Isnin, 21 April 2014

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


Risalah muka pegawai kanan KM tersebar <b>di Alor Gajah</b>? | The <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2014 11:30 PM PDT


Blog ini telah menyiarkan satu artikel berhubung kewujudan pusat-pusat perjudian yang berselindung di sebalik nama PUSAT HIBURAN KELUARGA di Daerah Alor Gajah. (DI SINI). Tidak lama selepas artikel tersebut disebarkan, sepasukan anggota dan pegawai dari D7 PDRM telah menyerbu keempat-empat premis tersebut.

Dalam reaksinya, Ketua Menteri Melaka, Idris Haron telah meminta agar PDRM menyiasat seorang pegawai kanannya yang didakwa menjadi dalang kepada kewujudan pusat-pusat judi bermesin di seluruh Melaka.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, Ketua Menteri Melaka itu meminta agar tuduhan tidak dibuat tanpa sebarang asas dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk mendalami siasatan.

Di sekitar Alor Gajah, poster-poster seorang individu telah disebarkan secara meluas. Tidak dapat dipastikan apakah individu berkenaan merupakan 'pegawai kanan' yang dimaksudkan oleh Ketua Menteri Melaka.

Baca sepenuh di Flying Kick SINI

Ini masa Idris Haron tunjukkan UMNO sudah berubah dan ada transformasi dengan menggantung dulu pegawainya dan disiasat. Jika ada kes, pastikan ia disiasat dan usah pula ada usaha nak tutup kes.

Tok ... ingat sedikit, Ini zaman Internet dan sosial media, benda begini cepat tersebar. Jika ada usaha nak tutup-tutup, maklumat senang bocor.

Tunjukkan ketegasan dan keberanian bertndak termasuk kepada kawan dan pegawai sendiri  ... pasti rakyat dan ahli akar umbi akan sanjungi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads