Ahad, 14 Ogos 2011

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Pacak, pasang Jalur Gemilang

Posted: 12 Aug 2011 04:03 PM PDT

JASIN 12 Ogos – Pelbagai usaha dijalankan bagi menyemarakkan masyarakat mengibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-54 tidak lama lagi.

Lazimnya, kempen itu diadakan dengan memberi secara percuma Jalur Gemilang agar orang ramai memasangnya di rumah atau pun kenderaan yang mereka naiki.

Namun, bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman, kempen mengibar Jalur Gemilang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu unik dan belum pernah dilakukan oleh mana-mana pihak.

Kempen itu yang bertemakan Jom Pasang Bendera dilancarkan di Dataran Tugu Sungai Rambai malam tadi bukan menyerahkan Jalur Gemilang kepada penduduk di situ.

Sebaliknya, Hasan disertai pelbagai agensi kerajaan memasang Jalur Gemilang di tiang-tiang lampu, tangki air, simpang lampu isyarat lebuh AMJ, kawasan taman perumahan, jejantas dan beberapa tempat awam.

Lebih menarik usaha memasang Jalur Gemilang bermula kira-kira pukul 10.40 malam berakhir hingga pukul 4 pagi tadi turut menggunakan skylift milik Bomba dan Penyelamat Daerah Jasin.

Turut serta kakitangan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Pejabat Daerah Jasin, Jabatan Belia Daerah Jasin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MIC dan MCA.

Sebanyak 250 Jalur Gemilang digunakan untuk dipacak dan dipasang di beberapa kawasan tumpuan orang ramai.

Hasan ketika ditemui berkata, kempen yang dilakukannya lain daripada yang lain itu bertujuan menyedarkan penduduk di DUN Sungai Rambai betapa pentingnya mengibar Jalur Gemilang.

"Saya lihat sambutan penduduk amat dingin sejak kempen Jalur Gemilang peringkat kebangsaan dan negeri dilancarkan awal bulan ini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads