Sabtu, 9 November 2013

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


Zulheimy Ma&#39;amor: <b>TANJUNG TUAN</b>, PORT DICKSON

Posted: 19 Jun 2013 12:41 AM PDT

Rumah Api Tanjung Tuan adalah nama yang tidak asing bagi pelaut-pelaut yang menyusuri Selat Melaka. Terletak di Port Dickson Negeri Sembilan, rumah api ini merupakan yang tertua di Malaysia. 
Rumah Api adalah merupakan panduan penting bagi kapal-kapal yang berlayar di sekitar kawasan berdekatan terutama di waktu malam. 
Sebagai bekas Pelaut, ketika berkhidmat dengan Tentera Laut Di Raja Malaysia dan bertugas dengan kapal-kapal TLDM ketika itu... kapal saya sering melalui Selat Melaka dan setiap kali melayari Selat Melaka, kami sering melalui perairan Tg Tuan.  Ketika itu di atas dek kapal, saya sering melihat Rumah Api Tanjung Tuan ini dari kapal. Ketika itu pernah terfikir dalam hati bahawa satu hari nanti saya ingin mengunjungi rumah api ini.....
Ternyata apa yang pernah saya fikirkan puluhan tahun dahulu menjadi kenyataan ketika saya bekerja dengan sebuah badan NGO iaitu Yayasan Jantung Malaysia yang ketika itu mengadakan Kursus Motivasi di Casa Rachado Beach Resort yang terletak tidak jauh dari Rumah Api Tg.Tuan. Kursus yang berlansung selama 2 hari itu turut memasukan acara lawatan ke Rumah Api Tg Tuan dalam program latihan. Ini ialah kerana untuk sampai ke Rumah Api tersebut terpaksa mendaki lorong berbukit yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal.
Tanjung Tuan yang juga dikenali sebagai Cape Rachado mengambil sempena nama "Battle of Cape Rachado" berlaku pada tahun 1606 antara Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) dengan Armada Portugis yang akhirnya membawa kepada penyerahan Melaka oleh Portugis kepada Belanda pada tahun 1641.
Rumah Api ini dibina oleh Portugis pada tahun 1528 untuk membantu kapal-kapal memasuki pelabuhan Melaka ketika itu. Rumah Api ini dibina semula oleh British pada tahun  1817 semasa pemerintahan sementara British dibawah arahan Sir William Farquhar.
Pada tahun 1990, Rumah Api ini menempatkan Radar MEASAT yang dibina untuk memantau lalu lintas kapal di Selat Melaka dan membantu dalam komunikasi. 


Melihat lautan luas dari Rumah Api ini mengimbau kembali kenangan ketika saya bertugas di kapal dulu.... kalau dulu saya sering memerhatikan rumah api Tg Tuan ini dari atas dek kapal... kini saya berada di Rumah Api Tg Tuan dan melihat lautan luas yang suatu ketika dulu disinilah saya memerah keringat dan juga adalah lubuk rezeki saya suatu ketika dulu. Sungguh sayu rasa hati bila memikirkan yang saya pernah melayari lautan ini... 
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa di Tg Tuan ini terdapat pusaran air yang ganas yang pernah menenggelamkan sekurang-kurangnya 4 buah kapal perang milik Belanda dan Portugis sekitar tahun 1605. 
Banyak kisah-kisah misteri yang diceritakan mengenai Tanjung Tuan ini... sejauh mana kebenarannya ... hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. 
Saya juga pernah mengalami beberapa peristiwa aneh setiap kali  kapal melintasi Tg Tuan... kapal akan terputus hubungan radio (Radio Silence) kerana aku ketika itu adalah anggota Komunikasi TLDM... perkara ini jarang berlaku di tempat lain.. cuma di Tg Tuan sahaja hubungan radio akan terputus... tidak kedengaran apa - apa pancaran pun dari mana - mana stesen. 
Hal ini memang banyak kali terjadi terutama ketika aku bertugas dengan kapal  Ronda TLDM KD Sri Negri Sembilan ketika itu... apakah mungkin agaknya secara kebetulan nama kapal saya bertugas ini adalah nama negeri terletaknya Tg Tuan ini....
Wallahu Alam





Melihat matahari terbenam di Tg Tuan adalah merupakan suatu pemandangan yang cukup indah dan sangat cantik sekali. Saya tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan itu dalam sebuah foto yang saya ambil.

CASA RACHADO BEACH RESORT, PORT DICKSON, NS





Casa Rachado Beach Resort, Tanjung Tuan Port Dickson, N.Sembilan adalah penginapan kami ketika kursus motivasi tersebut dijalankan dari 11 - 12 February 2012...

Zulheimy Maamor
19.6.2013





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads