Ahad, 16 Februari 2014

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


Asal Melaka: Paras Air Empangan <b>Durian Tunggal</b> Menurun

Posted: 12 Feb 2014 08:35 PM PST


Sejak kebelangkan ini cuaca di Negeri Melaka amat panas dan kurang menerima hujan menyebabkan paras air semakin menurun di empangan Durian Tunggal, Melaka. Empangan Durian Tunggal merupakan kawasan tadahan air utama bagi negeri Melaka untuk disalurkan kepada penduduk negeri ini.
Berita yang dipetik dari Sinar Harian penurunan paras air empangan berlaku antara 0.9 sehingga 1.0 peratus setiap hari sejak musim panas bermula pada bulan lepas. Walaubagaimanapun paras air di empangan tersebut masih berada di paras stabil iaitu 73 peratus berbanding paras kritikal yang ditetapkan sebanyak 50 peratus.
Sekiranya cuaca ini berterusan dan tiada hujan sepanjang bulan ini paras air di empangan berkemungkinan berada di paras kritikal. Pihak Syarikat Air Melaka Berhad mencari alternatif dengan mengepam dari Sungai Gersik, Muar ke empangan Durian Tungal agar paras air di empangan tersebut dan stabil untuk penduduk negeri Melaka.
p/s : Kepada penduduk negeri Melaka agar bersedia untuk menghadapi kemungkinan musim kemarau pada kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads