Sabtu, 13 Ogos 2011

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


PROGRAM JERAYAWARA BAHASA <b>DI</b> SMK <b>AYER KEROH</b> - WADAH KETERAMPILAN <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2011 05:51 AM PDT




Tarikh: 6 Julai 2011 (Rabu)
Masa : 8.30 - 11.45 malam
Tempat: D'Village Resort, Ayer Keroh.
Terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam program tersebut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di masjid tanah - Google Blog Search

04 di masjid tanah - Google Blog Search


BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI MELAKA: Memperkasa <b>...</b>

Posted: 08 Aug 2011 02:32 AM PDT

Gambar sekitar Ziarah di Masjid Tanah (6 Ogos 2011)






Gambar sekitar Ziarah di Kota Melaka (7 Ogos 2011)



Tn Hj Adly Zahari
Pesuruhjaya PAS Melaka

Sumber>> Blog Pesuruhjaya PAS Melaka

[admin]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di tanjung kling - Google Blog Search

04 di tanjung kling - Google Blog Search


Satiraku Sendiri: Kenangan <b>Di</b> Shah&#39;s Beach Resort, <b>Tanjung Kling</b>.

Posted: 03 Jun 2011 05:25 PM PDT

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga berbengkel selama seminggu di Shah's Beach Resort (SBR). Minggu yang sangat mengujakan serta memberi impak yang sangat besar kepada aku. Ya, sangat terkesan kata-kata yang dilontarkan oleh para fasilitator yang juga merupakan penulis-penulis mapan dah punya nama di arena sastera negara. Banyak benda dan perkara yang dipelajari daripada mereka serta rakan-rakan MPR 2011 yang lain.

Semuanya bermula tatkala Kak Zeti menghubungi aku ketika menjawab soalan kuiz PKK Dr. Meor. Dapat panggilan daripada DBP. Teruja! Dimaklumkan aku terpilih sertai MPR ini. Alhamdulillah, tak sia-sia percubaan selama ini, berhasil untuk detik-detik terakhir ini.

Lupakan kisah yang lepas. Sekarang, kenangan hanya tinggal kenangan. Aku dan mereka sudah pun berjauhan kini. Namun, tanggungjawab dan amanah yang terpikul, tetap menyatukan kami. Insya Allah, kita ada harapan itu. Dapat kawan yang sangat mesra, kepala layan dan sebagainya. Serba serbi hebat. Semuanya punya kejayaan masing-masing. Aku turut cemburu... Kalian bertuah...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

My Memory Lane: Penangan ABC <b>Tanjung</b>

Posted: 03 Jul 2011 02:02 AM PDT

Bb sekarang berada di Tanjung Kling, Melaka. Singgah nak merasa ABC Tanjung. Tapi kena tunggu pulak. Ais habis pula. Bb order coconut shake special.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


Perhentian Bas <b>Alor Gajah</b> Kini Dikenali AG Sentral - Berita Semasa

Posted: 21 Jul 2011 08:00 PM PDT

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

ag sentral Perhentian Bas Alor Gajah Kini Dikenali AG SentralKepada sesiapa yang menaiki pengangkutan awam di Melaka, khususnya di sekitar Alor Gajah, Perhentian Bas Alor Gajah,kini berubah wajah dengan bangunan serba canggih, AG Sentral.

Siap pada Jun 2011 yang lepas,bagi kami,ianya memang perlu.Kalau dahulu Perhentian Bas tersebut tidak ubah seperti tempat lepak mat gian dan sebagainya, kali ini, ianya nampak lebih sempurna dan lebih selamat.Selain itu, fasiliti yang lain yang dinaik taraf adalah perkhidmatan wifi dan juga bazaar yang lebih bersih serta ruang menunggu yang lebih moden.

Kalau dulu, memang sesiapa yang menaiki bas ke Alor Gajah dan sebaliknya, memang ngeri bila tunggu bas.Dengan kotornya,dan juga dipenuhi ramai pendatang asing,ianya tidak sesuai dan nampak tidak meyakinkan.lebih-lebih lagi, bagi kaum wanita dan juga pelancong asing.

Dengan adanya AG Sentral ini, ianya lebih nampak teratur dan juga lebih selamat.Dengan kos sebanyak RM 3.3 juta, ianya satu usaha yang baik buat kerajaan Melaka,untuk menaiktaraf tahap pengangkutan awam di mana, kadarnya amat tidak memuaskan.

Namun begitu, perkhidmatan basnya masih lagi di bawah tahap yang tidak selesa dan tidak meyakinkan.Walaupun mempunyai prasarana yang hebat,namun sekiranya perkhidmatan tersebut masih ditakuk yang lama, ianya tidak bererti sama sekali.

Nasihat kami, eloklah juga perkhidmatan bas dinaiktaraf sekali,agar kesinambungan di antara fasiliti dan juga perkhidmatan,dapat diselarikan.Buat apa kalau bangunan bagus, fasiliti yang bagus, tapi perkhidmatan bas yang maha lembab,tidak ikut jadual dan masih di takuk lama bukan?

Walauapapun, usaha Kerajaan Melaka dalam memberikan yang terbaik buat rakyatnya, harus dipuji.Apa pendapat anda pula?

P.S. Ianya lebih baik daripada buat monorel kecik yang selalu rosak tu!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


Pacak, pasang Jalur Gemilang - Utusan Malaysia Online - Selatan

Posted: 12 Aug 2011 01:21 PM PDT

Pacak, pasang Jalur Gemilang

Pacak, pasang Jalur Gemilang

JASIN 12 Ogos - Pelbagai usaha dijalankan bagi menyemarakkan masyarakat mengibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-54 tidak lama lagi.

Lazimnya, kempen itu diadakan dengan memberi secara percuma Jalur Gemilang agar orang ramai memasangnya di rumah atau pun kenderaan yang mereka naiki.

Namun, bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman, kempen mengibar Jalur Gemilang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu unik dan belum pernah dilakukan oleh mana-mana pihak.

Kempen itu yang bertemakan Jom Pasang Bendera dilancarkan di Dataran Tugu Sungai Rambai malam tadi bukan menyerahkan Jalur Gemilang kepada penduduk di situ.

Sebaliknya, Hasan disertai pelbagai agensi kerajaan memasang Jalur Gemilang di tiang-tiang lampu, tangki air, simpang lampu isyarat lebuh AMJ, kawasan taman perumahan, jejantas dan beberapa tempat awam.

Lebih menarik usaha memasang Jalur Gemilang bermula kira-kira pukul 10.40 malam berakhir hingga pukul 4 pagi tadi turut menggunakan skylift milik Bomba dan Penyelamat Daerah Jasin.

Turut serta kakitangan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Pejabat Daerah Jasin, Jabatan Belia Daerah Jasin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MIC dan MCA.

Sebanyak 250 Jalur Gemilang digunakan untuk dipacak dan dipasang di beberapa kawasan tumpuan orang ramai.

Hasan ketika ditemui berkata, kempen yang dilakukannya lain daripada yang lain itu bertujuan menyedarkan penduduk di DUN Sungai Rambai betapa pentingnya mengibar Jalur Gemilang.

''Saya lihat sambutan penduduk amat dingin sejak kempen Jalur Gemilang peringkat kebangsaan dan negeri dilancarkan awal bulan ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


Malaysia Zoom » DUN <b>Serkam</b> taja 6075 naskhah Utusan Malaysia

Posted: 19 Jul 2011 04:03 PM PDT

MELAKA 19 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Ghazale Mohamad hari ini menaja sebanyak 6,075 naskhah akhbar Utusan Malaysia untuk diagih-agihkan kepada sembilan buah sekolah di kawasan tersebut.

Setiap sekolah akan menerima 15 naskhah akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari khususnya terbitan hari Rabu untuk digunakan pelajar memanfaatkan sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP).

Ghazale yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri berkata, sebanyak tujuh buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah telah dipilih untuk menerima sumbangan tajaan tersebut.

Menurutnya, sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Haji Baginda, SK Serkam, SK Serkam Darat, SK Tedong, SK Pulai, SK Bukit Tembakau, SK Sempang serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota dan Sekolah Menengah Agama Assaiyidah Khadijah.

"Akhbar Utusan Malaysia akan menjadi bahan bacaan tambahan kepada pelajar untuk mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di dalam negara.

"Lebih penting, pelajar dapat memanfaatkan sisipan ADaP bagi membantu lebih ramai murid tahun enam membuat persiapan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) September ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan akhbar Utusan Malaysia untuk sembilan sekolah dalam DUN Serkam di SK Serkam Darat di sini, hari ini.

Turut hadir ialah wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jasin, Mohd. Mokmin Hamzah, Ketua Biro Utusan Cawangan Melaka, Amran Mulup dan guru-guru besar dari sembilan buah sekolah DUN Serkam.

Ghazale turut menyeru guru-guru di sekolah terlibat mengagih-agihkan penajaan akhbar tersebut agar pelajar dapat memanfaatkan ruangan ADaP selain bahan ilmu lain yang disiarkan.

Menurutnya, beliau bercadang meneruskan penajaan akhbar tersebut tahun depan tetapi kali ini melibatkan sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil dan Cina di DUN Serkam.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ads