04 di masjid tanah - Google Blog Search |
Ikan Segar <b>di</b> Jeti Nelayan Telok Gong, <b>Masjid Tanah</b>, Melaka Posted: 02 Jan 2012 02:26 AM PST Assalamu'alaikum wbt Jika hendak beli ikan segar hanya baru beberapa minit dinaikkan daripada laut jom datang ke jeti nelayan Kampung Telok Gong, Masjid Tanah, Melaka. Jeti nelayan ini berada betul-betul di hadapan stesyen janakuasa elektrik Powertek. Nelayan-nelayan di Telok Gong menaikkan ikan tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengahari, dan petang bergantung kepada jenis tangkapan dan jaring yang digunakan oleh mereka. Bagi penggemar ikan parang dan tenggiri anda perlu berada di sini sekitar jam 7.00 - 8.30 pagi sebab pada ketika itu para nelayan yang keluar ke laut sekitar jam 3.00 pagi akan balik membawa hasil tangkapan mereka. Anda perlu berebut dengan peraih-peraih yang telah lama menjadi pelanggan tetap tokey boat. Oleh itu pandai-pandailah kita membuat muka sedih untuk mendapat simpati daripada tokey boat. Ada ketikanya tangkapan nelayan tidak seberapa jadi tokey boat akan mengutamakan para peraih yang menjadi pelanggan tetap mereka. Jesteru itu kenalah buat baik dengan tokey-tokey boat tersebut. Seperti gambar di bawah ini, tangkapan hari ini tidak berapa banyak disebabkan air laut diistilahkan 'air mati'. Bagi penggemar udang, datanglah ke jeti ini sekitar jam 1.00 tengahari ke jam 2.00 petang. Udang-udang yang segar yang berbagai saiz sedia menanti anda. Udang sebesar jari kelingking, sebesar ibu jari tangan, sebesar ibu jari kaki dan sebagainya semua ada. Jangan risau, anda cuma perlu bawa wang secukupnya untuk transaksi jual beli. Musim sekarang hingga tahun baru cina nanti anda tidak digalakkan membeli udang di sini sebab harganya sudah melambung tinggi. Jika sebelum ini udang sebesar ibu jari kaki harganya RM44.00 sekilo, sekarang harganya melebihi RM60.00 sekilo. Bak kata para nelayan di sini, "Pahit tekak nak makan udang sekarang ni." Kalau anda suka makan ikan-ikan yang berhabitat di batu karang seperti bawal putih, jenak (jenahak), kerapu, dan sebagainya maka waktu yang sesuai untuk datang ke sini ialah pada waktu petang sekitar jam 5.00 - 6.00 petang. Biasanya harga ikan-ikan yang tinggal di batu karang ini sangat mahal iaitu RM60.00 ke atas. Musim chinese new year ni lagilah mahal harganya. Memang pahit tekak dibuatnya. Hehehe. Lupa nak beritahu, ikan tenggiri dan ikan parang harganya antara RM18 - RM24 sekilo iaitu bergantung kepada gred. Walau bagaimana pun harga tersebut lebih murah daripada harga yang dijual di pasar Masjid Tanah yang memang terkenal mahal dan tidak boleh ditawar. Suatu ketika dahulu, ketika saya baru berhijrah daripada Bandar Baru Bangi ke Masjid Tanah saya cuba menawar harga ikan di pasar tersebut. Apa yang berlaku? Kakak penjual ikan tu tenung tepat muka saya, pandang atas bawah dan kemudian berlaku dialog berikut: Penjual ikan: "Adik orang baru kat sini ye?". |
Aku Anak Melaka: SEJARAH <b>MASJID TANAH</b> Posted: 12 Jan 2012 05:31 PM PST Sewaktu saya bersekolah di Tingkatan Enam di SMK Sultan Alaudin (SMMT) dahulu, Pekan Masjid Tanah adalah tempat kami berkumpul untuk menunggu bas pulang ke kampung-kampung di sekitar. Sama ada ke Kuala Sungai Baru, Lubuk Cina mahupun ke arah Sungai Udang. Sewaktu itu pekan ini masih pekan lama. Bandar Baru Masjid Tanah masih lagi tanah sawah. Kampung Durian Daun masih boleh dilihat dari belakang kedai-kedai yang menjual pakaian (lupa namanya). Setelah menamatkan pengajian di Tingkatan Enam kemudiannya menyambung pengajian di luar Melaka dan bertugas lama di Malaysia Timur, saya kembali ke Masjid Tanah dan kekejutan menanti saya. Tanah sawah yang dahulunya menjadi tanah terbiar akibat sistem pengairan baru yang kononnya lebih efisien telah digantikan dengan deretan bangunan batu. Telah Ada Restoran KFC, Supermarket. Hentian bas lama telah tiada dan digantikan dengan bangunan. Masjid Tanah mempunyai 6 buah bank komersial. Mungkin kerana kehadiran Kem-kem Tentera berhampiran. Sempat juga menunaikan Zohor di masjid lama berhampiran sungai. Masjid yang menjadikan pekan ini mendapat nama. Masjid ini masih utuh dan apa yang menariknya bahagian dalam masjid ini sentiasa sejuka biarpun tanpa kipas atau pendingin hawa. Ini adalah sumber dari wikipedia tentang asal usul Masjid Tanah Masjid Tanah mendapat nama sempena sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah pekan yang dibina daripada tanah di tepian sungai. Masjid Tanah suatu ketika dahulu adalah sebuah pekan hab-perdagangan yang dibawa daripada Kota Melaka ke daerah-daerah sekitar utara Negeri Melaka dan Alor Gajah dan juga sebaliknya. Masjid Tanah dihuni pelbagai lapisan masyarakat yang penduduk utamanya adalah berbangsa Melayu. Disebabkan lokasinya yang berda didalam daerah Alor Gajah dan berdekatan dengan sempadan Negeri Sembilan, sebilangan besar dari penduduk Masjid Tanah dan kampung-kampung sekelilingnya bertutur dalam loghat Negeri Sembilan atau loghat Minang, atau lebih dikenali oleh orang Masjid Tanah dengan loghat 'Hulu' atau 'Cakap Hulu'. Adat Perpatih juga diamalkan oleh mereka dengan mengunakan sistem 'Suku' atau 'Waris', namun akibat peredaran zaman, adat ini makin lama semakin ditinggalkan. Tradisi 'Berkampung' yang merapatkan silaturrahim antara saudara-mara yang muda dan yang tua dan membuat perancangan untuk bekerja secara gotong royong sebelum sesuatu majlis yang besar diadakan seperti perkahwinan, telah mula ditinggalkan. Ini mungkin berlaku setelah golongan muda telah lupa akan pentingnya majlis ini dan semangat gotong royong telah diganti dengan sistem katering. Tanah-tanah pusaka juga dilihat tidak lagi diwariskan secara adat dimana anak-anak perempuan diutamakan. Pada masa ini, banyak projek perumahan dibina kerana Masjid Tanah semakin pesat membangun. Ada antara penduduknya yang bekerja di Bandaraya Melaka yang jaraknya hampir 40 km. Disamping institusi-institusi pendidikan yang sudah tentunya menggunakan tenaga kerja yang datang dari segenap pelosok negara Malaysia. Berhampiran Masjid Tanah juga terdapat kem-kem tentera yang mana anggota tentera dan keluarga mereka turut tinggal disekitar Masjid Tanah. Kem-kem tentera yang dimaksudkan adalah Kem Masjid Tanah (dikenali oleh orang kampung sebagai Kem Peluru atau Gudang Peluru), Kem Terendak dan Kem Sungai Udang (Kem Komando). Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di masjid tanah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan