Ahad, 16 Februari 2014

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


Asal Melaka: Paras Air Empangan <b>Durian Tunggal</b> Menurun

Posted: 12 Feb 2014 08:35 PM PST


Sejak kebelangkan ini cuaca di Negeri Melaka amat panas dan kurang menerima hujan menyebabkan paras air semakin menurun di empangan Durian Tunggal, Melaka. Empangan Durian Tunggal merupakan kawasan tadahan air utama bagi negeri Melaka untuk disalurkan kepada penduduk negeri ini.
Berita yang dipetik dari Sinar Harian penurunan paras air empangan berlaku antara 0.9 sehingga 1.0 peratus setiap hari sejak musim panas bermula pada bulan lepas. Walaubagaimanapun paras air di empangan tersebut masih berada di paras stabil iaitu 73 peratus berbanding paras kritikal yang ditetapkan sebanyak 50 peratus.
Sekiranya cuaca ini berterusan dan tiada hujan sepanjang bulan ini paras air di empangan berkemungkinan berada di paras kritikal. Pihak Syarikat Air Melaka Berhad mencari alternatif dengan mengepam dari Sungai Gersik, Muar ke empangan Durian Tungal agar paras air di empangan tersebut dan stabil untuk penduduk negeri Melaka.
p/s : Kepada penduduk negeri Melaka agar bersedia untuk menghadapi kemungkinan musim kemarau pada kali ini.

04 di masjid tanah - Google Blog Search

04 di masjid tanah - Google Blog Search


15 projek selenggara jalan <b>di Masjid Tanah</b> tahun hadapan

Posted: 27 Nov 2013 10:50 AM PST

MELAKA 27 Nov. - Kerajaan negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri merancang untuk melaksanakan sebanyak 15 projek penyelenggaraan jalan Persekutuan di Masjid Tanah pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman berkata, kesemua 15 projek penyelenggaraan yang telah dirancang untuk dilaksanakan pada 2014 itu melibatkan nilai peruntukan sebanyak RM4.12 juta.

Bagi penyelenggaraan jalan negeri pula ujarnya, program penyelenggaraan akan mengutamakan masalah dibangkitkan oleh pemimpin tempatan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Majlis serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

"Jumlah peruntukan yang disalurkan akan diselaraskan bersama DUN lain dengan mengambil kira jenis penyelenggaraan dan tahap kerosakan serta masalah dibangkitkan," katanya.

Ismail (BN-Kuala Linggi) berkata demikian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-13 di Seri Negeri, Ayer Keroh hari ini.

Beliau menjawab soalan lisan Sulaiman Md. Ali (BN-Lendu) berkaitan pembangunan, penyelenggaraan dan naik taraf projek infrastruktur yang terdapat di dalam DUN Lendu khususnya Masjid Tanah pada 2014.

Mengulas lanjut Ismail berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri juga telah menyenaraikan sebanyak 13 projek penyelenggaraan dengan kos berjumlah RM535,000 untuk dilaksanakan di DUN Lendu pada tahun hadapan.

Jelas beliau, sebanyak 106 permohonan projek di DUN Lendu telah disenaraikan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Alor Gajah untuk pelaksanaan melibatkan kos berjumlah RM7.53 juta.

"Cadangan ini merangkumi kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan jalan, longkang, balai raya, surau dan masjid.

"Namun, ia bergantung kepada peruntukan yang diluluskan pada tahun semasa untuk pelaksanaannya melalui peruntukan projek infrastruktur awam (PIA) dan projek infrastruktur asas (Pias) Jabatan Perdana Menteri," katanya.

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


DIRIKAN SOLAT ISTISQA&#39; MOHON HUJAN DAN TAMATKAN <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2014 08:02 PM PST

Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab mencadangkan seluruh umat Islam di Malaysia khususnya di Melaka supaya mendirikan Solat Sunat Istisqa' memohon Allah menurunkan hujan dan menamatkan kemarau di bumi kita ini. 

"Cuaca yang panas dan tumbuhan yang semakin kering jelas membuktikan kekuasaan Allah. Sedangkan beberapa minggu lalu kita dikejutkan dengan keadaan cuaca yang agak sejuk di seluruh negara."

"Ada tempat di mana bekalan air di loji semakin berkurangan dan keadaan ini akan semakin kritikal beberapa minggu lagi jika hujan tidak turun." ujar beliau.

Sofi berkata kemarau dan ketiadaan hujan jika berpanjangan sudah tentu menyebabkan masalah kekurangan air dan ianya telah mula dirasai di mana para air di Empangan Durian Tunggal semakin berkurangan.

"Jika keadaan ini berterusan sudah tentu catuan air dan masalah air akan bertambah kronik. Oleh itu mari sama-sama kita berhemah semasa menggunakan air" tambah beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Melaka.

........................................

Tindakan yang perlu dilakukan ialah :

1. Puasa selama tiga hari, sambil itu bertaubat kepada Allah dengan meninggalkan segala dosa dan kezaliman.

2. Pada hari yang keempat, semua penduduk disuruh keluar dengan berpakaian sederhana menuju ke tanah lapang. Binatang ternakan juga perlu dibawa bersama.

3. Solat Sunat Istisqa' sebanyak 2 rakaat. Pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah bacalah Surah Sabbihisma Rabbikal A'la, dengan suara nyaring. Dan pada rakaat kedua pula dibaca surah Hal Ataaka Hadithul Ghasyiah.

4. Khatib membaca dua khutbah, pada khutbah yang pertama dimulai dengan membaca Istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua pula dimulai dengan 7 kali istighfar.

NIATNYA

أصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِسْقَاءِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku menunaikan solat ististiqa' 2 rakaat kerana Allah Taala.

DOA SOLAT ISTISTIQA'

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ. لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ اللَّهُمَّ أَنْتَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الْغَنِيُّ وَنَحْنُ الْفُقَرَاءُ أَنْزِلْ عَلَيْنَا الْغَيْثَ وَاجْعَلْ مَا أَنْزَلْتَ لَنَا قُوَّةً وَبَلَاغًا إِلَى حِينٍ

"Segala puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Raja hari kiamat, tiada Tuhan selain Allah, Yang berbuat menurut kehendak-Nya. Ya Allah, Engkaulah Allah yang tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah Maha Kaya, sedangkan kami adalah papa, turunkanlah kepada kami hujan, dan jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu menjadi bekal sampai beberapa lama. Riwayat Abu Daud.

اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا

Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami" Riwayat Muslim

اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا مَرِيئًا مَرِيعًا نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ

"Ya Allah siramilah kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik kesudahannya yang bertapis-tapis yang memberi manafaat tidak memberi mudharat segera tidak berlambat-lambat" Riwayat Abu Daud.

اللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهِيمَتَكَ وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ

"Ya Allah siramilah hambaMu dan haiwan-haiwan ternakanMu dan sebarkanlah rahmatMu dan hidupkanlah negeriMu yang mati" Riwayat Malik dan Abu Daud.

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2014 01:22 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Aug 2013 01:02 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Jul 2013 01:29 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jul 2013 01:08 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jun 2013 01:15 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Jun 2013 01:02 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Warung Pak Mat Goreng Pisang <b>di Lubok China</b>, Melaka - Satu <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2012 04:26 AM PDT

Semasa Perjalanan pulang dari Melaka ke Putrajaya
aku telah memilih jalan Pantai Klebang-Sg Udang-Masjid Tanah-Lubok China-Seremban-Rantau-Nilai-Sg Merab-Putrajaya.
Tiba di Lubok China, Melaka jumpa satu warung tepi jalan
bertentangan dengan Klinik Kesihatan Lubok China, Melaka dan sebelah Pos Malaysia Lubok China, Melaka...

ads