Ahad, 19 Januari 2014

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


Berhoneymoon <b>Di</b> Philea Resort & Spa, <b>Ayer Keroh</b> Melaka.

Posted: 05 Jan 2014 09:26 PM PST

Lambat sket citer pasal percutian dihujung minggu ktorang 2 hari 1 malam di hotel yang bertaraf lebih daripada 5 bintang pada aku lah kan.
Kite citer overall pasal resort Philea & Spa ni dulu ek, lepas tu baru citer yang lelain.
Memang tak sangka dalam kawasan Ayer Keroh yang pesat membangun ni ada satu kawasan yang cukup indah dan cantik ala-ala di Eropah gituh.
Ktorang sampai sini just nice before 2pm. So sementara tunggu blogger lain sampai lepak-lepak sambil ktorang dihidangkan welcome drinks dan wet towel untuk sejukkan muka. Semua guest yang check in di sini dapatlah. Ini memang one of diorang punya service.
blogger tian chad pun ade gak
Ini adalah buggy yang bawak ktorang ke bilik. Sebenarnya bukanlah jauh mana pun but ramai orang cakap naik buggy ni macam naik roller coaster. Memang ye pun, sangat awesome. Terkekek ktorang ketawa.
Pavilion Room  - tolong bergambo sat Mr Big ek
Philea Suite - orang honeymoon duk bilik ni
Once masuk je dalam kawasan resort Philea ni, erm kagum sekejap. Memang memang sangat cantik. Dalam resort Philea, ada 3 jenis bilik iaitu Pavilion Room (180 bilik), Philea Suite (19 bilik) dan Royal Villa (2 rumah 2 tingkat).
Mehlah aku bawak melawat sekitar resort ni ek.
waterfall - boleh bergambo tapi x leh swim ye

area bilik macam kat oversea resort ek

swimming tunggu aku datang

tak boleh nak sesat ek coz guide ni ade disepanjang jalan


Sangat cantik uols, tak terkira cantiknya. Rasa kalau boleh nak tiap-tiap minggu datang lepak kat sini, memang peaceful lah.
Actually ktorang dijemput untuk merasai Romantic Vacation Package 2014 bagi pasangan baru kahwin untuk menikmati honeymoon mereka. Alah pasangan yang dah lama kahwin cam aku ni pun boleh jugak enjoy.
Ok, now gambo dalam bilik plak
sayang plak nak tidur ek...


lepas makan ramai berendam dalam swimming pool ek, tapi muat ke nak masuk 2 orang ni kakakakaka
Yelah tempat best, bolehlah mood romantik tu dipanjang-panjang kan. So haruslah ada bunga, candlelight dinner dan memacam yang romantik lah.
Minimum 3 nights' accommodation with complimentary room upgrade to Philea Suite
Daily breakfast in the privacy of your suite
Welcome fruit platter, bottle of sparkling juice, honeymoon cake and flower petals décor in your suite
Complimentary daily-refilled mini bar offerings
'Ikan Bakar' dinner at Umbai with complimentary return transfer
Romantic and private candlelit dinner
Entrance tickets to the Taman Mini Malaysia cultural park for 2 persons
Return airport transfers (KLIA – Resort – KLIA / KL Hotel)
Terms & Conditions ● 3 days advance booking is required ● Extension night at RM350 nett per room with breakfast for 2 persons ● Full pre-payment is required upon reservation

Pada malam candle light dinnernya ktorang di hidangkan menu-menu yang ala-ala romantika di amour. Just dinner depan bilik je sambil di dendangkan dengan lagu-lagu romantik. Siap ada pelayan lagi akan serve setiap hidangan.
Pink romantic prawn bed of poached plum tomato, gratin mozzarella cheese green crips sald on citrus shallor dressing
roulade leg of chicken stuffing farce accompanied baked creamy pumpkin cannelloni herbs pimentos sauce
pan seared atlantic white cod fillet lap of vegetable ratatouille saffron foam reduction
distinction sweet gourmet warm chocolate volcano, glutinous layer screw pine essence layer tiramisu & apple pie
*food photo cilok dari blogger issac.net (dah mintak permission dulu tau, gambo aku lesap plak tetiba)
So nyanyilah sambil makan tu ek, sambil bercamwhore berdua je hahahahha
Itu je yang sempat aku sharekan dalam entry Romantic Vacation Package 2014 ni. Ada lagi banyak pakej untuk kita enjoy bila berada di sini. So stay tune untuk next entry coming up. Tak kan nak citer semua dalam 1 entry, muak karang korang membaca ni.
Apa pun terima kasih kat Philea Resort & Spa for this special weekend gateaway untuk ktorang. Memang sangat awesome percutian di sini. Rasa macam tak nak je balik.
Alah kalau nak bercuti bawak family lagi best coz tempat ni sangat sesuai gak untuk family ye.
So stay tune for other entry ye, ek ada lagi sambungannya tau..

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


NGERI! 4 Gambar Penunggang Motorsikal Kawasaki Putus <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2014 06:22 AM PST

Jasin: Seorang lelaki putus pergelangan kaki kanan selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya ...

http://mymedialab.blogspot.co.at/2014/01/ngeri-4-gambar-penunggang-motorsikal.html

Jasin: Seorang lelaki putus pergelangan kaki kanan selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabit kemalangan di Kilometer 30 Jalan Merlimau-Jasin, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi, motosikal Kawasaki Versys 650 ditunggang Syed Mustapha Kamal Syed Kassim, 59, dari arah Jasin ke Merlimau dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bergesel dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra dipandu Ketua Balai Polis Sungai Rambai Sarjan Mejar Kamaridzman Khanafee. 

Difahamkan, ketika kejadian, Kamaridzman dalam perjalanan dari Merlimau ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin untuk menghadiri mesyuarat. 

Kemalangan mengakibatkan Syed Mustapha Kamal putus pergelangan kaki kanan dan dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang Syed Mustapha Kamal dari arah Jasin ke Merlimau memasuki laluan bertentangan sebelum bergesel dengan MPV berkenaan yang datang dari arah Merlimau ke Jasin.

"Dipercayai mangsa yang menunggang motosikal memotong beberapa kenderaan lain di depan dan memasuki laluan bertentangan sebelum motosikalnya bergesel dengan Naza Citra dipandu Kamaridzman. 

"Kemalangan mengakibatkan pergelangan kaki kanan mangsa putus selepas tersangkut di ruang antara tayar depan dan bumper MPV berkenaan sebelum terjatuh, manakala MPV itu rosak di sebelah kanan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.


--------------------

Kemalangan melibatkan sebuah motorsikal Kawasaki dengan kereta MPV Naza Citra berlaku di Jalan Jasin, Merlimau, Melaka.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.30 pagi itu, kemalangan berpunca dari penunggang motorsikal Syed Mustapha Kamal yang datang dari arah Jasin telah masuk ke laluan bertentangan lalu bergesel dengan kereta Naza Citra yang dipandu oleh SM Kamaridzman

Laporan penuh menyusul..

Sumber gambar dari DTR

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di serkam</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Dec 2013 01:13 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Keturunan Tok Kepau: TOK ANDAK <b>SERKAM</b> & SUNGAI BENTAYAN

Posted: 07 Nov 2013 05:30 AM PST


MENYELUSURI WARISAN  TOK ANDAK  SERKAM
Nama sebenarnya ialah Hj Md Said bin Penghulu Marsah  bin Tok Senin. Beliau dilahirkan dikampung Serkam Melaka, mempunyai 14  orang adik beradik, tetapi yang diketahui setakat ini ialah  9 orang sahaja, iaitu: Landa binti Marsah, Hj Md Said (Tok Andak ) bin Marsah, Penghulu Amar bin Marsah, Jamaludin bin Marsah, Md Aris bin Marsah, Satariah binti Marsah, Senah binti Marsah bersuamikan Penghulu Kaem, Badariah binti Marsah bersuamikan Lajis, dan Nanggau bin Marsah (Jurai ini banyak terdapat di kampung Sungai Rambai.)
Hj Md Said (Tok Andak) mempunyai 2 orang isteri yang dikahwini nya, iaitu isteri pertama nya bernama Suri binti Sa'ban, namun tidak dikurniakan zuriat. Manakala isterri kedua nya pula bernama Sa'diah. Menurut setengan kaul mengatakan , isteri keduanya  Sa'diah ini ialah anakanda kepada Temenggong Ibrahim (Daeng Ronggek) ibni Temenggong Abd Rahman Johor. Melalui perkahwinan ini dikurniakan anak ia itu: Hj Kamaludin beristerikan Nye (Beliau lah yang meneroka lorong pandan Melaka), Hj Hasanuddin (Jurai ini banyak terdapat di kampung Sungai Rambai, kebanyakan nya menjadi pegawai syarak), Hj Md Zin, Hj Md Ali, Bijah, Kamariah, Timah, Hajjah Che'Mah bersuamikan Tannuddin (Tannuddin ini ialah berkaum dengan kerabat Tun Tan Cheng Lok , Melaka), Halimah, Jagoh (Beliau lah yang meneroka kampung Bukit Senggeh Melaka), Nukiah, Liah, dan Temah bersuamikan Hj Muhamad.
Ada pun jurai keturunan ini banyak terdapat di Serkam, Tedung, Muar, Semerah, Sungai Balang, Bukit Senggeh, Sungai Rambai, dan ada juga tempat tempat lain yang tidak dipenakan disini. Keturunan ini juga banyak menelurkan ramai cendikiawan, ulamak , Ahli politik, Ketua masyarakat, orang orang seni, dan orang orang kenamaan yang berjawatan penting di Malaysia. Ada setengah riwayat  mengatakan keturunan ini ada yang merantau  dan semende menyemenda melalui perkahwinan dengan keturunan Melayu Patani di Thailand, dan dengan kerabat kesultanan Sulu di Filipinah. Namun perhubungan kekeluargaan telah terputus dan tidak dapat dikesan hingga kehari  ini.
Semasa hayat nya Hj Md Said (Tok Andak) ini, berjawatan sebagai tuan Imam dan ulamak yang disegani dan tersohor bukan sahaja dikampung Serkam, malahan diluar kawasan itu, sehinggakan kampung Serkam mendapat jolokan sebagai serambi Mekah. Dizaman beliaulah , anak anak  kariah di Serkam telah bergotong royong  membina sebuah mesjid pada tahun 1853 dibawah pengawasan beliau sendiri dan dibantu olih adindanya Penghulu Amar bin Penghulu Marsah.
Mengimbau kembali sejarah penglibatan nya didalam satu pemberontakan yang dinamakan perang rokam . Peristiwa ini berlaku pada tahun 1887, yang mana penduduk Serkam yang dipimpin olih Hj Md Said (Tok Andak) tidak berpuas hati , terhadap sistem baru pembayaran cukai yang diperkenalkan olih pihak British. Olih kerana rundingan menemui jalan buntu  , maka pihak British yang dipimpin olih pesuruh jaya tanah di Melaka bernama BH Alcum  telah datang ke Serkam dengan membawa sejumlah besar mata mata lengkap bersenapang dan bersakur, menaiki kerita kuda dari Melaka, bagi menakut nakutkan penduduk Serkam  yang telah pun bersedia dengan alat senjatanya , bagi menghadapi  sebarang kemunkinan.
Didalam keadaan yang amat genting , Sultan Abu Bakar Johor telah menjadi orang tengah , mengundang Hj Md Said (Tok Andak) dan anak anak buah nya berpindah ke Muar. Kumpulan ini berperahu dari Serkam  memasuki sungai Muar , seterusnya memudiki sungai Bentayan Muar, lebih kurang satu setengah km dari muara , telah membuka penempatan baru disebelah kanan tebing sungai Bentayan  dan tempat ini dinamakan lorong Serkam hingga kehari ini. Pada tahun 1888, Hj Md Said (Tok Andak) telah meninggal dunia dan dikebumikan ditanah perkuburan islam  " Saidiah "  batu: 1 Bakri Muar, di tepi sungai Bentayan dibawah pohon tembusu. Tanah perkuburan ini dinamakan tanah perkuburan Saidiah , ialah sempena nama beliau.
Olih kerana beliau berasal dari Serkam Melaka, maka dibahagian kepala makam nya telah dibina kubah, saperti kubah mesjid mesjid tua di Melaka, manakala disebelah kanan makam beliau ialah makam isteri nya Sa'diah. Makam ini dijaga rapi olih ahli ahli waris kadim keturunan ini , turun temurun, dan orang yang menyumbang khidmat mengecat makam nya disaban tahun ialah En Abas bin Md Kaus bin Abd Manaf bin Hj Kamaludin bin Hj Md Said (Tok Andak), tinggal di lorong Pandan Melaka. Semoga beliau dipanjangkan usia dan ditambah rezeki yang melimpah ruah.
Setelah kematian Hj Md Said (Tok Andak), maka anak anak buah nya yang tinggal dilorong Serkam Muar , sebahagian nya telah berpindah semula kekampung asal nya di Serkam Melaka.  Kini lorong Serkam telah lengang , banyak lot lot tanah telah terjual kepada bangsa Cina, dan tersepit dengan arus pembangunan. Yang tinggal ialah sebuah surau, sebuah madrasah belajar ugama dan beberapa buah rumah kediaman , termasuklah sebuah rumah cucu cicit nya ia itu Allahyarhamah Hajjah Jamilah binti Kasim. Selebih nya ialah orang orang luar sebagai penyewa dan tidak seorang pun yang tahu, apabila ditanya tentaaang keujudan dan sejarah lorong Serkam, serta asal usul peneroka   asal nya didalam erti kata yang sebenar. Sehinggakan makam Hj Md Said (Tok Andak) sendiri pun, ada pihak yang tidak bertanggung jawab , telah menafikan nya dan mendakwa  sebagai makam  "Tok Bentayan " yang tiada lansung kena mengena dengan sejarah yang sebenar, semata mata untuk mendapatkan pablisiti murahan, tanpa merujuk terlebih dahulu kepada ahli ahli waris kadim keturunan ini. Apa tah lagi kalau ditanya kepada ahli ahli waris Tok Bentayan sendiri pun , merika tidak akan bersetuju , makam itu adalah makam moyang nya. Begitu lah resam dunia , pabila itik sudah bertaji, pabila kadok dah naik junjung, pabila cacing naik kemata, lantas merasakan dirinya sehebat hebat nya.
(Coretan ini adalah sebagai serpihan dari sejarah yang dipena olih ahli ahli waris Tok Andak yang berada di Serkam Melaka, jika ada kelemahan dari segi sejarah dan  fakta , harap diperbetulkan, untuk kebaikan kita bersama)

ads