Penaung KBTBB iaitu En. Zulkifli Othman mendahului rombongan K2N II dari Malaysia yang mendapat kalungan pertama sebagai tetamu VVIP di Saung Ujo.Kehadiran Pengerusi JKKK Batu Berendam, Melaka bukti sokongan pemimpin tempatan dari Malaysia juga menyokong Acara K2N II yang berlangsung di Bandung.
Kehadiran tetamu dan peserta K2N II di Saung Ujo membuktikan "basikal tua memperkukuhkan persahabatan serumpun". Semuanya hadir dengan pakaian tradisional masing-masing. Rombongan K2N Malaysia hadir memakai baju melayu dan bersamping (songket) dan wanita memakai baju kurung/kebaya manakala sahabat-sahabat di Indonesia memakai batik tradisional.En. Roslan Mat Nong yang mewakili Delegasi dari Malaysia memberikan ucapan pembukaan pada Majlis Perasmian K2N II.
En. Roslan menyampaikan ucapannya di hadapan tetamu dan peserta-peserta K2N II (Malaysia - Indonesia).
Bapak Ayi Vivananda yang mewakili Walikota Bandung menyampaikan ucapan alu-aluan menyambut kedatangan rombongan K2N Malaysia ke Bandung. Beliau sendiri meminati aktiviti berbasikal dan menyatakan sokongannya terhadap Acara K2N.
Pertukaran cenderahati di antara kedua-dua negara iaitu Malaysia yang diwakili En. Roslan dan Indonesia diwakili oleh Bpk Ayi diiringi oleh En. Gafar (Pengerusi JKKK Bt. Berendam) dan Sdr. Alias (Pengerusi KBTBB).
Fokus dan enjoy... rombongan K2N II bukan sahaja hadir untuk mengayuh basikal tetapi berpeluang mengenali dan mendekati budaya masyarakat Bandung.Acara ini tak perlu diperkenalkan lagi... inilah acara yang ditunggu-tunggu oleh "kaki joget lambak"... Pengerusi dan Naib Pengerusi KBTBB dah tak boleh tahan... tu diaaaaa....cewah-cewahhh...
Pastinya aksi-aksi berbasikal tua seperti ini tidak ada di Malaysia... hanya di Bandung sahaja kita boleh lihat... aksi ini dilakukan oleh sahabat-sahabat PSB Bandung.
Orang kayuh basikal pakai kaki...kawan kita sorang nie...kayuh basikal pakai tangan daa... aksi macam nie...putuih tali kasut pun tak boleh tengok kat mana-mana kat Malaysia... kancin gigi tengok oooo...
Ini sebahagian daripada tugasan Ketua Projek... bukan cukup sekadar pandai cakap jer... dari buat Projek Paper sampai menguruskan acara tauu... semua boleh bikin "multi-tasking"... jawap soalan yang susah-susah dari Media pun kerja KP.
Barisan kepimpinan dari dua negara (kiri) Kang Aboy (Ketua PSB Bandung), Sdr. Alias Omar (Pengerusi KBTBB) dan Pak Diar (mewakili Ketua KOSTI Pusat)
Menikmati makan malam masakkan Sunda di Saung Ujo bersama-sama.. kelihatan di gambar En. Zulkifli bersama ahli-ahli KBTBB...
Terpahat sebagai sejarah dan kenangan yang tidak akan dapat dilupakan... kumpulan pelopor basikal tua dari Malaysia yang berjaya mengadakan dan menjayakan Acara K2N II demi negara dan bangsa serta warisan generasi akan datang. Inilah sumbangan kami pada warisan basikal tua...
...