ads

Ahad, 14 Ogos 2011

04 di durian tunggal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

04 di durian tunggal - Google Blog Search


Kelab Dangdut <b>di Durian Tunggal</b>?

Posted: 06 May 2011 09:47 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Siapa kata Durian Tunggal takde tempat hiburan? Ini dia aku sertakan bukti sekali, ahaks. Kedai ini terletak di persimpangan dari Jasin ke Auyin Hill dan Durian Tunggal. Ini merupakan kali kedua aku berkunjung ke kedai ni (untuk minum ...

04 di machap - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

04 di machap - Google Blog Search


BBB: Bercuti Bersama Bayi

Posted: 04 Aug 2011 09:03 AM PDT

Saje je tu.. Sebab ada banyak sangat singkatan dalam internet ni kan, maka saya pun singkatkan ayat Bercuti Bersama Bayi menjadi BBB, OK tak agaknya?

Kali ni saya nak ceritakan bagaimana percutian kami buat kali pertama bersama bayi Afiah..

Sebenarnya, takdelah bercuti sangatpun.. Kebetulan suami ada kerja di KL.. Dan saya pula tak nak tinggal seorang di rumah.. Oppss, berdua dengan Afiah.. Dan lagi kebetulan, saya dapat tahu ada ParentHood Expo di Mid Valley.. Bolehlah tengok-tengok barang, beli-beli barang..

Kalau ikut perancangan, kami nak bertolak selepas Subuh – hmmm.. Pukul 10 pagi pun lepas subuh juga ya.. Perancangannya nak bertolak sekitar pukul 6 pagi..

Tapi agaknya Cik Afiah ni pun teruja nak pergi berjalan, dari petang hari Khamis tu dia tak mahu diletak langsung.. Takut kena tinggal agaknya..

Dah ler tak mahu diletak, tidur pun adalah dalam 10 minit, bangun, 10 minit bangun.. Kesudahannya tak sempatler saya nak mengemas barang..

Harapannya adalah malam itu Cik Afiah akan tidur nyenyak, tapi dia masih teruja nak berjalan jauh.. Saya dan suami terpaksa bergilir-gilir memegangnya..

Terpaksa saya yang lebih memegangnya kerana dia nak mengempeng, aduhaii..

Dalam pukul 2.30 pagi barulah Cik Afiah ni tidur dengan agak lena, mungkin kepenatan.. Maka berhempas pulas lah saya cepat-cepat nak mengemas barang kerana mummy pun dah kepenatan..

Oleh kerana dah tidur lewat malam tu, esok pagi pun bangun ler lewat..

Saya tersedar pukul 6.30 pagi.. Bila keluar, rupanya suami pun kepenatan dan tertidur tanpa mengisikan barangan yang saya dah asingkan ke dalam beg.. Hehehe..

Takpelah, sementara tunggu suami mengemas barang, saya pun bangunkan Cik Afiah.. Oleh kerana masih awal dan sejuk, cuma lap badan jer dan pakai baju cantik..

Lepas siapkan Cik Afiah, barulah mummy kelam kabut menyiapkan diri juga..

Saya memang agak comot sebelum punya bayi, dan sejak ada Afiah, rasanya saya semakin comot.. Hahaha.. Nak sikat rambut pun tak sempat.. OK bukanlah tak sempat sangat, tapi malas agaknya.. Tuh yang akhirnya potong rambut pendek..

Dahler tu, sejak lepas bersalin ni, berlumba-lumba lah pulak jerawat naik ke muka.. Belum surut 1 dah timbul 2 biji..

Tak tahuler kalau ianya disebabkan sheep placenta tu.. Apapun, saya nak tunggu sampai 3 bulan barulah buat keputusan samada sheep placenta tu yang punya angkara..

Balik semula cerita BBB: Bercuti Bersama Bayi tadi, sekitar pukul 8 pagi barulah kami siap untuk masuk ke kereta.. Cik Afiah tidur lena sebab mummy dah susukan dia puas-puas.. Jadi, Cik Afiah diletakkan ke dalam kerusi khas dia..

Dia turut pakai jaket tu.. Saya suka sangat jaket tu, tapi saya rasa Afiah macam tak berapa suka sangat.. Hahaha..

Mula-mula kami ke Tiram, ambil mak saya yang nak pergi ke rumah kakak kerana dia buat kenduri tahlil.. Lepas tu terus menuju ke KL, baiklah, mungkin bukan ke KL, ke Klang sebenarnya, sebab suami ada kerja yang perlu diselesaikan di Klang.

Dalam perjalanan, kami berhenti 3 kali untuk menukar lampin, menyusukan Afiah dan juga makan durian.. Hahahaha..

Walaupun selama ini saya memang tahu, kali ini kali pertama saya masuk ke dalam bilik menyusukan di RnR.. Agak selesa lah juga..

Ada satu kali tu, oleh kerana terlupa mengetatkan CD Afiah, meleleh lah pula ke seluar dia.. Kalau tak silap saya masa tu kami berhenti di Macap..

Selepas menukarkan lampin kain moden Afiah, apa lagi yang kita boleh buat di Machap.. Haaa.. Tuh lah dia, makan durian di waktu pagi.. Hahahaha..

Sampai di Klang dalam pukul 2.30 petang.. Antara kami berempat, cuma Afiah saja yang kenyang.. Hahaha.. Yang lain cuma makan cikedis jer..

Tunggu pulak abah setelkan urusan dia.. Nasib baik sekejap saja..

Waktu tu Cik Afiah dah tak keruan.. Agaknya letih kan.. Maklumlah, selepas di Machap tadi, dia tak mahu lagi duduk dalam kerusinya.. Terpaksalah saya memegangnya..

Sepanjang perjalanan juga dia tak berpeluang nak meregangkan otot-ototnya.. Itulah yang jadi tak keruan..

Oleh kerana semua dah lapar, pikir punya pikir kat mana masih ada makanan kalau dah pukul 3-4 petang ni.. Akhirnya kami ke Tesco Extra Shah Alam..

Kat Tesco pun ada nursing room tau..

Selesai makan, nak bertolak ke hotel pulak.. Tiba-tiba kunci kereta ler pulak tak mahu masuk habis.. Macam tersekat.. Aduihhh..

Badan memang dah letih benar.. Bukan Afiah saja, saya pun sama..

Suami telefon dan tunggu Emergency Team dari Proton.. Lambat ler jugak..

Sementara menunggu, saya, emak dan Afiah lepak di KFC.. Dan atas cadangan emak, akhirnya dapatlah Afiah regangkan otot-ototnya..

Dan kali pertama juga, oleh kerana malas nak pergi ke nursing room yang terletak di bahagian hujung satu lagi bangunan Tesco ni, saya menyusukan Afiah di kawasan public.. Huhu..

Sebenarnya di hadapan saya ada sepasang suami isteri yang sedang makan… Saya pusing sikit, mengadap ke celah dinding, tapi masih lagi berhadapan dengan mereka.. Ada saya kisah.. Bukan nampak pun.. Waktu tu gunakan ring sling untuk tutup..

Dah pukul 7 lebih barulah emergency team Proton sampai.. Mereka pun adjust sikit kereta, dan OK, boleh jalan terus ke hotel..

Sampai hotel, kami tinggal di Grand Blue Wave, barulah rasa leganya…

Asalnya nak hantar emak terus ke rumah kakak malam tu, tapi disebabkan sampai hotel pun dah pukul 8 lebih, maka cakap dengan mak, esok pagi sajalah kami hantar ke rumah kakak..

Bersambung esok di bahagian dua ya…

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di sungai rambai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

04 di sungai rambai - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Pacak, pasang Jalur Gemilang

Posted: 12 Aug 2011 04:03 PM PDT

JASIN 12 Ogos – Pelbagai usaha dijalankan bagi menyemarakkan masyarakat mengibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-54 tidak lama lagi.

Lazimnya, kempen itu diadakan dengan memberi secara percuma Jalur Gemilang agar orang ramai memasangnya di rumah atau pun kenderaan yang mereka naiki.

Namun, bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman, kempen mengibar Jalur Gemilang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu unik dan belum pernah dilakukan oleh mana-mana pihak.

Kempen itu yang bertemakan Jom Pasang Bendera dilancarkan di Dataran Tugu Sungai Rambai malam tadi bukan menyerahkan Jalur Gemilang kepada penduduk di situ.

Sebaliknya, Hasan disertai pelbagai agensi kerajaan memasang Jalur Gemilang di tiang-tiang lampu, tangki air, simpang lampu isyarat lebuh AMJ, kawasan taman perumahan, jejantas dan beberapa tempat awam.

Lebih menarik usaha memasang Jalur Gemilang bermula kira-kira pukul 10.40 malam berakhir hingga pukul 4 pagi tadi turut menggunakan skylift milik Bomba dan Penyelamat Daerah Jasin.

Turut serta kakitangan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Pejabat Daerah Jasin, Jabatan Belia Daerah Jasin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MIC dan MCA.

Sebanyak 250 Jalur Gemilang digunakan untuk dipacak dan dipasang di beberapa kawasan tumpuan orang ramai.

Hasan ketika ditemui berkata, kempen yang dilakukannya lain daripada yang lain itu bertujuan menyedarkan penduduk di DUN Sungai Rambai betapa pentingnya mengibar Jalur Gemilang.

"Saya lihat sambutan penduduk amat dingin sejak kempen Jalur Gemilang peringkat kebangsaan dan negeri dilancarkan awal bulan ini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved