Rabu, 8 Jun 2011

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


Medium berkongsi informasi: Kelibat Buaya <b>Tanjung Tuan</b>

Posted: 16 Feb 2009 07:29 AM PST

Gambar di atas dirakam di Port Dickson oleh seorang ahli persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Khoo Swee Seng yang terkejut dan teruja kerana berpeluang meneropong seekor buaya air masin yang kebetulan timbul di perairan Tanjung Tuan semalam. Beliau yang datang ke situ setiap tahun bagi memenuhi hobinya meneropong pelbagai jenis raptor di kawasan itu dan terkejut apabila ternampak kehadiran seekor buaya sepanjang kira-kira 2.5 meter.

"Saya tidak menyangka ketika cuba meneropong pelbagai raptor di kawasan ini tiba-tiba objek yang saya lihat dalam teropong itu adalah seekor buaya," katanya.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin ketika beliau dan isteri bersama dua sukarelawan datang ke Tanjung Tuan dekat sini.

"Setiap tahun saya datang ke Tanjung Tuan sempena Minggu Melihat Raptor untuk menyaksikan penghijrahan pelbagai jenis raptor seperti helang yang menyeberang dari Pulau Rupat, Sumatera ke sini, tetapi kali ini, saya tidak menyangka seekor buaya berada di kawasan ini.

"Buaya yang dipercayai buaya air masin atau nama saintifiknya, estuarine crocodylus prosus, muncul kira-kira 20 meter dari pantai selama kira-kira 30 minit dan kelihatan bergerak melawan arus ke arah selatan," katanya.

Kesimpulannya, kawan-kawan kita yang mandi-manda di pantai Port Dickson dan sekitar eloklah berhati-hati. Bukan apa, kita beringat. Memang diketahui, terdapat buaya air masin tapi jarang ditemui. Dalam National Georaphic Channel ada dirakamkan kehidupan buaya air masin dan habitatnya. Di Malaysia, kita lebih mengenali buaya air tawar yang senang di temui di sungai-sungai di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Buaya-buaya ini kebiasaannya tidak menyerang manusia dan memakan haiwan kecil, ikan dan udang. Ini kerana jenis buaya itu sendiri memang diketahui tidak agresif terhadap manusia. Antara buaya-buaya itu adalah buaya katak, buaya jenjulung dan buaya tembaga. Cuma kita jangan mengancamnya atau mengganggu habitatnya, kebanyakan haiwan lain juga akan bertindak balas apabila merasa diri mereka terancam termasuklah buaya.

Namun berlainan pula buaya yang terdapat di Sungai Rajang, Sarawak. Buaya-buaya ini agresif dan memburu manusia. Banyak laporan akhbar melaporkan serangan buaya ini terhadap manusia. Ramai yang menjadi mangsa dan terkorban. Antara hulu sungai yang bersambungan dengan Sungai Rajang dan sering melaporkan serangan buaya ganas ini terhadap manusia adalah Batang Lupar.

Tiada petua terbaik menghalang serangan ini selain menjauhi dan tidak mengganggu habitatnya. Beringat dan berhati-hati sebelum kena, "air tenang jangan disangka tiada buaya". Seandainya kita dalam situasi diserang buaya, langkah yang terbaik adalah elakkan buaya mengheret kita ke dalam air. Tapi kalau dah berada di dalam air, maka langkah terbaik adalah mencucuk-cucuk sekitar dan sebaik-baiknya tepat ke mata buaya. Ini adalah petua ketika berdepan serangan buaya, besar kemungkinan buaya akan melepaskan gigitannya.

Gambar di atas, ihsan Metro Online 160109

Mungkin anda berminat membaca post:
Penemuan bangkai buaya di Port Dickson
Buaya Bujang Seruai-siapa kejam
Harimau bintang tumpaskan buaya
Badak air tumpaskan buaya
Ular gergasi telan buaya
Buaya darat ditemui di Brazil

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads