Tawar Penginapan Bercirikan Islam  Hotel Pantai Puteri di Jalan Pantai Puteri, Tanjung Kling Melaka menjanjikan penginapan yang pasti mendamaikan
    TANJUNG KLING- Kewujudan Hotel Pantai Puteri yang juga  merupakan Hotel Wakaf Pertama di Malaysia tidak sekadar menambahkan lagi ikon  tarikan baru di Pantai Puteri, Melaka bahkan ia kerap menjadi pilihan pelanggan  yang mahukan bilik penginapan yang bercirikan Islam. Hotel Pantai Puteri berharga  RM25.6 juta bertaraf 3 bintang turut menampilkan sentuhan senibina Islam yang  mengabungkan kombinasi arca dan kubah di blok utama hotel setinggi tujuh tingkat berkenaan.
      Hotel Pantai Puteri juga merupakan milik bersama Jabatan  Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dilengkapi  dengan kemudahan 87 bilik penginapan seperti Superior;  Standard: Deluxe dan Suite serta ballroom dan bilik seminar.
      Dengan lokasinya yang strategik di kawasan pantai peranginan  Pantai Puteri dan jauh dari kesibukan Bandar raya, ternyata Hotel Pantai Puteri  adalah destinasi pilihan menginap yang cukup mendamaikan dan sesuai bagi penganjuran  seminar dan sebagainya.
      Maklumat lanjut mengenai Hotel Pantai Puteri Melaka, hubungi  talian 06-353 5555 atau e-mail: HotelPantaiPuteri@yahoo.com.
        Arca menarik sentuhan seni bina kontemporari Islam menghiasi lobi Hotel Pantai Puteri
        Susana di bilik Puteri Suites di Hotel Pantai Puteri
          Hotel Pantai Puteri turut menawarkan pelbagai bilik penginapan termasuk Deluxe room
           Kemudahan Bengkel dan Seminar
           
Suasana tenang sambil menikmati sajian di Kafe Ummu Aiman di Hotel Pantai Puteri            Kolam renang di Hotel Pantai Puteri 
              Tag: Hotel di Pantai Puteri Melaka,Hotel di Tanjung Kling Melaka,Hotel  3 bintang,3 Star hotel in Melaka,Hotel Malacca Tanjung Kling,Senarai hotel di  Tanjung Kling Melaka,Hotel at Tanjung Kling Melaka,Hotel in Pantai Puteri  Tanjung Kling Melaka,Hotel at Melaka,Hotel Pantai Putri Tanjung Kling,Hotel di  Pantai Putri Melaka,Pantai Puteri Hotel Melaka,Hotel Wakaf Pantai Puteri,Hotel  Pantai Puteri JAWHAR-MAIM
     
    Hotel Pantai Puteri Tg. Kling Melaka / Malacca Malaysia
    Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com
         
Tiada ulasan:
Catat Ulasan