04 di lubok china - Google Blog Search |
Dia buat dah: Api marak sehingga mencecah bumbung bangsal Posted: 19 Mar 2012 02:15 AM PDT Api marak sehingga mencecah bumbung bangsal - Melaka & NS - Sinar Harian:MASJID TANAH - Seorang lelaki terkejut selepas menyedari terdapat api kecil di bawah van milik bapanya yang diletakkan di bangsal berdekatan rumah sebelum van terbabit termasuk sebuah motosikal jenis Yamaha Nouvo terbakar di rumahnya di Kampung Ramuan Cina Kecil, Lubok Cina, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, Mohd Rafail Ahmad, 27, keluar membeli sarapan dikejutkan dengan api kecil dari bawah Ford Econovan yang gagal dikenal pasti puncanya. Menurutnya, selepas itu dia bertindak memanggil bapanya, Ahmad Manan, 74, yang berada di dalam rumah sebelum api mulai marak. "Namun belum sempat ayah datang, api mulai marak hingga mencecah bumbung bangsal disusuli satu letupan kecil yang kemudiannya menyambar motosikal yang diletak bersebelahan van. "Saya dan ayah cuba memadamkan api menggunakan alat pemadam api semburan yang ada di bangsal sebelum orang ramai datang membantu memadamkan api," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. Mohd Rafail berkata, kebakaran yang berlaku itu memusnahkan dua kenderaan milik mereka dalam satu masa memlibatkan kerugian hampir RM20,000. Sementara Ahmad berkata, dia tidak pasti dari mana datangnya api kecil berkenaan berikutan van terbabit sudah diletakkan hampir 24 jam di bangsal berkenaan menyebabkan dia bimbang sekiranya kejadian sama berulang lagi pada masa akan datang. "Dalam keadaan panik saya lihat api mulai marak dan segera menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah sebelum saya membuat laporan di Balai Polis Lubok China kerana bimbang kejadian ini akan berulang. "Saya harap pihak polis akan menyiasat punca yang berlaku dan bersyukur tiada nyawa yang terkorban," katanya. Manakala seorang pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok Cina, Anuar Zizan, 21, berkata, dia dimaklumkan berhubung kejadian oleh seorang penunggang motosikal yang menghala ke pekan Lubok Cina yang berpatah balik memaklumkan kepadanya tentang api kecil yang muncul itu. "Selepas dimaklumkan, saya keluar menuju ke seberang jalan arah rumah berkenaan namun tidak dapat masuk disebabkan pintu pagar rumahnya yang berkunci. "Kami menjerit cuba memanggil penghuni rumah terbabit tetapi keadaan sunyi seperti tiada sesiapa sebelum beredar," katanya. |
You are subscribed to email updates from di lubok china - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan