04 di klebang - Google Blog Search |
~We Gain & We Spent~: Coconut Shake <b>Klebang</b>, Melaka Posted: 12 Jan 2013 03:57 AM PST Famous coconut shake klebang! Ramai gile orang mai sini. Lagi sekali aku bangga tengok Melayu berjaya. Ni trip pendek aku kat Melaka hari tuh. 1 malam cukop untuk kami meronda2 sakan. Memang dah agak lama nak rasa coconut shake nih. Tapi asik la terlepas pandang. So kali ni aku betui2 tak mo terlepas rasa ayaq special ni. Seperti biasa, google map membantu kami. Dari Naza Talyya kami terus ke sini. Ia dibuka pada pukul 1230 tengahari sampai petang. Tutup pula, jika perlu. Means tak tutup la kalau tak ada emergency, agaknye! Sampai2 je memang slam gile. Ramai orang. Dah la tuh aku tatau cemana cara dorang serve. 1st time la katakan. Memule kami parking di luar, which is di tepi jalan klebang tuh. Betul2 bersebelahan Caltex. Sekali turun kereta tengok ada petunjuk yang tulis luar tuh untuk tapau sahaja. Nak makan situ harus masuk ke dalam. Le.. Baru kami tahu. Siap ada parking lot kat dalam tuh. Tak perlu la parking di gigi jalan raya yang busy. So jom masuk kreta semula and drive ke dalam. Parking mudah! Ini la tanda yang kami baru nampak selepas kami parking dan turun di kawasan tapau. Sabor je la kan? Padan la laki aku cakap, nape semua Q? Mana kerusi meja nak makan? Gulp! Suke gambar 2 beranak ni. Happy moment plak aku tengok. IKLAN jap. Ni aku snap masa balik.. Masa kami sampai tak dan nak snap. Orang terlalu ramai. So aku nak kejar seat. lol. Kang tak dapat seat kang haru jadik nye. Dah la panas berdenting masa tuh. Bayangkan la ada group motor besar konvoi kat situ. Menjela2 la parking dorang. Dah la tuh ingat 1 group. Rupa2nya mai lagi group lain masa tuh. Lagi la aku rasa nervous untuk dapat kan seat. Tamak haloba mood on. Ahaks! Ye la takkan nak mencangkong kat bawah tuh if seat penuh. Nak tapau tak chill weh! Cara nya mudah. Masuk2 kedai je terus duduk, dalam 30-40saat (maybe less) depa datang terus dengan coconut shake nya.. Memule aku dapatkan seat utk hubby and aku pegi kat depa and tanya, nak kena order kat uols ke, ataupon uols dtg amik order? Katanya haqaq duduk je dlu. Nanti kami hantar. Aku memang suka bertanya sambil buat muke nerd gile! Kalau duduk panas2 tunggu benda yang tak tatau apa jadi, tidak la aku namenye tu. So kalau ada orang duduk je, bertepek2 la coconut shake die bawak dalam dulang untuk kita, sebut je nak brapa gelas. SIAP! Bagus kan depa? Laju gils! Walaupon cust ramai! Itu la shaker and blender nye. Blakang mamat tuh ada bentangan meja yang besar and panjang. So kat situ dorang terus buat coconut shake dalam gelas2 kosong tuh. Laju! Genap 5tahun mamat ni kerja aku rasa dah bole jadi body builder dah. Dah la kat depan mata aku je, punya cekap die buat kerja. Supsap supsap tangan dia pantas duk nenyeh natang2 tuh semua. Memang laju and non stop. No wonder la! Selain coconut shake, dorang pon ada letak food kat tengah2 kedai ni. Kuih muih, pulut kuning, nasi lemak t*tek, and ada cucur2. Ramai yang cakap nasi lemak t*tek die sedap. Tapi masa tuh kami dah full plak breakfast di Naza Talyya. So kami tak amik la makanan2 berat tuh. Kami hnya amik kuih muih je. Putih, bersih, suci, murni je aku tengok budak coconut shake ni. Memang menyelerakan. Siap plak die letak isi kelapa kat dalam tuh. Di blend skali tapi tak hancur. Masih bole rasa and gigit2. Hubby kata ok2 jer, memang macam tuh coconut shake yang die penah rasa before, cuma isi kelapa tuh kat sini terlalu kasar kata nya. Menganggu konsentrasi nak telan bila haus! Yang aku plak tak kena pada tekak. Aku rasa biasa2 je. Aku dah boleh agak rasa dia camtu walaupon aku tak pernah minum before ni dimana2 pon. So tak la wow sangat. AKU KATE, orang lain.. lain la rasa, kan? Tekak masing2. Tapi memang ok la. Sedap la. Cute and wangi vanilla ice cream tuh terasa! Ini plak kuih muih yang aku amik masa tuh. Apam polkadot ni aku cubit je. Lepas tuh aku tak usik dah. Huhuhuhu. Saje amik ingat laki aku suke. Sbb apam biasa tuh die suke. Ni die takmo plak. Huhuhuhu. Aku lagi la xlayan sangat kuih2 ni. X gemar. Aku gemok sebab lauk and nasik! ngehngehngehngeh! lain2 kureng. Setiap Kuih muih RM0.40 So sekian. Mari cuba mari cuba! Famous Coconut Shake Klebang Lepas je minum2 kami terus ke Jusco Mlk. Cuci mata. |
You are subscribed to email updates from di klebang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |