Sabtu, 13 Ogos 2011

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


Malaysia Zoom » DUN <b>Serkam</b> taja 6075 naskhah Utusan Malaysia

Posted: 19 Jul 2011 04:03 PM PDT

MELAKA 19 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Ghazale Mohamad hari ini menaja sebanyak 6,075 naskhah akhbar Utusan Malaysia untuk diagih-agihkan kepada sembilan buah sekolah di kawasan tersebut.

Setiap sekolah akan menerima 15 naskhah akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari khususnya terbitan hari Rabu untuk digunakan pelajar memanfaatkan sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP).

Ghazale yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri berkata, sebanyak tujuh buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah telah dipilih untuk menerima sumbangan tajaan tersebut.

Menurutnya, sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Haji Baginda, SK Serkam, SK Serkam Darat, SK Tedong, SK Pulai, SK Bukit Tembakau, SK Sempang serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota dan Sekolah Menengah Agama Assaiyidah Khadijah.

"Akhbar Utusan Malaysia akan menjadi bahan bacaan tambahan kepada pelajar untuk mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di dalam negara.

"Lebih penting, pelajar dapat memanfaatkan sisipan ADaP bagi membantu lebih ramai murid tahun enam membuat persiapan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) September ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan akhbar Utusan Malaysia untuk sembilan sekolah dalam DUN Serkam di SK Serkam Darat di sini, hari ini.

Turut hadir ialah wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jasin, Mohd. Mokmin Hamzah, Ketua Biro Utusan Cawangan Melaka, Amran Mulup dan guru-guru besar dari sembilan buah sekolah DUN Serkam.

Ghazale turut menyeru guru-guru di sekolah terlibat mengagih-agihkan penajaan akhbar tersebut agar pelajar dapat memanfaatkan ruangan ADaP selain bahan ilmu lain yang disiarkan.

Menurutnya, beliau bercadang meneruskan penajaan akhbar tersebut tahun depan tetapi kali ini melibatkan sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil dan Cina di DUN Serkam.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads