Selasa, 13 Mac 2012

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


Keyakinan Untuk Bertahan BN Johor Mulai Goyah « ibn_bacoks

Posted: 12 Mar 2012 05:57 PM PDT

JOHOR BAHRU – Gara-gara kedatangan dan ucapan yang dikeluarkan oleh dua pemimpin tertinggi negara ke negeri Johor dalam jarak yang singkat nyata membayangkan tahap kegusaran pimpinan UMNO negeri ini yang berada dalam kebimbangan yang amat sangat.

Terbaru, dalam kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri ketika mengadakan lawatannya jumaat lepas telah mencetuskan keraguan apabila ungkapan 'rasa' terpacul daripada mulut pemimpin nombor wahid itu.

Hal ini menunjukkan tahap keyakinan untuk mengembalikan zaman kegemilangan BN suatu masa dahulu kini berada pada aras yang paling rendah maka tidakpun ia mungkin boleh dimuziumkan dalam jangka waktu terdekat ini.

"Alhamdulillah jelas rakyat Johor ceria dan rasa-rasanya masih lagi sebuah negeri yang terasnya BN.

"Saya boleh rasa seperti mana yang telah saya beritahu Menteri Besar, mesti bekerja keras dengan semua kelompok rakyat Johor dan seluruh negara untuk mendapatkan sokongan rakyat," katanya lagi yang dipetik Sinar Harian.

Sementara itu, dalam laporan Ibn bacoks sebelum ini menyebut kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri ke Parlimen Simpang Renggam dipercayai dibuat bagi menyaingi asakan pembangkang yang berkubu di situ pada program Jom Ubah.

Bagaimanapun, ucapan Muhyiddin kepada orang ramai di Machap itu belum cukup untuk menyakinkan rakyat kerana masalah lalat yang menghantui penduduk di situ belum menunjukkan tanda-tanda penyelesaiannya.

Dalam pada itu, apabila Puteri UMNO bahagian terbabit yang turut melancarkan program Projek Puteri Prihatin Klinik Bergerak bagi mengesan dan membantu golongan pesakit kronik kawasan tersebut telah menguatkan lagi dakwaan bahawa keyakinan untuk mengekalkan prestasi sebagai deposit tetap BN bakal berkubur dalam PRU 13 nanti.

Malah, Datuk Razali Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini dengan menyeru jentera parti mereka tidak hanya bersandarkan kepada sokongan rakyat semata-mata.

Hal ini, kerana tsunami politik yang berlaku pada PRU 12 yang lalu mengubah landskap BN untuk berdepan dengan PRU 13 berikutan ia pasti tidak menjanjikan kemenangan mudah buat sebuah parti 'veteran' sedemikian.

Lagi ceramah diganggu, Nurul nyaris jadi mangsa | MALAYSIAN <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2012 12:37 AM PST

Satu lagi usaha mengganggu ceramah Pakatan Rakyat dilaporkan malam semalam dan kali ini kejadian berlaku di Felda Lepar Hilir I, Gambang, Pahang.

Kali ini, yang nyaris menjadi mangsa kali ini adalah Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (bawah, kiri) dan Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar.

NONECeramah itu didakwa diganggu oleh ahli Umno yang dengan senagja memasang pembesar suara di sebuah kedai kopi di mana Nurul Izzah dan Nik Nazmi dijadual berucap mulai jam 9 malam hingga tengah malam.

"Pemimpin PKR tempatan telah mendapat kelulusan polis untuk kita berucap … tetapi sebelum majlis bermula mereka menerima ugutan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mahu mereka membatalkan ceramah itu.

"Sepanjang ucapan saya kira-kira 20 hingga 30 minit, mereka memainkan lagu dan muzik dengan kuat bagi mengalihkan perhatian orang ramai.

"Pada mulanya, kami sangka bunyi itu datangnya dari konsert, kemudian, kami dapati bahawa mereka sebenarnya menganjurkan satu sesi karaoke," katanya.

Keadaan semakin tidak terkawal apabila tiba giliran Nurul Izzah untuk berucap, kata Nik Nazmi, dengan kumpulan itu mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil mencaci dan melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan ketua umum PKR itu.

NONE"Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepar Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng Umno," kata Nik Nazmi.

Nurul Izzah (kanan) pula dalam raeksi awalnya berkata beliau bersyukur kerana selamat tetapi memberi jaminan tidak akan gentar dengan gelagat liar berkenaan.

"Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal.

"Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya," katanya di Twitter pada jam 1 pagi ini.

Skim penempatan Felda itu terletak di kawasan parlimen Paya Besar dan kini dipegang oleh Abdul Manan Ismail dari Umno.

Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat PKR pada jam 3 petang hari ini.

adam chew kwong wah jit poh journalist fracas in penang himpunan hijau rallyKejadian itu hanya salah satu daripada siri gangguan dalam beberapa bulan kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.

Semalam, perhimpunan solidariti Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade yang dihadiri Ketua Menteri Lim Guan Eng turut diganggu oleh kumpulan yang dianggotai oleh pemimpin Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.

20 Februari lalu, kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah ketika berceramah di Jalan Mersing, Sembrong.

NONE13 Februari pula kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap,  Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.

Awal bulan ini pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


Aloq Laloq: Ceramah PKR <b>Di Bukit Katil</b> Jugak Kosong?

Posted: 10 Mar 2012 07:37 AM PST



CTS yang kebetulan berada di Melaka telah hadir di ceramah P"Gay"R yang menampilkan Ketua Srikandi mereka, Siti Aishah Shaikh Ismail dan ADUN DAP Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong. Ceramah dimulakan dengan artis jalanan yang menghiburkan penonton dengan nyanyian sumbang mereka.

Ceramah ini dikatakan pemanas badan untuk ceramah Ketua Umum P"Gay"R, Anwar Ibrahim yang akan diadakan di Bachang, malam esok. Anwar Ibrahim dikatakan akan membawa 3 orang wakil Hamas untuk bersamanya di dalam ceramah tersebut. Tak tahulah mana Mat Bangla dipunggutnya untuk dibawa ke ceramah di Bachang malam esok.

Tahniah kepada orang Melaka yang memberi sambutan hangat kepada ceramah P"Gay"R. Sesak jalan dibuatnya. Hampir 5,000 hadir termasuk pelesit-pelesit yang gagal masuk ke dalam gambar CTS yang hanya menggunakan kamera dari tab.
Gile ramainya yang hadir kat warmup tour anwar. Ni kenyataan beb. Takde manupulasi macam rafizi selalu buat tu. Kalau aku aku jadik anwar, confirm aku cancel tour aku esok. Kehkeh..takkan tak faham lagi orang melaka memang tak ingin nak sokong pkr la.
p/s : zaman anwar dah lama berlalu. berlalu bersama lelehan lendir di punggong china doll. 

ads