Rabu, 1 Februari 2012

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Taiping Mali: Jenazah Izwan akan dikebumikan <b>di Jasin</b> esok pagi

Posted: 20 Jan 2012 08:51 AM PST

Allahyarham  Izwan Pilus yang meninggal dunia petang tadi di hospital Ampang akan disemadikan di kampung keluarga mereka di Jasin Melaka esok pada jam 10 pagi esok.
Full content generated by Get Full RSS.

Izwan Pilus selamat dikebumikan <b>di Jasin</b>, Melaka

Posted: 04 Jan 2012 12:00 AM PST

Jenazah Izwan Pilus atau nama sebenarnya, Khairil Izwan Pilus, 33, telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Palembang Nyalas Kampung Gubah, Jasin kira-kira jam 11 pagi.

Izwan Pilus meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada darah. Ada yang melaporkan ia akibat penyakit kencing tikus. Allahyarham yang merupakan bekas finalis Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006 dimasukkan ke Hospital Ampang pada awal pagi semalam selepas mengalami sesak nafas.


Keadaan Izwan semakin kritikal pada waktu petang sebelum beliau meninggal dunia di hospital tersebut pada pukul 6.15 petang.

Pengebumian Izwan Pilus turut dihadiri ramai artis tanah air termasuk peserta Akademi Fantasia (AF) iaitu Hafiz dan Akim serta tenaga pengajar AF, Siti Hajar.

Aril yang merupakan bekas peserta AF7 berkata, pemergian abangnya begitu dirasai malah seolah-oleh seperti suatu mimpi.

"Sudah tiga tahun saya tinggal bersama arwah di Ampang sejak mula menceburi bidang seni dan sudah tentu rindu dengan gurau senda arwah...saya juga terkilan kerana tidak sempat merakamkan duet bersamanya walaupun perancangan itu ada," katanya sedih.

Full content generated by Get Full RSS.

Izwan Pilus Dikebumikan Hari Ini <b>Di Jasin</b>,Melaka | 2DayBlogger.Com

Posted: 20 Jan 2012 04:32 PM PST

SHAH ALAM – Penyanyi lagu Kembali Senyum, Izwan Pilus mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.15 petang tadi, di sebuah hospital di Ampang, disyaki akibat jangkitan kuman di dalam darah.

Perkara itu disahkan adiknya, Aril Akademi Fantasia 7 (AF7) menerusi mesej Twitternya.

Izwan atau nama sebenarnya, Khairil Izwan Pilus merupakan bekas peserta Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006.

Sementara itu rakan baiknya, Hairi memberitahu, arwah dikejarkan ke hospital malam tadi selepas mengadu sesak nafas.

Jenazah dibawa ke kampung halamannya di Jasin, Melaka untuk dikebumikan pagi esok.

Arwah sebelum ini, menerusi Twitternya pernah mengadu masalah kesihatan.

Antaranya, tulisan terakhir 18 Januari lalu antara lain berbunyi: "Tidak Lena tidor malam tadi sebab perut 'bloated' dek minum protien… Huh!! 'So I need my sleep now'!!!"

Allahyarham merupakan bekas finalis Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006 dan popular dengan lagu berjudul 'Kembali Senyum', sebuah lagu asal daripada drama Korea 'Full House' yang diadun semula dalam versi Melayu.

Pada Disember lalu, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada empat beradik, bersama adiknya, Aril, dimasukkan ke hospital Pusrawi selepas
demam panas berpanjangan selama seminggu.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads