04 di machap - Google Blog Search |
- Umno guna taktik liar bag... - wangolds
- RAKYAT MARHAEN: Ceramah Anwar berjalan lancar <b>di</b> Felda <b>...</b>
- BRIGED MP SEGAMBUT: Umno guna taktik liar bagi elak kubunya <b>...</b>
Umno guna taktik liar bag... - wangolds Posted: 15 Feb 2012 09:16 PM PST
| Thread Rating:
User(s) browsing this thread: 1 Guest(s) |
| |||
RAKYAT MARHAEN: Ceramah Anwar berjalan lancar <b>di</b> Felda <b>...</b> Posted: 17 Feb 2012 07:52 PM PST Semuanya berjalan lancar semalam, sewaktu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelajah penempatan Felda di Pahang - negeri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Berbeza dengan apa yang berlaku ketika Anwar ke penempatan skim pembangunan tanah persekutuan di Machap, Melaka, peneroka Felda Bukit Damar di Lancang, Pahang menyambut ketibaan beliau dengan tangan terbuka. Lebih 300 orang, termasuk beberapa penduduk kampung Orang Bendera dan sepanduk PAS, PKR dan DAP menghiasi jalan-jalan utama dan di tempat ceramah di sebuah rumah penyokong parti tersebut. Anwar menghabiskan kira-kira sejam beramah mesra dengan peneroka, tanpa sebarang masalah. Dua kenderaan polis - sebuah kereta peronda dengan dua anggota beruniform dan kenderaan polis trafik dengan empat anggota, kelihatan meronda dan memantau di situ. Anwar mengambil kesempatan itu untuk menangani beberapa isu berbangkit kepada orang ramai yang kebanyakannya Melayu. Beliau mempertahankan kenyataannya mengenai Israel, dengan menuduh Umno memutarbelitkan kenyataannya dalam temubualnya dengan Asian Wall Street Journal. "Utusan Malaysia ... Mereka tak belajar bahasa Inggeris dengan betul, mereka tak faham apa yang saya katakan (semasa temubual itu)," katanya berjenaka. | |||||
BRIGED MP SEGAMBUT: Umno guna taktik liar bagi elak kubunya <b>...</b> Posted: 15 Feb 2012 09:15 PM PST BN didakwa menggunakan taktik liar dalam usaha terdesak bagi menghalang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menembusi kubu-kuat tradisional Umno di penempatan Felda. Aksi ganas penyokong BN di Felda Tun Ghafar Baba di Machap, Melaka pada Isnin lalu adalah petanda awal apa yang boleh diajngkakan oleh Pakatan Rakyat apabila pilihan raya umum ke-13 semakin hampir. Ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him yang hadir pada kejadian Isnin itu memberitahu Malaysiakini, ketika kejadian penyokong BN tiba-tiba muncul dengan kira-kira 20 hingga 30 motosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah Pakatan. "Sejurus sebelum ceramah bermula, sekumpulan penyokong Umno telah menampar seorang lelaki ahli PKR yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah. "Tidak lama kemudian, sekumpulan 20 hingga 30 motosikal dan kereta BN pula tiba dan berkumpul di kawasan itu sehingga mengganggu lalu lintas. "Walaupun semasa saya berceramah, mereka membuat bising dengan menekan minyak motosikal," kata Sim. Menurutnya, beliau kemudiannya menasihatkan kumpulan itu supaya tidak membazirkan petrol dan bahawa jika mereka mahu berbahas, maka lakukan dengan betul dan tidak mengganggu ceramah itu. Namun, nasihatnya itu tidak dipedulikan. Sim berkata kira-kira 200 hingga 300 orang di penempatan Felda itu yang datang untuk mendengar ceramah berkenaan. "Ramai juga peneroka lain yang membuka tingkap rumah untuk mendengar ceramah pembangkang. Namun tingkah laku penyokong Umno itu amat dikesali. "Mereka banyak membuat bising, khususnya semasa Anwar berucap dan cuba mengejeknya dengan pelbagai panggilan. Antaranya Anwar dituduh sebagai tali barut Yahudi dan khaki liwat," katanya. |
You are subscribed to email updates from di machap - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan