04 di sungai udang - Google Blog Search |
mee <b>udang</b> manja, jeti <b>sungai</b> rambah - yang halal itu fardhu, yang <b>...</b> Posted: 31 Jan 2013 07:42 AM PST PONTIAN 30 Jan. - Kira-kira 15 tahun lalu, gerai yang dibuka tidaklah begitu menarik ramai pelanggan namun pemilihan menu Mi Udang Manja menjadikan gerai itu yang terletak berhampiran Jeti Sungai Rambah di sini, semakin popular. Kini keenakan mi udang di gerai tersebut menjadi satu jenama kepada Kampung Rambah khususnya Sungai Rambah yang menempatkan jeti nelayan dan hasil tangkapan segar memberi kelebihan kepada pengusaha gerai makanan laut di kawasan berkenaan. Kesegaran dan keenakan mi udang itu berjaya menggamit ramai pengunjung bukan sahaja masyarakat tempatan malah penduduk sehingga ke Kuala Lumpur untuk menikmati hidangan berkenaan. Menurut pengusahanya, Hamidah Abu, 38, nama 'Manja' merupakan panggilan untuk suaminya, Ismail Sirat, 43, yang menjadi nelayan sepenuh masa dan kini pelanggannya lebih mengenali panggilan itu berbanding nama sebenarnya. "Selain memperoleh udang hasil tangkapan sendiri, kami juga mendapatkan udang dari pasar awam sekiranya bekalan tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan pelanggan. "Setiap hari sebanyak 20 kilogram udang segar diperlukan memandangkan setiap menu yang disediakan mempunyai udang sebagai menu utama seperti mi bandung udang, mi goreng udang, nasi goreng kampung udang, nasi goreng biasa udang selain nasi ayam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Bagi menguruskan kedainya setiap hari dia mempunyai lima orang pembantu, namun kerja memasak dilakukannya sendiri di samping tukang masak yang lain. "Bagi menu biasa, sebanyak lima udang akan dimasukkan manakala untuk pesanan istimewa sebanyak lapan udang," katanya. Beliau berkata, setiap hidangan ditawarkan pada harga RM8.50 sehingga RM13.40 sepinggan manakala kedainya dibuka setiap hari kecuali Ahad bermula pukul 4 petang hingga 12 tengah malam. Menurutnya, resepi mi udang itu diperturunkan ibu mertuanya, Salmah Md. Salleh, 83, yang mula-mula mengusahakan gerai itu sebelum diwariskan kepada suami dan kemudian kini kepadanya. "Tarikan kedai kami ini adalah saiz udang yang besar dan segar. Pelanggan tetap biasanya akan menghubungi kami terlebih dahulu untuk membuat tempahan sebelum datang menjamu selera bersama keluarga atau kenalan," katanya. Menurutnya, dia dan suami bercadang menambah menu makanan iaitu masakan asam pedas memandangkan permintaan daripada pelanggan luar yang ingin menikmati masakan itu. Sehubungan itu, katanya, dia kini sedang melakukan kerja-kerja penambahan ruang agar dapat menampung jumlah pelanggan yang semakin ramai terutamanya pada cuti hujung minggu dan cuti umum. Sementara itu, seorang pengunjung, Sahlan Selamat, 49, mengakui menikmati juadah di kedai berkenaan sekurang-kurangnya dua kali seminggu bersama isteri dan anak-anaknya. "Kuahnya cukup istimewa di samping layanan mesra daripada pemilik kedai yang sentiasa memberikan perhatian kepada kehendak pelanggan," katanya. Bagi Suhaimi Abd. Manap, 30, menikmati hidangan mi udang segar pada waktu malam amat menyelerakan dan harga yang ditawarkan juga berpatutan memandangkan saiz udang yang besar. "Sama ada biasa atau special, ia cukup berbaloi kepada pelanggan yang datang bersama ahli keluarga dan rakan-rakan," katanya. Rakannya, Mohd. Khalid Musa, 30, berkata, jika pengunjung luar seperti dari Melaka dan Kuala Lumpur sanggup datang semata-samat untuk menikmati hidangan berkenaan, ia pastinya sesuatu yang cukup istimewa kepada daerah Pontian. "Pihak yang berkenaan boleh membantu menjadikan hidangan Mi Udang Manja ini sebagai jenama atau ikon daerah Pontian seperti Mi Bandung Muar yang begitu sinonim dengan daerah berkenaan," katanya. Seorang lagi pengunjung, Mohd. Azlan Mohamad, 34, berkata, walaupun terdapat banyak saingan namun Mi Udang Manja tetap mendapat perhatian orang ramai yang ingin menikmati keenakan masakan tradisional itu pada waktu petang dan malam. |
Mancing Sampai Pengsan: <b>Udang</b> Galah Penghujung Musim Posted: 04 Feb 2013 05:35 PM PST Musim hujan di Sandakan hampir sampai ke penghujungnya. Musim kemarau dan cuaca panas bakal mengambil alih dalam tempoh sebulan lagi. Ini bermakna musim mancing udang galah di Sungai Beruang akan berakhir dan lazimnya semua pemancing akan mula cuba turun ke laut sesudah Tahun Baru Cina. Dua hari yang lalu, Arbakin, Cjepp, Yazid dan Lelek cuba lagi untuk memancing udang galah di akhir musim. Bagi yang ingin masih memancing udang galah selepas bulan Februari, dicadangkan supaya ke Beluran dan Sungai Kinabatangan, di mana udang galah di sana boleh dipancing hampir sepanjang tahun kecual pada musim banjir. Udang cacing, udang pasar dan satu lagi umpan rahsia menjadi taruhan mereka berempat. Walaubagaimanapun Arbakin enggan berkongsi umpan rahsia yang dimaksudkan. Memang tiap-tiap kali mancing udang, umpan yang berlainan dibawa dan dicuba sebab selera udang ni sentiasa berbeza-beza. Memang benar, udang kebanyakkannya bersaiz M, susah betul nak dapatkan yang sepit biru. Beberapa spot berpotensi dan pernah mencatatkan rekod sebelum ini dicuba, namun keputusan masih sama. Salah satu halangan yang terpaksa ditempuh bila air surut. Anak udang yang berpaut pada mata kail, belum sempat masuk mulut dah kena pancing. Salah satu daripada beberapa ekor udang galah sepit biru yang berjaya dinaikkan, namun masih bersaiz M nak ke L sahaja. Bila air mulai pasang, semakin sukar untuk udang dinaikkan kerana tahap kemasinan air mula bertambah. Bagi Lelek, dapat melelapkan mata lebih berbaloi dari melayan ragutan kecil sang semprideng. Cjepp dengan anak ikan puput Sehingga pukul 6 petang, Arbakin mendapat 18 ekor dengan 100% menggunakan umpan rahsianya, Cjepp 15 ekor, Yazid 12 ekor, manakala Lelek 7 ekor. Sehingga berjumpa lagi dalam eksplorasi udang galah Sungai Beruang akan datang. |
You are subscribed to email updates from di sungai udang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan