Ahad, 30 September 2012

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


Kemalangan Ngeri <b>di Ayer Keroh</b> | Amirez (dot) com

Posted: 24 Sep 2012 10:19 AM PDT

Satu kemalangan ngeri telah berlaku di hadapan Mydin Ayer Keroh, Melaka petang semalam yang melibatkan 3 buah kereta, 3 buah lori dan 4 buah motorsikal. Dikatakan setakat ini 5 orang telah maut dalam kemalangan tersebut.

Kemalangan Maut di Ayer Keroh

Kemalangan Ngeri di Ayer Keroh

Kemalangan Ngeri di hadapan Mydin Ayer Keroh

Update:

MELAKA: "Saya hanya mampu melihat pemandu lori itu melambaikan tangan dan menggerakkan kepalanya beberapa saat untuk meminta bantuan sebelum dia terkulai di tempat duduknya," kata R Sivakumar, 32.

Dia saksi kejadian kemalangan maut membabitkan 10 kenderaan di Persimpangan Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, di sini, jam 3.20 petang semalam.

Kemalangan membabitkan tiga lori, empat motosikal dan kereta iaitu masing-masing sebuah Proton Iswara, Perodua Kancil dan Honda City itu mengakibatkan dua maut dan tiga cedera.

Mangsa yang mati di tempat kejadian ialah pemandu lori membawa dedak, R Chandran, 46, dari Taman Mutiara, Alor Gajah dan penunggang motosikal, R Mukeudan@Mukudan, 62, dari Sagil, Muar, Johor.

Sivakumar berkata, ketika kejadian, dia yang memandu Proton Iswara bersama lima penumpang lain termasuk isterinya, S Eswari, 28, yang mengandung lima bulan dalam perjalanan dari sebuah pasar raya ke rumahnya di Kesang, Jasin dikejutkan dengan dentuman kuat apabila kenderaannya dirempuh lori dipandu Chandran.

Sumber: Harian Metro

Kebetulan petang semalam berlaku kemalangan 4 buah kereta yang terjadi betul-betul depan mata saya semasa nak keluar dari simpang rumah. Jarak kemalangan dengan tempat saya berhenti tu cuma dalam 10 meter saja. Kereta-kereta yang terlibat (dari depan) adalah Kancil, Proton Iswara, Myvi 1.5 dan Toyota Hilux. Paling teruk Myvi 1.5 tu, bumper depan dengan belakang rabak. Toyota Hilux tercabut bumber depan sebelah kanan. Kancil dengan Iswara 'cedera' ringan. Saya rasa kemalangan terjadi disebabkan pemandu leka sebab jalan tu lurus, dah tu pulak tengah jam.

Mintak-mintak dijauhkanlah daripada kemalangan macam ni. Teringat kejadian saya kemalangan di Jalan Kuching tak berapa lama sebelum ni. Bukan kereta je rabak, poket pun rabak sama.

Kredit: Forum Cari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


BACAAN YAASIN DI TAMAN CEMPAKA <b>DURIAN TUNGGAL</b>

Posted: 25 Sep 2012 07:31 PM PDT

Salam Perjuangan

Perguruan Seni Silat Kota Sendeng malam tadi telah mengadakan lawatan dan kunjungan ahli perguruan yang baru sahaja mendapat cahaya mata di Tmn Chempaka Durian Tunggal..

Ahli perguruan juga telah sama sama membaca yaasin yang diketuai oleh Tuan Guru Hasan dan bacaan doa diketuai oleh Tuan Guru Utama Rahman..Kita semua sama sama doakan kesihatan kepada bayi itu supaya cepat pulih dan ceria seperti anak anak yang lain.

Semuga Allah memperkenankan permohonan dan hajat kami semua..InsyaAllah..




di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Lorong Cahaya, Cerekarama TV3

Posted: 15 Sep 2012 05:22 AM PDT


Lorong Cahaya mengisahkan Nuh seorang peniaga tapai yang berjaya. Walaupun kaya, hidup Nuh sunyi kerana selalu gagal dalam percintaan. Dia ingin mencari pasangan hidup lalu pergi menemui Tok Leh seorang guru agama yang disegani ramai. To Leh menjadi terkenal kerana sering berjaya mengubati penyakit rohaniah yang pelik-pelik. Tok Leh mempunyai seorang cucu perempuan bernama Adawiyah. Dalam perjalanan ke rumah Tok Leh, Nuh menumpangkan Amin seorang pelukis yang sedang mencari ilham. Nuh mengajak Amin turut serta berubat di rumah Tok Leh. Adawiyah ingin mencuba caranya tersendiri dalam mencari jodoh. Dia ingin menjadi seperti 'Siti Muslihat' moden. Dia sengaja menyamar jadi hodoh. Bagi Adawiyah, dia mahu bakal suaminya menerimanya dalam keadaan dirinya yang tidak seberapa. Siapakah antara mereka yang berjaya harungi rintangan di kediaman Tok Leh dan terpedaya dengan muslihat Adawiyah?

Download 700mb | Online Video



ads