Khamis, 29 September 2011

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


Pantai <b>Tanjung Bidara Di</b> Naik Taraf - Blog Melaka Daily

Posted: 26 Sep 2011 07:21 PM PDT

[+] Kongsi Artikel di Facebook Anda

Tanjung Bidara 1 Pantai Tanjung Bidara Di Naik Taraf

Setelah Melaka bagaikan kehilangan pantai setelah Pantai Klebang telah ditambak dan Pantai Puteri pula dipenuhi lumpur..Kerajaan Negeri Melaka akan menaik taraf pantai Tanjung Bidara untuk menarik pengunjung untuk datang berkunjung di pantai itu..Pantai Tanjung Bidara juga tidak mendapat perhatian pelancong untuk datang kerana kurang menarik sejak akhir-akhir ini..Aktiviti ekonomi atau gerai-gerai yang berdekatan dengan pantai juga telah hampir di tutup kerana kurang pelancong yang datang..Antara yang akan  di naik taraf ialah pengurusan sampah, membaik pulih dan menggantikan infrastruktur asas serta menaik taraf rumah rehat serta calet.

Bidara Chalet Pantai Tanjung Bidara Di Naik Taraf

Tanjung Bidara Beach Resort yang ditutup beberapa tahun lalu dijangka dibuka semula di bawah pengurusan baru, SMI Holding Sdn. Bhd.Kerja-kerja naik taraf Pantai Tanjung Bidara akan di buat secepat mungkin kerana  pada 9 hingga 11 Disember  2011 Pesta Pantai Tanjung Bidara akan berlansung.

DOT Malaysia Tanjung Bidara 2 Pantai Tanjung Bidara Di Naik Taraf

Bidara IkanBakar Pantai Tanjung Bidara Di Naik Taraf

Pantai <b>Tanjung Bidara</b> diberi <b>...</b> - Utusan Malaysia Online - Selatan

Posted: 27 Sep 2011 04:31 AM PDT

Pantai Tanjung Bidara diberi nafas baru

Pantai Tanjung Bidara diberi nafas baru


LATIFF Tamby Chik (empat dari kiri) bersama pegawai Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan agensi berkaitan meninjau pesisiran pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, semalam.


ALOR GAJAH 26 Sept. - Kerajaan negeri akan membangunkan semula pantai Tanjung Bidara, di sini yang dilihat semakin lesu tanpa kunjungan pelancong sehingga menyebabkan sebahagian aktiviti ekonomi sekitar pantai berkenaan hampir lumpuh.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Latiff Thamby Chik berkata, pantai itu pernah menjadi destinasi tumpuan pelancong tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini bilangan pelancong semakin berkurang.

"Kita akan memberikan nafas baru kepada Pantai Tanjung Bidara bagi mengembalikan zaman kegemilangannya seperti dahulu untuk menarik semula kunjungan pelancong," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, di sini hari ini.

Menurutnya, sebagai permulaan, beberapa faktor akan diberikan perhatian dalam membangunkan semula pantai berkenaan antaranya pengurusan sampah, membaik pulih dan menggantikan infrastruktur asas serta menaik taraf rumah rehat serta calet.

Sementara itu Latif berkata, Tanjung Bidara Beach Resort yang ditutup beberapa tahun lalu dijangka dibuka semula di bawah pengurusan baru, SMI Holding Sdn. Bhd.

Syarikat itu, katanya, telah memulakan kerja penyelenggaraan dan baik pulih bermula 1 September lalu.

"Resort berkenaan adalah yang terbesar di Pantai Tanjung Bidara yang lengkap dengan segala kemudahan tetapi kini terbiar tetapi akan kembali berwajah baru tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata, kerja naik taraf dan pengindahan kawasan Pantai Tanjung Bidara akan dilakukan secepat mungkin dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Pesta Pantai Tanjung Bidara pada 9 hingga 11 Disember ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads