ads

Jumaat, 7 Jun 2013

04 di ayer keroh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

04 di ayer keroh - Google Blog Search


Seram Giler La: Lembaga Di Pokok <b>Di Ayer Keroh</b> (Kisah Seram)

Posted: 03 Jun 2013 07:04 PM PDT

Lembaga Di Pokok Di Ayer Keroh (Kisah Seram) | Ingin saya menceritakan tentang kisah sewaktu saya memandu kereta menuju ke KL. Kira2 lapan bulan yang lalu saya pandu kereta ke KL untuk berjumpa dengan suami yang bekerja di sana sedangkan saya bekerja di Perak.

Saya mula memandu sekitar pukul 3 petang dan dijangkakan sampai sekitar pukul 8 malam tetapi pada hari itu terlambat sedikit disebabkan hujan lebat dan kemalangan jalan raya yang agak seram. Saya tiba di satu perhentian pam minyak Shell di Ayer Keroh untuk berehat kerana hujan dan petir yang kuat. Saya pun nak ke tandas tapi bila saya berhentikan kereta dan baru nak menguap saja, tiba2 saya terpandang di salah sebuah pokok betul2 dekat dengan stesen pam minyak Shell tu saya ternampak seperti bentuk perempuan yang berbaju putih sedang bertenggek di atas pokok dan menggoyangkan kakinya...

Pada mulanya saya tak pasti apakah benda itu. Saya cuba tenungkan, Masya-Allah!!! "PONTIANAK" yang saya nampak!!! Takutnya saya hanya Tuhan saja yang tahu... Tak jadi nak ke tandas, saya mulakan perjalanan sebelum tu saya memutarkan klip2 MP3 ayat2 suci Al-Quran". Sepanjang perjalanan saya mengaji sama Iitu saja kisah seram saya...

di negeri melaka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri melaka - Google Blog Search


MCA <b>Melaka</b> letak semua jawatan <b>di</b> peringkat kampung hingga <b>...</b>

Posted: 07 May 2013 03:12 PM PDT

Posted on May 8, 2013, Wednesday

MELAKA: Anggota MCA Melaka yang memegang jawatan dari peringkat kampung hingga ke peringkat negeri akan meletak jawatan mereka hari ini.

Pengerusi MCA Melaka Datuk Gan Tian Loo berkata, keputusan itu dibuat bagi menghormati resolusi pucuk pimpinan MCA pusat yang menetapkan tiada wakil parti itu dalam kerajaan negeri ekoran prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas.

"Esok (semalam), kesemua ahli MCA yang menjawat apa-apa jawatan di negeri ini…ketua kampung, ahli jawatankuasa dan kemajuan kampung, pegawai seranta, ahli lembaga pelawat hospital, penyelaras Japerun (Pejabat Jawatankuasa Dewan Undangan Negeri) semua akan letak (jawatan).

"Kita juga tidak akan menyertai barisan Exco kerajaan negeri Melaka," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, ketiga-tiga calon MCA yang menang pada PRU13 iaitu Datuk Lai Meng Chong bagi kerusi DUN Machap, Lim Ban Hong (Klebang) dan Datuk Ng Choon Koon (Bemban) juga bersetuju untuk tidak menerima tawaran sebagai anggota exco.

Katanya beliau akan berbincang dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Ir Idris Haron bagi menjelaskan pendirian itu.

Perwakilan khas MCA sebelum ini mengumumkan untuk tidak menerima sebarang jawatan sama ada di peringkat kampung hingga ke persekutuan sekiranya parti itu mencatatkan keputusan lebih buruk berbanding pilihan raya 2008.

Selepas PRU12, dua anggota MCA Melaka dilantik sebagai exco kerajaan negeri dengan Datuk Seet Har Cheow sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Pekan Kecil, Pemulihan Projek dan NGO serta Gan sendiri selaku Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Belia dan Sukan.

Seet yang merupakan bekas ADUN Klebang bagaimanapun tidak tersenarai sebagai calon BN pada PRU13 manakala Gan kalah kepada calon DAP Goh Leong San di DUN Duyong dengan majoriti 205 undi.

Pada PRU13, MCA bertanding di tujuh DUN dan dua kerusi Parlimen di negeri ini.

Di IPOH, Datuk Dr Mah Hang Soon, yang mempertahankan kerusi DUN Chenderiang pada pilihan raya umum Ahad lepas, berkata beliau menghormati keputusan pucuk pimpinan parti dan menolak sebarang jawatan dalam kerajaan negeri jika ditawarkan.

Dr Mah, satu-satunya Adun BN daripada MCA di Perak, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan persetujuan yang dicapai dan diluluskan pada mesyuarat agung luar biasa parti itu sebelum ini.

"Sebagai orang parti (party man), saya menghormati dan menurut keputusan yang dibuat oleh parti…saya tidak akan terima (sebarang jawatan).

"Agenda diri tidak penting, yang penting agenda untuk seluruh masyarakat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini semalam.

Dr Mah yang sebelum ini ialah Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam berkata beliau akan menumpukan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasannya. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved