Isnin, 19 November 2012

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


Sg.<b>Klebang</b> Besar, Melaka Melebihi Paras Bahaya | MyNewsHub

Posted: 14 Nov 2012 08:24 PM PST

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Lencongan Sungai Malim di Klebang Besar, Melaka Tengah berwaspada berikutan paras air di sungai itu kini melebihi paras bahaya iaitu 2.14 meter.

Menurut portal JPS, di Selangor setakat 9 pagi ini, paras air di Sungai Langat di JPS Sungai Manggis; Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat dan Sungai Selangor di Kuala Badong, Kuala Selangor melebihi paras amaran iaitu masing-masing 6.02 meter, 4.08 meter dan 3.97 meter.

Keadaan yang sama juga dicatatkan di Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau, Negeri Sembilan (6.22 meter) dan Empangan Labong, Mersing, Johor (7.60 meter).

Begitu juga di Sabah dengan paras air di Sungai Padas di Tenom (175.85 meter), Sungai Padas Beaufort (7.51 meter) manakala di Sarawak, bacaan paras air di Sarawak Maritime, Sibu ialah 2.56 meter.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bilangan mangsa banjir di Johor tidak berubah iaitu 143 orang manakala di Perak seramai 45.

Selangor pula mencatat 1,309 orang manakala Melaka menurun daripada 27 orang kepada 16 orang, dan Sarawak lima mangsa banjir. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


CATATAN SI MERAH SILU: Awal Muharam <b>di Tanjung Tuan</b>

Posted: 19 Nov 2012 07:59 AM PST

Sementara masih ada sisa 19 November biarlah dibuat cerita ini...
Selasa 13 November 2012 kami anak beranak pergi ke bandar Port Dickson lalu singgah makan tengah hari di warung tepi selat.

Johan pun turut sama makan...


Kemudian kami bergegas ke Permaisuri Resort yang terletak di Tanjung Tuan.

Di sini akan diadakan majlis reunion atau temu semula bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) yang mana isteri saya adalah seorang ahlinya.

Resort ini mungkin yang paling besar di Tanjung Tuan. Yang nyata ia memiliki bangunan paling tinggi. Namun ada masalah besar tentang service di sini. Saya malas nak panjangkan. Semua yang terkena pasti tahu.

Nasib baik bilik kami agak selesa. Namun ada kawan-kawan isteri yang merungut tentang keadaan bilik mereka...

Kemudian baru keluar menikmati suasana.


Khamis 15 November tengah hari. Selepas check out baru kami menghala ke bahagian hujung Tanjung Tuan, bahagian yang betul-betul tanjung.
Bila dah sampai sini rasa tak sah kalau tak mendaki bukit hingga ke rumah api. Ini adalah kali pertama anak kecil kami Johan dibawa ke sini. Sebelum ini saya pernah membawa isteri dan anak-anak lain melihat pemandangan cantiknya. Lihat Baby Johan's first visit to the light house of Tanjung Tuan.

.
Kami sama-sama mandi air perigi di sebelah.

Destinasi seterusnya adalah pulau yang dikenali sebagai Pulau Masjid. Ini adalah kali pertama saya sendiri tergerak untuk ke situ.


Ketika itu air surut. Dapatlah kami berjalan kaki meredah air yang tak sedalam mana sampai ke pulau.


Namun ada lagi batu-batu yang lebih tinggi di Pulau Masjid. Ia lebih susah dipanjat lalu saya menyuruh isteri dan anak-anak menunggu di tempat redup sementara saya melayan kepala gila. Lihat Views from the peaks of the 'Mosque' island.

Air surut juga membenarkan kami kembali ke kaki bukit tempat meletak kereta dengan mengambil laluan pantai. Kalau tidak kawasan ini akan tenggelam sedangkan tepiannya berbukit tinggi curam.

Sambil berjalan kami sempat melihat Pulau Masjid di belakang.

Selesai melihat Tanjung Tuan kami singgah lagi ke bandar Port Dickson untuk makan 'tengah hari', kali ini  memang sangat lewat... dah masuk 5 petang.
Dalam perjalanan kembali ke rumah kami singgah di Lukut yang masih terletak di dalam lingkungan daerah Port Dickson... untuk menziarahi makam kerabat diraja Bugis yang bernama Raja Jumaat atau Raja Jemaat, daripada nasab Daeng Parani. Singgah juga di masjid berdekatan. Lihat Masjid (Mosque of) Lukut.
Oh. 15 November itu adalah bersamaan 1 Muharam. Maka kiranya kami telah menghabiskan  tarikh tersebut rata-rata di sekitar Tanjung Tuan, singgah di makam ini pun masih 1 Muharam. Tak lama kemudian baru masuk Maghrib dan tarikh baru menurut kalendar Islam.

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


Ceramah Isu Semasa <b>di Sungai Rambai</b> - Cetusan Kalam YDP PAS <b>...</b>

Posted: 09 Nov 2012 01:06 AM PST

Ceramah YB Tian Chua di Kg Parit Perawas, 
Jalan Ke Kilang Kotak, Sg Rambai, Melaka pada 
hari Sabtu, 10/11/2012 jam 9 malam..
semua dijemput hadir untuk mendapat informasi terkini.. 

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Projek Laluan Pejalan Kaki <b>Negeri Melaka</b>.... - projek <b>melaka</b> maju

Posted: 12 Nov 2012 07:52 AM PST


 Projek Laluan Pejalan Kaki Di Hadapan Masjid Al Azim Melaka....
Projek Laluan Pejalan Kaki Di Jalan Graha Makmur....
Projek Laluan Pejalan Kaki Di Jalan Komersial MITC....
Projek Laluan Pejalan Kaki Di Bandar Jasin....
 Projek Laluan Pejalan Kaki Di TESCO Bandar Melaka....
 Projek Laluan Pejalan Kaki Di Jalan Tun Ali
Projek Laluan Pejalan Kaki Di Tebing Sungai Melaka....
 Projek Laluan Pejalan Kaki Di Hadapan Pangsapuri Seri Siantan, Bukit Baru....
Projek Laluan Pejalan Kaki Di Hadapan Pejabat Pos Besar Negeri Melaka....
Melalui Peruntukan Perbelanjaan Pembangunan Kementerian Dalam Negeri (P62) bagi tahun 2011 dan 2012 untuk melaksanakan inisiatif NKRA Mengurangkan Jenayah bagi Program Bandar Selamat telah membina laluan pejalan kaki sepanjang 13.9 km di lokasi seperti di atas. Antaranya, projek pengasingan laluan pejalan kaki dan laluan bermotosikal dengan membina rel besi penghadang untuk mengelakkan kejadian samun dan ragut belaku di negeri Melaka dan Ia adalah sebahagian dari rancagan  projek hijau...

ads