04 di sungai udang - Google Blog Search |
Tapak pelupusan sisa pepejal sanitari baharu <b>di Sungai Udang</b> Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT MELAKA 3 Jun - Sebuah tapak pelupusan sisa pepejal sanitari baharu bernilai RM49.9 juta di Sungai Udang di sini dijangka siap sepenuhnya September tahun depan bagi menggantikan tapak pelupusan di Krubong yang bakal penuh tidak lama lagi. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman berkata, tapak pelupusan baharu di kawasan seluas 12.14 hektar itu kini dalam pembinaan dan dijangka dapat menampung bahan buangan sehingga 900 tan sehari. "Sehingga hari ini, sebanyak 23 peratus kerja pembinaan berjaya disiapkan dan keseluruhan projek dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu pada 1 September 2014," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas sesi taklimat dan lawatan ke tapak cadangan projek tersebut di Sungai Udang, di sini hari ini. Yang hadir sama, Pengarah Sisa Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) negeri, Zainuddin Abdul Samad serta wakil kontraktor. Jelas Ismail, pihak kerajaan negeri berharap kerja-kerja pembinaan yang bermula sejak Oktober tahun lalu dapat disiapkan tepat pada masanya bagi mengelak berlakunya masalah. "Jumlah sisa pepejal di tapak pelupusan Krubong pada masa ini menerima sampah sebanyak 1,400 sehingga 1,500 tan sehari iaitu melebihi jumlah yang sepatutnya sebanyak 900 tan sehari. "Oleh yang demikian, tapak baharu ini perlu disiapkan dalam tempoh tersebut kerana tapak pelupusan lama itu hanya mampu digunakan bagi tempoh 15 bulan sahaja dari sekarang sebelum ia penuh," katanya. Katanya, jumlah sampah juga dijangka meningkat melebihi 1,400 tan sehari dalam masa setahun dari sekarang memandangkan jumlah rumah dan penduduk bertambah. |
You are subscribed to email updates from di sungai udang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |