04 di machap - Google Blog Search |
- ANGIN PERUBAHAN: Siapa Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM <b>...</b>
- Proton Exora Turbo Ditemui <b>Di Machap</b> | sembang-auto.com
- Dewan Negara Sesi Disember 2011 – Statistik tahanan <b>di</b> Pusat <b>...</b>
ANGIN PERUBAHAN: Siapa Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM <b>...</b> Posted: 10 Jan 2012 08:58 PM PST Demo SMM di depan parlimen pada 2005 Jadi mengapa perlu AUKU dihapuskan lagi. Kerana dengan sistem AUKU yang sedia ada pun seorang pelajar boleh menghantar mengusung keranda, hantar memorandum, caci polis, maki pemimpin negara, rempuh pintu klinik dan keluarkan kenyataan dalam surat khabar, Facebook, Twitter dan Youtube untuk mengkritik secara sesedap hati. Hanif Baderun atas kapasiti sebagai Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya pada tahun 2005 telah memberikan guideline apakah kriteria yang perlu ada pada seorang Naib Canselor dalam Forum Utusan Malaysia. Cukup berdemokrasi akhbar Malaysia. Adam kutuk polis sebagai anjing dalam Twitter, apakah ini tidak cemarkan nama UPSI? Jadi kebebasan bersuara bagaimana lagi yang dicari oleh mahasiswa ? Abang pecah pintu pejabat HEP, adik diajar pecah pintu klinik. Demokrasi dalam parti pembangkang telah mengangkat bekas aktivis pelajar anti establishment di Australia menjadi pemimpin dalam organisasinya. Tian Chua adalah pemimpin National Overseas Student Collective (NOSCA) pada tahun 1985. Tian Chua menganjurkan demonstrasi menentang pengenalan yuran $250 untuk pelajar-pelajar yang belajar Australia pada 25 Mac 1987 di Sydney. Tian Chua menjadi penentang yang kuat kepada dasar kerajaan Australia di bawah pimpinan Bob Hawke pada masa tersebut. Kini menyelaraskan SUARAM dan HAKAM secara tidak langsung. Ayah kepada DEMA. Ginie Lim ( bekas Exco MPP USM sesi 2002/03 ) sekarang ini dilantik oleh Tian Chua (Ketua Penerangan PKR) sebagai AJK Biro Penerangan PKR. Ginie Lim juga adalah bekas Setiausaha Perhubungan Awam DEMA. Persatuan Mahasiswa Islam memilih seorang Setiausaha SMM yang telah mengeluarkan kenyataan menyokong Ayah Pin. Ginie Lim berkempen di pilihan raya kecil di Machap pada 2007,kemudian pada 2008, beliau pula dicalon menjadi calon PKR di Machap tetapi kalah. Ini bukti kebebasan untuk berpolitik sudah ada. Masuk PKR selepas keluar dari universiti. Ginie Lim (Setiausaha Perhubungan Awam, DEMA) telah mengeluarkan kenyataan media pada 8 Julai 2005 mendesak supaya Kerajaan Malaysia mengkaji semula penahanan Ayah Pin dan 21 orang pengikutnya yang tidak menurut perlembagaan persekutuan. Apakah PMI setuju dengan kenyataan Ginie Lim ini? Menurut DEMA setiap warganegara Malaysia menurut Artikel 3 (1), Perlembagaan Malaysia boleh mengamalkan sebarang agama dalam keadaan bebas dan harmoni di negara ini. Kenyataan ini memohon Kerajaan Malaysia membenarkan pengamalan agama yang bebas di kalangan rakyat. Kerajaan tiada hak untuk menghalang agama versi Ayah Pin. Agama ialah hak individu dan setiap individu berhak menentukan takdirnya sendiri. Penggunaan ISA untuk menahan Ayah Pin turut dikecam oleh Ginie Lim. Kader-kader PAS di IPT yagn kini sudah jadi pemimpin PAS. Ayah PMI pula warnanya hijau. Maka lahirlah SMM yang berideologi hijau pada kepalanya tetapi badannya berwarna biru muda bertatah bulan yang lebam. PMI telah diperkudakan oleh DEMA yang lebih mendominasi SMM. Seharusnya PMI memerintah SMM secara mutlak bukannya DEMA. SMM bukanlah wadah rasmi pelajar di kampus. Mahasiswa harus bersatu padu menolak SMM yang berideologi hijau di kampus. Mereka adalah anak asuhan pembangkang sejak 2005 lagi, kini mereka mahu tuntut kebebasan kononnya. Sedangkan SMM itu sendiri dikongkong oleh orang-orang politik dari PKR, PAS dan DAP. |
Proton Exora Turbo Ditemui <b>Di Machap</b> | sembang-auto.com Posted: 15 May 2011 01:05 AM PDT May 15th, 2011 by admin Proton Exora turbo dijumpai di RnR Machap oleh Bro Amir. Menurut beliau, pemandunya berbangsa India tidak mahu melayan pertanyaan beliau mengenai Exora turbo ini. Sungguh professional staff Proton bekerja. Beberapa bahagian yang digelapkan atau dilindungi tape adalah bahagian yang berubah dari segi luaran namun apa yang ditunggu-tunggu ialah enjinnya iaitu enjin Campro CFE 1.6liter turbocharged dan juga kotak gear CVT. Enjin turbocharged Proton menghasilkan kuasa 138hp dan 205Nm tork amat sesuai digunakan untuk Exora. Pelancarannya dijadualkan sebelum Hari Raya Puasa namun beberapa khabar angin menyatakan pelancarannya ditunda hingga bulan November depan. Full content generated by Get Full RSS. |
Dewan Negara Sesi Disember 2011 – Statistik tahanan <b>di</b> Pusat <b>...</b> Posted: 14 Dec 2011 12:24 AM PST SOALAN: Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan: (a) statistik tahanan di Pusat Tahanan Simpang Renggam Johor dan Machap Umboo di Melaka sehingga kini mengikut kaum dan kesalahan; dan (b) mengapa tahanan ini tidak didakwa di bawah Kanun Keseksaan bagi membolehkan mereka dibicarakan di mahkamah. JAWAPAN: Tuan Yang Di-Pertua, Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, (a) Berdasarkan statistic Jabatan Penjara Malaysia pada 18 November 2011, terdapat seramai 1,191 orang tahanan sedang ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Rengam, Johor. Daripada jumlah tersebut, seramai 433 orang adalah keturunan Melayu, 213 orang adalah keturunan Cina, 367 orang adalah keturunan India dan 91 orang adalah daripada lain-lain keturunan. Manakala 87 orang pula adalah terdiri daripada warganegara asing. Mereka ini telah dikesan atas kesalahan gangsterism, pergaduhan, samun, penculikan, penipuan, dan pelacuran serta lain-lain kegiatan yang memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam. Terdapat juga di antara mereka yang ditahan atas kesalahan dadah. Manakala statistik di Depot Machap Umboo, Melaka pada 25 November 2011 menunjukkan terdapat seramai 312 rakyat warga asing yang telah ditahan di bawah Akta Imegresen 1959. (b) Tahanan di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor adalah tahanan di bawah undang-undang pencegahan yang bertujuan untuk menjalani pemulihan dan bukannya sebagai hukuman. Manakala tahanan di Depot Machap Umboo merupakan tahanan sementara warga asing untuk proses penghantaran pulang. Explore posts in the same categories: Parliament Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di machap - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan