Isnin, 19 September 2011

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Berhari raya guna bas Panorama <b>di Jasin</b>

Posted: 02 Sep 2011 09:24 AM PDT

Berhari raya guna bas Panorama di Jasin

Berhari raya guna bas Panorama di Jasin

JASIN 1 Sept. - Dalam memberi kemudahan kepada penduduk di tujuh kawasan di daerah ini menyambut Hari Raya Aidilfitri, sebuah bas Panorama berhawa dingin dan cukup selesa.

Bas yang disumbangkan oleh Syarikat Pembangunan Pertanian Melaka berharga RM260,000 itu akan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Mohamad berkata, penduduk di tujuh kawasan terbabit boleh menggunakan perkhidmatan bas khususnya sepanjang sambutan Aidilfitri.

Menurutnya, dengan adanya perkhidmatan bas itu yang pertama kali diperluaskan di luar bandar raya Melaka, ia akan memberi kemudahan khusus buat penduduk yang tidak mempunyai kenderaan persendirian untuk pergi ke pekan Jasin.

''Ini pasti khabar gembira buat penduduk yang sebelum ini merungut kerana tidak ada perkhidmatan bas awam yang beroperasi di tujuh kawasan tersebut.

''Laluan itu sebenarnya tidak memberi keuntungan tetapi demi untuk memberi keselesaan kepada penduduk, MPJ sanggup membiayai operasi perkhidmatan bas ini," katanya selepas merasmikan perkhidmatan bas itu di Terminal Bas dan Teksi Jasin di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pembangunan Pertanian Melaka, Hashim Isa dan Pengarah Syarikat PMCT Sdn. Bhd., Wahid Abdul Majid.

Perkhidmatan bas tersebut akan melalui Kesang Tua, Kesang Pajak, Selandar, Kampung Bukit Senggeh, Kampung Ju dan Kolej Komuniti.

Menurut Ghazale, sebagai permulaan hanya sebuah bas akan digunakan dan jika ia mendapat sambutan baik, MPJ dijangka menambah beberapa buah bas untuk menampung keperluan penduduk di situ.

Beliau berkata, bas itu akan mula beroperasi kira-kira pukul 6.30 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang dengan perjalanan sejam sekali.

Ujarnya, bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, orang kurang upaya (OKU), pelajar sekolah beruniform dan warga emas dikenakan tiket RM1 manakala dewasa dikenakan bayaran RM2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads