ads

Ahad, 26 Februari 2012

04 di durian tunggal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

04 di durian tunggal - Google Blog Search


Kokurikulum Malim: Hoki Piala Pengetua SMK <b>Durian Tunggal</b>

Posted: 19 Feb 2012 03:05 AM PST


Keputusan : Perempuan Naib Johan Lelaki tempat ke 3

04 di ramuan china - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

04 di ramuan china - Google Blog Search


SK <b>RAMUAN CHINA</b> BESAR: Sambutan Maulidur Rasul Masjid Al <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 06:38 PM PST





Tarikh :18 Februari 2012 (Sabtu)
Masa : 7.30 - 11.00 pagi
Tempat :Masjid Al Muhtadi,Ramuan China Besar
Setiausaha Program : Ustaz Haji Abdul Razak Aman
Penceramah Undangan : Datuk Noh Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor

04 di machap - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

04 di machap - Google Blog Search


Samseng-Samseng Upahan Umno Terus Menghancurkan <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 07:01 PM PST

 
Samseng-samseng upahan Umno sentiasa membuat provokasi dan  cuba menumbuk Nurul Izzah.
Gambar beruk-beruk upahan Umno sedang mengepung dan cuba memukul Nurul Izzah.

Satu lagi usaha mengganggu ceramah Pakatan Rakyat dilaporkan malam semalam dan kali ini kejadian berlaku di Felda Lepar Hilir, Gambang, Pahang.

Menurut portal Keadilan Daily, yang nyaris menjadi mangsa kali ini adalah Pengarah Komunikasi PKR dan Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar.

NONE"Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepar Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng Umno," kata Nik Nazmi dipetik organ rasmi PKR itu.

Nurul Izzah (kanan) pula dalam raeksi awalnya berkata beliau bersyukur kerana selamat tetapi memberi jaminan tidak akan gentar dengan gelagat liar berkenaan.

"Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal.

"Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya," katanya di Twitter pada jam 1 pagi  ini.

Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat PKR pada jam 3 petang hari ini.

Kejadian itu hanya salah satu daripada siri gangguan dalam beberapa bulan kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.

Semalam, perhimpunan solidariti Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade yang dihadiri Ketua Menteri Lim Guan Eng turut diganggu oleh kumpulan yang dianggotai oleh pemimpin Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.

20 Februari lalu, kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah ketika berceramah di Jalan Mersing, Sembrong.

NONE13 Februari pula kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap,  Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.

Awal bulan ini pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.

Wartawan dibelasah samseng-samseng upahan Umno semasa membuat liputan Himpunan Hijau 2.0 di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang .

Wartawan akhbar harian Cina, Kwong Wah Jit Poh - Adam Chew, 29 - yang dibelasah semasa membuat liputan Himpunan Hijau 2.0 di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang, semalam, terpaksa memerlukan lapan jahitan akibat kecederaan di tangannya itu.

adam chew kwong wah jit poh journalist with blood on fingersPerhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan, semalam yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang.

Seorang lagi petugas Kwong Wah - Lee Hong Chun, 25, pula dilaporkan dipukul dengan topi keledar semasa bertugas. Beliau hanya mengalami kecederaan kecil dengan kesan lebam di  kepalanya.

Chew (kanan), bagaimanapun, terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang pada kira-kira jam 8 malam selepas perhimpunan yang diadakan di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu disuraikan oleh pihak polis selepas diganggu oleh kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.

Ketika dihubungi, Chew berkata kepalanya sedikit pening selepas dipukul oleh kira-kira enam lelaki yang terdiri daripada peserta kumpulan pro-Lynas, yang cuba untuk menghalang Himpunan Hijau  yang dihadiri lebih daripada 500 orang itu, termasuk oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

NONEKatnya, beliau akan berjumpa doktor sekali lagi hari ini kerana matanya mempunyai kesan seperti darah beku.

"Saya tidak boleh bekerja dan doktor memberi saya cuti sakit serta meminta saya untuk datang semula jika saya mengalami pening mana-mana," katanya kepada Malaysiakini.

Menceritakan pengalamannya itu, Chew berkata beliau ditugaskan membuat liputan perhimpunan solidariti Himpunan Hijau seperti yang diadakan di bandar-bandar lain di seluruh negara, seperti di Kuala Lumpur, Perak dan Kuantan.

"Kejadian berlaku apabila ketua menteri turun dari pentas selepas ucapannya untuk menyertai orang ramai.

adam chew kwong wah jit poh journalist fracas in penang himpunan hijau rally kick"Kumpulan pro-Lynas cuba mengganggu Lim tetapi kakitangan keselamatan mengepung dan mengekori rapat.

"Tetapi kumpulan itu berjaya untuk memecahkan 'rantaian manusia' yang dibuat itu dan saya juga cuba menghalang mereka daripada merapati ketua menteri," kata Chew.

Kumpulan berkenaan sebelum majlis bermula dilaporkan telah mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu dan memberi amaran kepada mereka bahawa isu Lynas itu bukan "isu Pulau Pinang" dengan  melaungkan slogan "Hidup Umno", "Kami mahukan kebebasan" dan "Balik Kuantan (Kembali ke Kuantan)".

Walaupun membuat bising dan memprovokasi peserta, namun tidak ada tindakan diambil terhadap mereka. Mereka juga dikatakan cuba mengganggu ucapan yang disampaikan.

penang lynas himpunan hijau 260212Menurut Chew, kumpulan berkenaan selain menghamburkan kata-kata kesat, turut melemparkan kata-kata perkauman.

Namun apabila ditegur supaya tidak menimbulkan kata-kata perkauman yang boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini, kumpulan yang turut disertai oleh pemimpin Umno dan PERKASA itu mula menjadi berang.

"Kemudian mereka tarik tangan saya. Seorang daripada mereka memukul saya dengan topi keledar, dan lima rakannya juga memukul saya di kepala.

"Apa yang saya lakukan ialah cuma menghalang mereka daripada serang CM," katanya.

penang lynas himpunan hijau 260212Malam tadi, Lim juga mengunjungi Chew di hospital dengan beberapa pemimpin DAP dan setiausaha akhbar beliau.

Ketika dihubungi Lim berkata beliau terharu kerana Chew membahayakan dirinya untuk melindunginya namun beliau kecewa dan kesal terhadap apa yang berlaku kepada wartawan itu.

Beliau juga membidas tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menyemai benih-benih kebencian berbentuk perkauman di kalangan rakyat di negara ini. Menurut Lim, beliau akan mengadakan sidang akhbar pagi ini, untuk mengulas isu berkenaan.

"Saya juga telah arahkan setiausaha akhbar saya untuk memantau keadaan Chew. Jika beliau berasa pening atau tidak sihat, maka beliau mesti dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya.-mkini

04 di batu berendam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

04 di batu berendam - Google Blog Search


Rumah penginapan harian <b>di batu berendam</b> : Semua Homestay

Posted: 23 Feb 2012 08:40 PM PST

mencari rumah untuk sewa harian ?
homestay baitul aidzah , bt berendam .
Lokasi strategi antara ayer keroh dan bandarmelaka. Lengkap berperabot dan keperluan memasak.
menerima kunjungan keluarga utk percutian ,rombongan sekolah & IPTA/IPTS , salesman yangbergerak secara kumpulan , kakitangan awam/swastaatas urusan kerja , kenduri-kendara/ majlisperkahwinan/pendaftaran anak di asrama / IPT .

isnin-khamis : rm99.00
jumaat-ahad : rm125.00
cuti umum & cuti sekolah : rm135.00
rombongan sekolah/IPT : rm150.00

10% diskaun bagi penginapan lebih 2 malam.
Korporat rate bg company yg menyewa lama.

hubungi kami :

Pn hjh azizah 012 6188867
Tn Hj Farid 012 6317239

Contact Azizah Eliyas

04 di sungai rambai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

04 di sungai rambai - Google Blog Search


Dia buat dah: 10 rumah <b>di Sungai Rambai</b> dinaiki air

Posted: 26 Feb 2012 07:54 AM PST

Berita Harian Online | 10 rumah di Sungai Rambai dinaiki air: BUKIT MERTAJAM: Lebih 10 rumah dekat Sungai Rambai, Permatang Rawa, di sini dilanda banjir kilat hari ini, kali ketiga dalam tempoh seminggu.

Banjir kilat itu berlaku sejak jam empat pagi tadi selepas hujan lebat

kira-kira 30 minit dan air memasuki rumah penduduk sehingga ke paras paha. Seorang penduduk, Yusri Yusoff, 43, berkata banjir sejak awal pagi inipaling teruk dalam minggu ini ekoran aliran air hujan tersekat.

"Bila hujan lebat, kami penduduk di sini sudah mula bimbang kerana rumah
akan dinaiki air dan ia berlaku sejak bermulanya projek pembinaan Landasan
Berkembar Keretapi Elektrik Ipoh-Padang Besar dua tahun lepas," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Aiton Mohd Ariff, 47, berkata banjir hari ini menyebabkan kebanyakan perabot di rumahnya rosak akibat ditenggelami air.

"Sebelum ini banjir hanya melanda sekali atau dua kali dalam tempoh setahun,
tetapi kini setiap kali hujan lebat pasti kami akan berhadapan dengan banjir,"
katanya.

Siti Mariam Hashim, 42, pula berkata pembinaan parit berhampiran rumahnya
membuatkan kediamannya itu kerap mengalami banjir kilat apabila hujan.

Beliau berkata, sebelum ini parit sedia ada terletak kira-kira 200 meter
daripada rumahnya, tetapi kini ia dibina hanya tiga meter dari halaman rumah.

"Parit yang kecil dan sempit itu antara punca banjir besar di kampung kami,
jadi saya minta kerjasama pihak berkenaan untuk mendalam dan melebarkannya,
sekurang-kurangnya ia dapat meringankan penderitaan penduduk di sini," katanya. - BERNAMA

'via Blog this'

di negeri melaka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri melaka - Google Blog Search


1 MALAYSIA: PM MERAKYATKAN <b>DI NEGERI MELAKA</b>

Posted: 24 Feb 2012 05:22 AM PST

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyerahkan borang kepada seorang daripada penerima pangsapuri pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pangsapuri Rakyat, Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka hari ini. Seramai 336 diberi surat tawaran untuk membeli unit kediaman berkenaan pada harga RM35,000. Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (kiri) dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung.
 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved