04 di tanjung kling - Google Blog Search |
BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung kling</b> - Google Blog Search Posted: 11 Jun 2013 11:07 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |
Posted: 20 Jun 2013 05:03 PM PDT Tahukah anda Makam Hang Tuah terletak di Tanjung Kling, Melaka? Aku pun tak tahu sebenarnya, tapi semasa urusan kerja di Tanjung Kling beberapa minggu lepas aku terjumpa beberapa orang di Kampung Tanjung Kling yang menunjukkan aku kepada tempat ini. Makam Hang Tuah ini betul-betul bersetentang Pusat Kecemerlangan Koresional Malaysia milik Jabatan Penjara Malaysia. Kalau anda dari Banda Hilir terus bergerak ke arah Pantai Klebang. Atas sikit dari Pantai Klebang merupakan kawasan Tanjung Kling. Makam ni terletak di sebelah kiri anda juga berdekatan dengan Masjid Tanjung Kling. Berdasarkan cerita orang-orang tua di kampung ini, mereka pada mulanya tak menerima bahawa ini adalah kubur Hang Tuah kerana terdapat versi cerita di mana Hang Tuah mati di Palembang dan kubur ini merupakan kubur ulama Islam dari India. Di bahagian depan bersebelah pintu masuk kubur ini memang terdapat kubur-kubur ulama dari India. Walaubagaimanapun menurut versi pakcik tu tadi. Sebelum Hang Tuah mati dia ada minta dikebumikan mayatnya di Melaka. Disebabkan masa itu pemerintahan portugis dan mereka amat membenci Hang Tuah, mayat Hang Tuah di bawa balik secara senyap-senyap dan dikebumikan di sini tanpa tanda. Aku tak pulak counter check kebenaran cerita ni dan semak betul tak tahun kematian Hang Tuah bersamaan dengan tahun pemerintahan Portugis di Melaka. Menurut dia lagi, kajian ada di buat oleh ahli sejarah pada makam ini dah di dapati batu yang digunakan sama tahunnya dengan batu sezaman dengan tahun Hang Tuah mati yang menguatkan lagi teori ini makam Hang Tuah. Sejak pada itu baru kebanyakan orang kampung di sana menerima bahawa itu Makam Hang Tuah. Namun begitu masih ada skeptis yang tidak menerima kenyataan ini tapi bagi aku, kajian yang di buat oleh ahli sejarah ni aku percaya dan aku rasa ini memang Makam Hang Tuah. |
You are subscribed to email updates from di tanjung kling - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan