Jumaat, 7 Oktober 2011

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


:::TUK KIYAI - ISU SEMASA:::: Bahana menodai anak gadis, bapa <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2011 02:30 AM PDT

[HM] MELAKA: Akibat menjalin hubungan terlarang dan tergamak menodai rakan perempuannya, seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Sungai Udang, dekat sini, menerima padah apabila dibelasah hingga parah oleh bapa mangsa yang menemuinya di dalam bilik tidur anak gadisnya itu.

Dalam kejadian antara jam 10.30 malam hingga 11.30 malam itu, pelajar berusia 16 tahun itu cedera hampir di seluruh badan terutama di perut, muka, leher selain kaki dan tangan lebam serta bengkak akibat dibelasah termasuk menggunakan kayu.

Difahamkan, pelajar itu kini masih dirawat di Hospital Melaka (HM) akibat kecederaan dialaminya.

Menurut sumber polis, kejadian berpunca apabila dia menjalin hubungan cinta dengan anak seorang pegawai anggota keselamatan berusia 13 tahun tanpa pengetahuan keluarganya.

Katanya, kemuncaknya, pelajar terbabit memperkosa kekasihnya di belakang tangga rumah mangsa di sebuah taman di Sungai Udang pertengahan September lalu, kira-kira jam 2 pagi.

Sumber itu berkata, pelajar terbabit kerap menyelinap ke dalam rumah kekasihnya tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Begitupun katanya, bapa gadis itu berusia 40-an akhirnya menghidu perbuatan terkutuk itu.

"Pada jam 10.30 malam, 27 September lalu, pelajar lelaki itu sekali lagi menyelinap masuk ke bilik tidur kekasihnya.

"Tindakan itu disedari bapa mangsa yang berang melihat pelajar itu berselimut di atas katil anak gadisnya lalu berlaku pertelingkahan antara mereka sebelum lelaki itu memukul pelajar terbabit.

"Dia turut menghubungi tiga rakannya yang turut membelasah mangsa hingga parah," katanya.

Sumber itu berkata, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Sungai Udang berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye yang dihubungi di sini mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan, namun tidak dapat mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

P/s: Jadikan pengajaran!!

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Mat Sabu ke <b>Negeri</b> Sembilan lagi | Free Malaysia Today

Posted: 30 Sep 2011 10:46 PM PDT

Program ceramah perdana anjuran PAS dan PKR Rembau 6 Oktober

PETALING JAYA: Mohamad Sabu yang `diserang orang Perkasa' minggu lalu dijangka kembali ke Negeri Sembilan dalam satu program anjuran yang PAS dan PKR Rembau  minggu depan.

Program ceramah perdana isu semasa turut menampilkan pimpinan PAS dan PKR tempatan termasuk Badrul Hisham Shaharim dan  bekas pesuruhjaya PAS negeri Dr. Rosli Yaakop.

Ceramah ini bertujuan memberi penerangan isu semasa yang di mana media perdana sedang mengelirukan rakyat, kata Setiuasaha PKR Rembau Norazizi Aziz.

"Kita juga menjemput ahli Umno untuk menghadiri program cemarah Mat Sabu itu, " katanya.

PKR  Rembau, katanya  memandang serius permbangan politik ganas yang amat membahayakan ini.
Polis digesa bertindak secara profesional, tambahnya.

Norazizi mendakwa Pemuda Umno terbabit dalam serangan ke atas Mat Sabu.

Politik samseng

"Ini ia menunjukkan sikap sebenar mereka dan menambah kebencian orang ramai terhadap mereka.

"Sikap politik samseng ini makin melampau bila Perkasa NS dengan angkuh memberi amaran agar Hj Mohammad Sabu tidak masuk ke bumi N.Sembilan," katanya.

Ceramah Mat Sabu di Ampangan Sabtu mencetuskan kekecohan sehingga menyebabkan dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli Perkasa mara ke pentas ceramah.

Mat Sabu mencetuskan kontroversi tersebut ekoran ucapannya pada 21 Ogos lalu yang didakwa memuji Mat Indera, seorang pemimpin yang mengetuai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950, sebagai pejuang kemerdekaan.

ads