Khamis, 15 Mac 2012

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


PASPB: PRU 13!!! UMNO dah tidak yakin pertahan Johor

Posted: 14 Mar 2012 09:00 PM PDT

JOHOR BAHRU – Gara-gara kedatangan dan ucapan yang dikeluarkan oleh dua pemimpin tertinggi negara ke negeri Johor dalam jarak yang singkat nyata membayangkan tahap kegusaran pimpinan UMNO negeri ini yang berada dalam kebimbangan yang amat sangat.

Terbaru, dalam kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri ketika mengadakan lawatannya jumaat lepas telah mencetuskan keraguan apabila ungkapan 'rasa' terpacul daripada mulut pemimpin nombor wahid itu.

Hal ini menunjukkan tahap keyakinan untuk mengembalikan zaman kegemilangan BN suatu masa dahulu kini berada pada aras yang paling rendah maka tidakpun ia mungkin boleh dimuziumkan dalam jangka waktu terdekat ini.


"Alhamdulillah jelas rakyat Johor ceria dan rasa-rasanya masih lagi sebuah negeri yang terasnya BN.

"Saya boleh rasa seperti mana yang telah saya beritahu Menteri Besar, mesti bekerja keras dengan semua kelompok rakyat Johor dan seluruh negara untuk mendapatkan sokongan rakyat," katanya lagi yang dipetik Sinar Harian.

Sementara itu, dalam laporan Ibn bacoks sebelum ini menyebut kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri ke Parlimen Simpang Renggam dipercayai dibuat bagi menyaingi asakan pembangkang yang berkubu di situ pada program Jom Ubah.
Bagaimanapun, ucapan Muhyiddin kepada orang ramai di Machap itu belum cukup untuk menyakinkan rakyat kerana masalah lalat yang menghantui penduduk di situ belum menunjukkan tanda-tanda penyelesaiannya.

Dalam pada itu, apabila Puteri UMNO bahagian terbabit yang turut melancarkan program Projek Puteri Prihatin Klinik Bergerak bagi mengesan dan membantu golongan pesakit kronik kawasan tersebut telah menguatkan lagi dakwaan bahawa keyakinan untuk mengekalkan prestasi sebagai deposit tetap BN bakal berkubur dalam PRU 13 nanti.

Malah, Datuk Razali Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini dengan menyeru jentera parti mereka tidak hanya bersandarkan kepada sokongan rakyat semata-mata.

Hal ini, kerana tsunami politik yang berlaku pada PRU 12 yang lalu mengubah landskap BN untuk berdepan dengan PRU 13 berikutan ia pasti tidak menjanjikan kemenangan mudah buat sebuah parti 'veteran' sedemikian.

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


For The Bride & Groom: Sesi Pasang Pelamin <b>Di Klebang</b> Ipoh

Posted: 01 Mar 2012 10:02 AM PST

Pelamin Mini Nikah
Tema : Biru Putih






04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


Birding On Bike: <b>Tanjung Tuan</b> Raptor Watch 7 - 9 March 2012

Posted: 14 Mar 2012 04:15 AM PDT

I left Penang on Tuesday to Tanjung Tuan, Malacca to join the raptor watch... annual event conducted to count the number of raptors passing Tanjung Tuan from Sumatra.
Tanjung Tuan lighthouse (Cape Rachado) - was build in the19th century, overlooking Malacca straits - the cape is the closest point of Peninsular Malaysia and Sumatra island of Indonesia (Rupat island) 
The observation point - Facing out the sea direction - in which raptors that migrate from their wintering ground in Sumatra will cross the sea to mainland before proceed further north to their breeding ground.
Oriental Honey Buzzard - making up to more than 90% of total raptor counted at Tanjung Tuan, every spring migration. 
This is one of the 1,200+ Oriental Honey Buzzard that cross the straits of Malacca on Wednesday.
The Flock of Honey-Buzzard
On my first day, there were over 1,200 Oriental Honey Buzzard and 11 Grey-faced Buzzard. On Thursday, the count does not exceed 200 birds and on Friday the number continue to decrease (except for species).
White-bellied sea Eagle is one of the resident raptors occur in Tanjung Tuan.

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


Destinasi Pelancongan : Kolam Air Panas Gadek, <b>Alor Gajah</b> <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2012 09:24 AM PDT


Assalamualaikum.....

Tempat pelancongan ini berdekatan dengan kampung saya iaitu Kampung Tanjung Rimau Dalam.  Masa zaman sekolah menengah dahulu sekitar tahun 1997-1999, kerap juga pergi bermandi-mandian di sini. Air panas dari sumber asli ini memang ada khasiat yang tertentu seperti menghilangkan gatal-gatal kulit, sengal-sengal tulang dan menyegarkan tubuh badan.  Kini Kolam Air Panas Gadek sudah mengalami transformasi yang menarik dengan beberapa pengubahsuaian yang cantik dan difikirkan ia dapat menjadi tarikan pelancong untuk singgah.

Segala kemudahan asas disediakan dan paling penting ada surau yang berdekatan dengan tapak letak kenderaan. Ia juga berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Ganun, kawasan kampung dan kawasan perumahan.

Kolam Air Panas Gadek terletak 25 km dari Bandar Melaka menerusi laluan ke Tampin, merupakan kebanggaan penduduk Alor Gajah kerana kawasannya begitu istimewa dengan wujudnya sebuah kolam air panas yang sentiasa panas dan dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kulit.  Kawasan ini telah diberi wajah baru yang turut dilengkapi dengan kemudahan seperti restoran, bilik mandi, bilik persalinan pakaian dan tandas.

Kolam Air Panas Gadek terletak di Alor Gajah, Melaka dan sesuai dilawati jika anda berkunjung ke A-Famosa resort atau dalam perjalanan ke pekan Tampin atau Alor Gajah. Jaraknya dari A-Famosa resort adalah kira kira 10 minit perjalanan memandu, manakala dari bandaraya Melaka adalah kira kira 30 kilometer.

Bayaran masuk -

  • Dewasa  : RM 4.00
  • Kanak-kanak : RM 2.00
Waktu Operasi -
Ringkasan sejarah -

Kewujudan kolam air itu dikatakan mula diketahui ramai apabila penduduk Kampung Gadek "menyiasatnya" selepas mendapati ramai pegawai dan anggota tentera British tinggal di kawasan berhampiran kolam tersebut. Keadaan ini membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya akan keistimewaannya apatah lagi terdengar desas-desus bahawa ia dijadikan sebagai tempat tentera British merawat penyakit.

Selepas Tanah Melayu bebas dari penjajah, penduduk kampung mendapati kawasan tersebut mempunyai khazanah alam semula jadi iaitu sumber air panas yang asli dari dalam tanah yang dikatakan ada laluan "mata air" yang "terkena" lintasan lahar gunung berapi yang berdekatan dengan perairan Malaysia.

ads