkan sebagai johan. Beliau telah berjaya mengalahkan 108 peserta lain yang bersungguh-sungguh menulis jawi berdasarkan petikan yang diberi dan juga menulis semula kalimah dalam tulisan jawi berdasarkan kemahiran mendengar. Tempat kedua pula dimenangi oleh adik Nur Fadiah Dina bt. Bahrin dari SK Batu Gajah, Merlimau manakala adik Muhd. Hazwan bin Afif dari SK Selandar pula telah mendapat tempat ketiga.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Mohmd, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka.

[ KOLEKSI GAMBAR ]

Full content generated by Get Full RSS.

KETUA CAWANGAN & SAYAP DUN <b>DURIAN TUNGGAL</b> ~ Datuk <b>...</b>

Posted: 29 Dec 2011 08:21 PM PST


KM 22.5, JLN MAKMOR,KG PANCHOR, 76100 DURIAN TUNGGAL,MELAKA
BT 14, KG PANCHOR, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
YB SENATOR BAHARUDIN BIN ABU BAKAR
KM 22, KG PANCHOR, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
BT.14, KG PANCHOR, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
2502, JLN MERAK EMAS, 76100 DURIAN TUNGGAL,MELAKA
KM 21, KG PANTAI BELIMBING, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
PARIT MELANA, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
ANIS BAIZURA BTE ABD RASHID
NO.48, JLN SERI TUAH, PANTAI BELIMBING, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
KG BERINGIN, 76100 DURIAN TUNGGAL,MELAKA
KM 22, KG BERINGIN, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
BG 116, JALAN INANG SARI 4, TAMAN INANG SARI, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
BG 112, JLN INANG SARI 4, TMN INANG SARI
(RMH AWAM BERINGIN ), 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
BB 22, JALAN BELIMBING, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
HJH SHARIFAH BINTI SULAIMAN
KM 19, KG BELIMBING DALAM, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
KM 12, KG BELIMBING DALAM, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
104, BATU 12, KG BELIMBING DALAM, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
TN HJ ROSLAN BIN HJ AHMAD
KG GANGSA, 76100 DURIAN TUNGGAL MELAKA
KG PULAU, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
NO.60, BT 11 KG PULAU, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
BT 11, KG PULAU, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
CAWANGAN DURIAN TUNGGAL UTARA
TN HJ MOHD ALEN BIN HJ MUSA
KM 16, KG PADANG KELADI, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
KM 16, KG PADANG KELADI, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
KM.16, KG PADANG KELADI, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
KM 16, KG PADANG KELADI, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
  CAWANGAN DURIAN TUNGGAL SELATAN
FATANAH BIN DATUK HJ AHMAD
BT 10 ½, KG PADANG KERBAU, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
PN HJH ROHANI BINTI HJ ABD WAHID
BATU 7.5, KG GANGSA, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
KM.16, KG PADANG KERBAU, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
KM 17, BUKIT TAMBUN, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
DATUK HJ JAAFAR BIN JANTAN
BT 7 ½, JLN MAT AMIN, KG GANGSA, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
NO.3023, JLN 8, TMN ANGKASANURI, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
NO.89, BT 7 ½, KG GANGSA, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
NURZARIZAH BTE DATO' JAAFAR
BATU 7 ½, KG GANGSA, JLN MAT AMIN, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA BATU 7 ½, KG GANGSA,
BT 10 ½, KG PADANG KERBAU, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
NO.9725, BLOK D, TMN SRI SIANTAN, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
NO.7452, BLOK E, TMN SRI SIANTAN, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
BT 16, KG BUKIT TAMBUN, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
CAWANGAN PANTAI BELIMBING
KG PARIT MELANA, DURIAN TUNGGAL, MELAKA
KM 22, KG ULU SERAJA, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
BT 13 ½, KG PANTAI BELIMBING, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
BATU 13 ½, KG PARIT MELANA, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
LOT 630, BUKIT BALAI JLN DURIAN TUNGGAL, 76100 MELAKA
BATU 9, KG BUKIT BALAI, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
BT 9 ¾, KAMPUNG BUKIT BALAI, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
SUZI NORZAIHAN BTE HANAFI
BATU 9, KG BUKIT BALAI, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
Full content generated by Get Full RSS.

ads