Sabtu, 24 Mac 2012

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


UMNO Online - Tiada Tempat Buat Pembangkang <b>Di Jasin</b>

Posted: 22 Mar 2012 03:25 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Tiada Tempat Buat Pembangkang Di Jasin

Oleh : Ropikah Ahmad

MELAKA, 22 Mac – Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Ahmad Hamzah menegaskan bahawa pakatan pembangkang tidak ada tempat untuk berkempen apatah lagi bagi menjalankan aktiviti kepartian dalam kawasan tersebut lantaran keyakinan masyarakatnya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan menolak mereka.

Jelasnya, keazaman ahli-ahli UMNO di bahagian tersebut untuk terus memperteguhkan parti semakin berkobar-kobar dan yakin dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang, jumlah majoriti yang diperolehi akan bertambah.

"Keyakinan ini adalah berdasarkan kepada pelaksanaan semua janji-janji yang telah ditunaikan sepanjang penggal ini selain tidak ada isu tempatan yang boleh diambil peluang oleh pembangkang bagi dijadikan senjata untuk menusuk kita," katanya.

Beliau yang juga ahli Parlimen kawasan tersebut turut menekankan kesungguhan anggota parti dalam menyelesaikan setiap permasalahan di peringkat akar umbi juga telah memberi petunjuk baik kepada khalayak keseluruhannya.

"Dalam masa yang sama, kita sentiasa bersedia bergerak dalam satu pasukan dari peringkat akar umbi hinggalah ke pucuk pimpinan dan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apatah lagi telah terbukti banyak perkara yang telah dilakukan bagi mengurangkan beban kehidupan rakyat," katanya.

Terangnya, dalam usaha untuk melaksanakan tanggungjawab menjelangnya mesyuarat cawangan yang akan berlangsung 1 April depan, satu mesyuarat agung kelompok telah dirangka.

"Kita mempunyai landasan yang jelas dan kita mahukan mesyuarat agung cawangan ini menjadi satu contoh dan antara gerak kerja kita bagi membawa ahli-ahli UMNO bersama masyarakat untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

"Mesyuarat Agung Kelompok ini akan dirasmikan sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang akan menyampaikan amanatnya menjelang perjumpaan antara anggota cawangan."

Ujarnya, 'mood' rakyat sekarang amat baik dan memberikan sepenuh keutamaan kepada parti. - MediaUMNO

Berita Bertarikh 22 March 2012 (3 Hari Lalu) Pada 6:25 PM

Aloq Laloq: TERKINI!!! GAMBAR KESAN RIBUT <b>DI JASIN</b>...

Posted: 24 Mar 2012 04:25 AM PDT

Kesan kejadian ribut yang masih kelihatan di Kg Rim dan juga Kg Simpang Kerayung, Jasin. Tinjauan aloq mendapati hampir kebanyakkan rumah telah siap dipulihkan daripada kesemua 50 buah rumah yang terlibat. 
Kepantasan pihak Kerajaan mengambil tindakan membuatkan penduduk melahirkan rase bersyukur yang tidak terhingga kepada Kerajaan. Difahamkan tinggal sedikit sahaja lagi rumah yang masih menunggu untuk dipulihhara.
Keprihatinan pemimpin turut ditunjukkan dengan lawatan yab KM dan juga kedua-dua yb parlemen dan adun. Masing-masing mereka juga menghulurkan sumbangan peribadi manakala kos pembaikkan khabaunya ditanggung oleh PERTAM.
Yang peliknya tak ade pulak wakil-wakil parti yang memperjuangkan kebajikan rakyat datang untuk bertanya khabau. Mungkin mereka terlalu sibuk untuk menjengah kerana bussy dengan agenda menawan Putrajaya. Hahaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads