04 di alor gajah - Google Blog Search |
Destinasi Pelancongan : Kolam Air Panas Gadek, <b>Alor Gajah</b> <b>...</b> Posted: 14 Mar 2012 09:24 AM PDT Assalamualaikum..... Tempat pelancongan ini berdekatan dengan kampung saya iaitu Kampung Tanjung Rimau Dalam. Masa zaman sekolah menengah dahulu sekitar tahun 1997-1999, kerap juga pergi bermandi-mandian di sini. Air panas dari sumber asli ini memang ada khasiat yang tertentu seperti menghilangkan gatal-gatal kulit, sengal-sengal tulang dan menyegarkan tubuh badan. Kini Kolam Air Panas Gadek sudah mengalami transformasi yang menarik dengan beberapa pengubahsuaian yang cantik dan difikirkan ia dapat menjadi tarikan pelancong untuk singgah. Segala kemudahan asas disediakan dan paling penting ada surau yang berdekatan dengan tapak letak kenderaan. Ia juga berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Ganun, kawasan kampung dan kawasan perumahan. Kolam Air Panas Gadek terletak 25 km dari Bandar Melaka menerusi laluan ke Tampin, merupakan kebanggaan penduduk Alor Gajah kerana kawasannya begitu istimewa dengan wujudnya sebuah kolam air panas yang sentiasa panas dan dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kulit. Kawasan ini telah diberi wajah baru yang turut dilengkapi dengan kemudahan seperti restoran, bilik mandi, bilik persalinan pakaian dan tandas. Kolam Air Panas Gadek terletak di Alor Gajah, Melaka dan sesuai dilawati jika anda berkunjung ke A-Famosa resort atau dalam perjalanan ke pekan Tampin atau Alor Gajah. Jaraknya dari A-Famosa resort adalah kira kira 10 minit perjalanan memandu, manakala dari bandaraya Melaka adalah kira kira 30 kilometer. Bayaran masuk -
Ringkasan sejarah - Kewujudan kolam air itu dikatakan mula diketahui ramai apabila penduduk Kampung Gadek "menyiasatnya" selepas mendapati ramai pegawai dan anggota tentera British tinggal di kawasan berhampiran kolam tersebut. Keadaan ini membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya akan keistimewaannya apatah lagi terdengar desas-desus bahawa ia dijadikan sebagai tempat tentera British merawat penyakit. Selepas Tanah Melayu bebas dari penjajah, penduduk kampung mendapati kawasan tersebut mempunyai khazanah alam semula jadi iaitu sumber air panas yang asli dari dalam tanah yang dikatakan ada laluan "mata air" yang "terkena" lintasan lahar gunung berapi yang berdekatan dengan perairan Malaysia. |
You are subscribed to email updates from di alor gajah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan