Sabtu, 24 Mac 2012

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


UMNO Online - Tiada Tempat Buat Pembangkang <b>Di Jasin</b>

Posted: 22 Mar 2012 03:25 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Tiada Tempat Buat Pembangkang Di Jasin

Oleh : Ropikah Ahmad

MELAKA, 22 Mac – Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Ahmad Hamzah menegaskan bahawa pakatan pembangkang tidak ada tempat untuk berkempen apatah lagi bagi menjalankan aktiviti kepartian dalam kawasan tersebut lantaran keyakinan masyarakatnya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan menolak mereka.

Jelasnya, keazaman ahli-ahli UMNO di bahagian tersebut untuk terus memperteguhkan parti semakin berkobar-kobar dan yakin dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang, jumlah majoriti yang diperolehi akan bertambah.

"Keyakinan ini adalah berdasarkan kepada pelaksanaan semua janji-janji yang telah ditunaikan sepanjang penggal ini selain tidak ada isu tempatan yang boleh diambil peluang oleh pembangkang bagi dijadikan senjata untuk menusuk kita," katanya.

Beliau yang juga ahli Parlimen kawasan tersebut turut menekankan kesungguhan anggota parti dalam menyelesaikan setiap permasalahan di peringkat akar umbi juga telah memberi petunjuk baik kepada khalayak keseluruhannya.

"Dalam masa yang sama, kita sentiasa bersedia bergerak dalam satu pasukan dari peringkat akar umbi hinggalah ke pucuk pimpinan dan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apatah lagi telah terbukti banyak perkara yang telah dilakukan bagi mengurangkan beban kehidupan rakyat," katanya.

Terangnya, dalam usaha untuk melaksanakan tanggungjawab menjelangnya mesyuarat cawangan yang akan berlangsung 1 April depan, satu mesyuarat agung kelompok telah dirangka.

"Kita mempunyai landasan yang jelas dan kita mahukan mesyuarat agung cawangan ini menjadi satu contoh dan antara gerak kerja kita bagi membawa ahli-ahli UMNO bersama masyarakat untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

"Mesyuarat Agung Kelompok ini akan dirasmikan sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang akan menyampaikan amanatnya menjelang perjumpaan antara anggota cawangan."

Ujarnya, 'mood' rakyat sekarang amat baik dan memberikan sepenuh keutamaan kepada parti. - MediaUMNO

Berita Bertarikh 22 March 2012 (3 Hari Lalu) Pada 6:25 PM

Aloq Laloq: TERKINI!!! GAMBAR KESAN RIBUT <b>DI JASIN</b>...

Posted: 24 Mar 2012 04:25 AM PDT

Kesan kejadian ribut yang masih kelihatan di Kg Rim dan juga Kg Simpang Kerayung, Jasin. Tinjauan aloq mendapati hampir kebanyakkan rumah telah siap dipulihkan daripada kesemua 50 buah rumah yang terlibat. 
Kepantasan pihak Kerajaan mengambil tindakan membuatkan penduduk melahirkan rase bersyukur yang tidak terhingga kepada Kerajaan. Difahamkan tinggal sedikit sahaja lagi rumah yang masih menunggu untuk dipulihhara.
Keprihatinan pemimpin turut ditunjukkan dengan lawatan yab KM dan juga kedua-dua yb parlemen dan adun. Masing-masing mereka juga menghulurkan sumbangan peribadi manakala kos pembaikkan khabaunya ditanggung oleh PERTAM.
Yang peliknya tak ade pulak wakil-wakil parti yang memperjuangkan kebajikan rakyat datang untuk bertanya khabau. Mungkin mereka terlalu sibuk untuk menjengah kerana bussy dengan agenda menawan Putrajaya. Hahaha.

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


KECEWA KEPUTUSAN SPM 2011 REMAJA MINUM RACUN

Posted: 22 Mar 2012 03:22 PM PDT

Remaja kecewa dengan keputusan SPM 2011 – minum racun

ALOR GAJAH: Akibat kecewa dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperoleh, seorang remaja nekad meminum racun di Durian Tunggal, di sini, pagi kelmarin.

Remaja berkenaan, E Premkumar, 18, mati ketika menerima rawatan di Hospital Melaka kira-kira jam 11.45 pagi semalam.

racun remaja kecewa keputusan spm 2011 minum racun

Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, remaja itu ditemui lemah oleh rakan sekolahnya di pekan berkenaan lalu dikejarkan ke hospital.

Bapa mangsa, K Eswaran, 45, berkata, dia menghantar anaknya ke sekolah di Durian Tunggal jam 10.30 pagi untuk mengambil keputusan SPM.

"Premkumar meminta saya pulang dulu dan memberikan RM20 kepadanya untuk belanja kerana memberitahu ingin keluar minum bersama rakannya.

"Saya difahamkan, ketika di pekan Durian Tunggal, anak saya mengasingkan diri daripada rakannya sebelum ditemui tidak bermaya," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka, di sini, semalam.

Menurutnya, dia difahamkan, anaknya itu mengalami tekanan emosi selepas gagal dalam SPM.

Bagaimanapun, katanya dia tidak pula memarahinya atau memberi amaran kepadanya sekiranya dia gagal dalam peperiksaan kerana sudah bekerja di kilang di Singapura sejak empat bulan lalu.

"Premkumar baru pulang dari Singapura sehari sebelum kejadian untuk mengambil keputusan SPM dan merancang pulang semula ke negara itu pada hari ini (semalam) bagi menyambung semula kerjanya.

"Saya tidak menyangka Premkumar sanggup bertindak sedemikian gara-gara kecewa keputusan SPM diperoleh," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, mengesahkan kejadian.

Artikel Dan Info Terdahulu

  1. KONTROVERSI IKA NABILA MINUM ARAK
  2. MAUT KETIKA MENONTON BOLA MALAYSIA VS INDONESIA 2011
  3. TIGA REMAJA MAUT KEMALANGAN DI KAMPUNG WAKAF LICHONG
  4. TIKET RM50 FINAL PIALA MALAYSIA 2011-PENYOKONG KECEWA
  5. GAMBAR JOHAN AS'ARI KECEWA DENGAN IZREEN

04 di ramuan china - Google Blog Search

04 di ramuan china - Google Blog Search


Letupan: Kadar jenayah <b>di</b> Masjid Tanah tetap terkawal <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2012 11:42 PM PDT

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, mengganggap kadar jenayah yang berlaku di kawasan parlimennya iaitu Masjid Tanah tetap terkawal meskipun pernah berlaku kejadian letupan bom di Ramuan China Besar kadar jenayah yabaru-baru ini.

NONEMenurutnya, pihak keselamatan sentiasa memberikan perhatian yang serius sebagai usaha membantu mengurangkan kejadian jenayah.

"Berhubung kejadian letupan bom di Ramuan Cina Besar sehingga mencederakan seorang gadis, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan bertolak ansur dalam menjalankan siasatan sehingga ke akar umbi bagi mengenalpasti dan mengesan pihak bertanggungjawab.

"Ia termasuk bagaimana punca kejadian itu boleh berlaku dan siasatan masih giat dijalankan oleh pihak polis. Tindakan yang sewajarnya akan diambil supaya kejadian seperti itu tidak lagi berlaku pada masa akan datang.

"Kes letupan bom itu diklasifikan sebagai kes terasing yang mana kejadian seumpama ini jarang berlaku," katanya.

Di samping itu beliau turut mengulas mengenai beberapa kejadian samun yang berlaku di kawasan parlimen tersebut dan rondaan membabitkan gabungan beberapa jabatan dalam Kementerian Dalam Negeri tetap diteruskan.

"Rondaan yang kini dilaksanakan membabitkan masyarakat setempat, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), PDRM, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Jabatan Imigresen bagi menangani kejadian tidak diingini.

"Rondaan yang lebih meluas dan secara keseluruhan ini akan terus dijalankan di kawasan-kawasan setempat bagi menangani kejadian jenayah dengan kerjasama orang awam," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyentuh soal lanjutan penguatkuasaan 6P berkaitan pemutihan Pendatang Tanpa Izin (PATI).

"Ia bertujuan memberi peluang kepada PATI berkaitan kelewatan mendaftar dan pihak kerajaan masih menggunakan budi bicara dalam menangani masalah PATI di negara ini.

"Program 6P ini dijadualkan akan berakhir pada awal April ini bagaimanapun jika tindakan lanjutan yang diberikan ini masih tiada sebarang perubahan dan perkembangan, penguatkuasaan akan dilaksanakan secara teliti," katanya.

- malaysiakini

04 di batu berendam - Google Blog Search

04 di batu berendam - Google Blog Search


Trading the Intraday Breakouts | Free Forex And Gold Signals

Posted: 21 Mar 2012 10:58 PM PDT

Salam.

  1. Kelas Pattern and Strategies: Gold, Silver and Commodity Currencies akan di adakan pada 2 April di Batu Berendam Melaka. Fee RM500.
  2. Kelas Analisis Teknikal Harga Emas akan di adakan di Hotel Park Avenue, Sg Petani pada 7 April ini. Fee RM300.

Hubungi saya untuk pendaftaran. TQ

__________________________________________________________________________________

Good day traders!

When trading intraday breakouts, or when engaging in any type of trading, for that matter, it is important for traders to use every type of advantage possible. We want to search for situations in which the odds are in our favor and then take action.

Breakouts falls into three general type; real breakout, false breakout and pre mature breakout. A real breakout is spotted by an upward or downward movement of the price in a more convincing fashion. That is to be said, it is represented by either a long white or black candlestick or better, a marubozu. This is what we called candlestick attitude.

A false breakout occurs when the price appears to break below support or above resistance, only to rise back above support or fall back below resistance. A premature breakout is somehow between this two breakouts. First it break the support/resistance level, then it rise/fall back to the levels, only to continue its breakout direction back.

In trading the market, consolidation patterns exists in many forms such as:

Consolidation Patterns Diagram

For today's purpose, I shall explain the ascending and descending triangles patterns.

Ascending and Descending Triangles

These two patterns create excellent intraday breakout opportunities, because the pattern itself establishesa directional bias for the currency or commodities pair.

An ascending triangle is formed by a combination of diagonal support and horizontal resistance. The diagonal support is drawn by using the trendline tool.

Ascending Triangle

In the case of this pattern, the bulls are gaining strength and buying at higher and higher levels, while the bears are merely trying to defend an established level of resistance. Since the bulls are more aggresive than the bears, they are more likely to prevail in this battle. The odds favor a breakout to the upside.

A descending triangle on the other hand is formed by a combination of diagonal resistance and horizontal support.

Descending triangle

In the case of this pattern, the bears are gaining strength and selling at lower and lower levels, while the bulls are merely trying to defend an established level of support. The bears are the more aggresive party in this case, so the odds favor a breakout to the downside.

Trend filter

When trading these patterns, traders can gain a further edge by:

  1. Checking the direction of the currency pair prior to the formation of the triangle pattern;
  2. The time of the day filter.

On top of that, to be able to understand the buildup before the breakout would be essential in forecasting the breakout direction.

Happy piping!

Shufaad

Scridb filter

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


Homestay Taman Kasa Height, <b>Alor Gajah</b> | Rumah Sewa

Posted: 21 Mar 2012 08:10 PM PDT

Publish date: March 22, 2012 3:11 am
Contact Name: Zakwan
Price: RM120
Region: Melaka
Location: Alor Gajah
Phone: 0163144088
Tags:

Selamat datang ke HOMESTAY WANAMY yang terletak di Taman Kasa Height , Alor Gajah, Melaka.

LOKASI STRATEGIK-

Bagi mereka yang berkunjung ke Bandar Alor Gajah ,amat sesuai di jadikan tempat penginapan untuk percutian, kenduri kahwin , temuduga, mesyuarat, rombongan dan lain-lain lagi.

Jarak yang berada di tengah antara Pusat Bandar Melaka (25 minit) dan Tempat Peranginan seperti Tanjung Bidara, Pangkalan Balak dll (20 minit).

Berdekatan dengan lebuhraya AMJ, Bandar Alor Gajah (500 m) Serta berhampiran dengan pusat pengajian seperti SMV Datuk Seri Md Zin, UiTM Alor Gajah, MRSM Alor Gajah, Kolej Risda, Kem PLKN Alor gajah dll Amat sesuai di diami waktu hantar anak-anak pendaftaran.

Berhampiran Taman Tema Air iaitu WATER WORLD A'Famosa (10 minit).

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN :-

- Mempunyai 3 Bilik Tidur dan 3 Bilik Air
- Mempunyai 1 + 1 Ruang Tamu ( Tingkat Atas dan Bawah). Lengkap dengan Sofa dan TV (Astro).
- Ruang Makan dan Dapur yang lengkap.
- Semua bilik, ruang tamu dan ruang makan di lengkapi kipas.
- Parkir kereta yang besar (memuatkan 2 buah kereta).
- Menyediakan TOTO dan bantal tambahan.

PENYEWA:

Sesuai untuk yang berkeluarga dan rombongan yang besar (2 – 3 keluarga)

CATERING:

Ada menyediakan sarapan, makan tengahari dan malam bergantung kepada permintaan. Harga boleh dibincangkan.

KADAR/RATE :-

RM 120.00 (Weekday spt Ahad sehingga Khamis)

RM 150 (Weekend spt Jumaat dan Sabtu)

Kadar Isimewa bagi yang menyewa lebih dari tempoh 2 hari.

CHECK IN/OUT :-

IN – 2.00 pm
OUT – 12.00 pm

* waktu check in/out adalah fleksible jika tiada penyewa lain pada hari berikutnya.

En Zakwan : 016 3144088 (owner rumah).

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


Dia buat dah: 10 rumah <b>di Sungai Rambai</b> dinaiki air

Posted: 26 Feb 2012 07:54 AM PST

Berita Harian Online | 10 rumah di Sungai Rambai dinaiki air: BUKIT MERTAJAM: Lebih 10 rumah dekat Sungai Rambai, Permatang Rawa, di sini dilanda banjir kilat hari ini, kali ketiga dalam tempoh seminggu.

Banjir kilat itu berlaku sejak jam empat pagi tadi selepas hujan lebat

kira-kira 30 minit dan air memasuki rumah penduduk sehingga ke paras paha. Seorang penduduk, Yusri Yusoff, 43, berkata banjir sejak awal pagi inipaling teruk dalam minggu ini ekoran aliran air hujan tersekat.

"Bila hujan lebat, kami penduduk di sini sudah mula bimbang kerana rumah
akan dinaiki air dan ia berlaku sejak bermulanya projek pembinaan Landasan
Berkembar Keretapi Elektrik Ipoh-Padang Besar dua tahun lepas," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Aiton Mohd Ariff, 47, berkata banjir hari ini menyebabkan kebanyakan perabot di rumahnya rosak akibat ditenggelami air.

"Sebelum ini banjir hanya melanda sekali atau dua kali dalam tempoh setahun,
tetapi kini setiap kali hujan lebat pasti kami akan berhadapan dengan banjir,"
katanya.

Siti Mariam Hashim, 42, pula berkata pembinaan parit berhampiran rumahnya
membuatkan kediamannya itu kerap mengalami banjir kilat apabila hujan.

Beliau berkata, sebelum ini parit sedia ada terletak kira-kira 200 meter
daripada rumahnya, tetapi kini ia dibina hanya tiga meter dari halaman rumah.

"Parit yang kecil dan sempit itu antara punca banjir besar di kampung kami,
jadi saya minta kerjasama pihak berkenaan untuk mendalam dan melebarkannya,
sekurang-kurangnya ia dapat meringankan penderitaan penduduk di sini," katanya. - BERNAMA

'via Blog this'

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH: Lencana Sekolah / School <b>...</b>

Posted: 17 Mar 2012 01:28 PM PDT


SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM

Sekolah Kebangsaan Serkam diasaskan daripada kesedaran cerdik pandai agama. Sekolah Pertama dibina di Serkam Darat pada tahun 1888 iaitu selepas Perang Rokam meletus di Serkam.

Pengasas sekolah ini ialah Dato' Demang Baba bin Dato' Sidang Saad. Beliau adalah pemimpin masyarakat jajahan ketika itu. Beliau merupakan anak watan yang begitu mementingkan pembelajaran anak-anak. Atas kesedaran dan rasa tanggungjawab yang begitu kuat serta kuasa yang ada padanya, akhirnya dengan bantuan dan kerjasama penduduk kampung maka terlaksanalah cita-citanya untuk membantu anak-anak buahnya mendapatkan pelajaran yang sewajarnya pada waktu itu. Ketika ditubuhkan murid di sekolah ini berjumlah 16 orang dengan tenaga pengajarnya seramai dua orang guru.

Pada tahun 1900, sebuah sekolah baru telah dibina di atas lokasi sekolah sekarang dengan nama Sekolah Melayu Serkam.

Pada tahun 1956 Sekolah Melayu Serkam bertukar nama iaitu Sekolah Umum Serkam.

Selepas merdeka sekali lagi sekolah ini bertukar nama iaitu Sekolah Kebangsaan Serkam hinggalah ke hari ini.

Bangunan tambahan pertama yang dibina iaitu sebuah bangunan kayu pada tahun 1924.

Diikuti bangunan tambahan kedua juga bangunan kayu iaitu pada tahun 1965.

Seterusnya bangunan tambahan ketiga sebuah bangunan batu pada tahun 1977.

Pada tahun 1990 Sekolah Kebangsaan Serkam mendapat sebuah lagi bangunan tambahan iaitu sebuah bangunan batu.

Dan pada tahun 1999 ini, Sekolah Kebangsaan Serkam mendapat sebuah lagi bangunan tambahan iaitu bangunan batu.

LENCANA DAN LOGO SEKOLAH


 1. UKURAN LENCANA

1.1) Tinggi – 3.0 cm
1.2) Lebar – 2.5 cm.

2. PENJELASAN LAMBANG
2.1) Buku – Ketinggian Ilmu (Pendidikan)
2.2) SKS – Sekolah Kebangsaan Serkam.
2.3) Padi – Sempena nama Kampung iaitu daripada perkataan " SEKAM".
2.4) Warna-warna :

2.4.1) Biru – Membawa maksud "MALAM".

2.4.2) Kuning – Bermaksud "SIANG".

* Gabungan kedua-dua warna tersebut membawa maksud "MASA UNTUK BELAJAR IALAH SIANG DAN MALAM".

2.5) Lencana ini mula diguna pakai oleh sekolah bermula pada tahun 1963 dan ianya telah dibentuk oleh guru-guru Sekolah Kebangsaan Serkam yang
pada ketika itu diketuai oleh Allahyarham Tuan Haji Talib Bin Sudi.

2.6) Sehingga sekarang lencana ini masih lagi diguna pakai oleh pihak sekolah sebagai lambang kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Serkam.

 SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

# Lencana ini merupakan sumbangan daripada pihak admin fb dari Sekolah Kebangsaan Serkam, Melaka.
# Diterima oleh KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH pada 5 Mac 2012.
# Jutaan terima kasih  diatas sumbangan ini. 
# Sumbangan lencana ini juga adalah hasil daripada maklumbalas pihak sekolah di Facebook Koleksi Lencana Sekolah..

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


Syarak Mengata , Adat Menurut: Chegubard dah merajuk dengan <b>...</b>

Posted: 15 Mar 2012 06:49 AM PDT


Ini bukan saya yang kata, orang yang kata, sebab orang Rembau rindukan ceramah Chegubard, sebab banyak perkara yang masih perlu dibantu di Rembau ini yang diharapkan oleh para pengundi di Rembau, dalam isu pengambilan tanah adat, pampasan tanah adat, projek perumahan terbengkalai di Lubok China, landasan terbang Rembau, UiTM Chengkau, Hospital Rembau dan beberapa isu setempat yang kurang diberi perhatian oleh penceramah peringkat pusat.

Merujuk akhbar Berita Harian 15 Mac 2012 , Ruangan Nasional pada mukasurat 22 artikel bertajuk "Tender bina Hospital Rembau dibuka bulan depan". Apa yang menarik perhatian ialah Hospital Rembau ini akan didirikan diatas tanah yang Kementerian Kesihatan beli dari Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNS) seluas 20 ekar.

PKNS menawarkan harga RM 22.00 untuk sekaki persegi. Ini bermakna sekitar RM19.2 juta untuk 20 ekar.

Akan tetapi kenapa tanah rakyat di Rembau yang diambil untuk Projek Landasan Keretapi Berkembar dibayar pampasan paling tinggi hanya RM 2.80 sekaki persegi? Ini bermakna harga tanah adat atau tanah rakyat ialah RM 121,968.00 seekar, sedangkan tanah PKNS ialah RM 958,320.00 seekar.

Kos 20 ekar untuk tanah Hospital Rembau ialah sekitar RM 19.2 juta. Sedangkan jika Kementerian Kesihatan ambil tanah rakyat atau tanah adat yang banyak di Rembau harganya hanya sekitar RM 2.4 juta untuk 20 ekar, iaitu penjimatan sebanyak RM 16.8 juta.

*********

Pembinaan Hospital Rembau bermula April ini – Menteri Besar

SENAWANG, 25 Jan 2012 – Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong.

http://n9kini.com/pembinaan-hospital-rembau-bermula-april-ini-menteri-besar

Nilai pampasan tanah adat sikit

Berita Harian 18 Julai 2009

REMBAU: "Kami hanya mahu ganti rugi yang setimpal berdasarkan nilai harta sebenar. Jangan aniaya kami hanya kerana kami orang kampung," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tanah Adat Rembau, Chik Tak Datuk Amat.

Chik Tak mendakwa, bayaran pampasan yang dinilai oleh jurunilai tanah pihak berkuasa tidak munasabah kerana terlalu rendah sehingga 50 peratus di bawah penilaian yang dibuat oleh jurunilai yang dilantik pemilik tanah.

"Bayaran RM1.20 hingga RM2.80 kaki persegi yang dibayar atas pengambilan tanah kami belum cukup untuk mendirikan rumah baru. Jadi, kami berharap penilaian semula tanah dapat dibuat bagi memberi keadilan kepada orang kampung," dakwanya.

http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/07/nilai-pampasan-tanah-adat-sikit.html

Pampasan tanah tidak cukup

Sinar Harian 22 Mac 2011

REMBAU - Walaupun sudah menerima wang pampasan RM120,000 berikutan rumah dan tanahnya di Kampung Chembong Halt terbabit dalam projek landasan kereta api berkembar Seremban-Gemas, namun jumlah itu didakwa masih tidak mencukupi.

Hasnah Latif, 76, mengakui tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan yang diberikan.

"Disebabkan itu, makcik dan suami terpaksa menyewa rumah di Taman Sri Rembau kerana impian kami untuk memperoleh rumah dan tanah yang diduduki seperti sebelum ini tidak kesampaian.

http://pasns.blogspot.com/2011/03/melayu-merempat-di-rembau-bila-kerajaan.html


ads