04 di ayer keroh - Google Blog Search |
::Bila Aku Bercerita::~: ~Bertiga <b>Di</b> Aeon <b>Ayer Keroh</b> Posted: 15 Dec 2013 10:15 PM PST Assalamualaikum... Selamat petang. Nak cerita kisah hari jumaat lepas. Aku, Kak Nisah dan Mira Mokhtar menghabiskan waktu rehat kami di Aeon Ayer Keroh. Saja bawa Kak Nisah sebab nak raikan besdaynya khamis lepas. Tak bawa ke mana pun hanya makan di food court. Agak lama juga kita orang tak keluar bersama. So hari tu ambil kesempatan bertiga. Jomlah tengok beberapa keping gambar yang sempat diambil ketika itu. Ini dia si mira. Awat muka hang sedih saja? Aku makan yee mee claypot. Teringin bebenor tekak ni. Ini pula Kak Nisah. Kak Nisah memang tak makan pelik-pelik itu yang kita orang ke food court je. Ini gambar yang dicilok dari IG Mira Mokhtar. Credit to mira mokhtar. Lepas makan sempat singgah kedai roti beli pizza. Sedap rupanya pizza tu. Aku beli satu je. Oleh sebab tak cukup makan jumaat tu aku ajak asben ke Aeon Bandaraya semalam. Nantilah cerita di entri lain ye. Sekian dulu...Wassalam... |
AKU DAN KEHIDUPANKU: Aku dan Philea Resort <b>Ayer Keroh</b> Posted: 20 Dec 2013 01:21 AM PST Selepas penat memilih buku, aku terus turun ke selatan. singgah semalam di Port Dickson, atau singgah semalam di Melaka. Anak2 mengundi untuk singgah di PD. Tetapi dengan kuasa veto yang aku ada, Philea Resort and Spa di Ayer Keroh Melaka. Banyak komen positif aku dengar pasal resort ini. Rate hari2 biasa lebih murah banding hujung minggu. Dua jam sebelum aku sampai, aku dah confirmed booking melalui Agoda.com. Jadi urusan checked in sangat pantas. 5 minit dah dapat bilik. Buggy pun dah sedia menunggu. Aku terkejut dengan keindahan resort ini. Semuanya sangat cantik lagi mendamaikan. Aku suka bangunannya. Diperbuat daripada kayu pine. Kayunya berkilat, licin tetapi keras. Sangat kemas hasil buatannya. Landskapnya pun cantik. Tak terasa seperti berada di Melaka. Aku ambil bilik biasa sahaja. Tapi muat untuk 5 sekeluarga. Bilik aku ditingkat bawah. Menghadap kolam dan air terjun buatan. Suasananya sunyi. Hanya kedengaran bunyi air terjun. Dan sesekali suara kanak2 menjerit dalam kolam. Kenderaan tidak boleh dibawa masuk ke dalam resort. Cuma sesekali buggy akan lalu. Membawa penghuni ataupun pekerja resort. Tapi ianya menggunakan kuasa bateri. Jadi tiadalah pencemaran bau ataupun bunyi. Kolam di sini sungguh luas tetapi cetek sahaja. Anak2 kecil memang tak nak naik ke darat punya. Di tepi2 kolam ada disediakan gazebo besar. Lengkap dengan tabir untuk keselesaan. Bilik resort adalah yang terbaik sepanjang aku mengembara selama ini. Segala2nya sesuai dengan jiwa aku. Aircondnya sangat senyap. Kipas angin juga dibekalkan. Hiasan dalamannya simple tetapi nampak mewah. Terasa seperti berada di rumah rehat di USA. Anak2 paling suka resort ini. Bukan sebab dapat mandi-manda. Bukan sebab dapat berlari2 sana-sini. Tetapi sebab setiap bilik ada WiFi sendiri. Pantas pulak tu. Jadi masing2 dah tak nak keluar bilik. Update status yang dah beberapa hari tertangguh. Bilik airnya pun tak kurang hebatnya. Tekanan airnya kuat. Water heaternya berfungsi. Bath tub pun ada. Aku dah tak nak komplen apa2 dah. Landskap di sini adalah terbaik. Penggunaan kayu landasan keretapi disana-sini. Aku memang gila minat kayu ini. Kalaulah ianya murah, memang teringin nak letak dirumah aku. Pukul 8.00 pagi aku pergi bersarapan. Meriah aje nampaknya. Masa aku sampai, ramai sibuk memegang gajet juga bergambar. Rupa2nya ada artis bersarapan sama. Aku pun tak melepaskan peluang. Dapatlah bersalam dan bergambar dengan Shaheizy Sam. Itu kurang penting. Yang penting sarapan paginya. Suasana bersarapan seperti orang kaya. Layanannya bagus. Pilihan makanannya pelbagai. Pukul 11 pagi. Aku checked out. Percutianku dah berakhir. 5 hari mengembara 5 buah negeri. Tidur di 4 tempat berlainan. Makan diberpuluh2 tempat makan. Jumpa ramai orang. Lihat banyak benda2 baru. Sepanjang 10 tahun ini, Tapi ini mungkin yang terakhir. Tunggu pengembaraanku seterusnya. |
You are subscribed to email updates from di ayer keroh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |